Closeup of Malaysia Ringgit currency notes and coins
|

ROSAKNYA EKONOMI: RASUAH vs SYIRIK

– Asal warna Hajarulaswad, Kaabah

Ulama haraki melihat bahawa rasuah dan ketidakadilan dalam pembahagian harta kekayaan negara menjadi punca utama masalah ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat.

Berbeza pula dengan ulama Salafi yang menegaskan bahawa masalah ekonomi dan lain-lain berpunca daripada berleluasanya syirik dan maksiat.

Mereka berhujah dengan memberikan contoh Hajarulaswad; batu syurga berwarna putih yang kemudian berubah menjadi hitam kerana perbuatan syirik dan dosa-dosa manusia.

Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

‌الْحَجَرُ ‌الْأَسْوَدُ ‌مِنَ ‌الْجَنَّةِ، وَكَانَ أَشَدَّ بَيَاضًا مِنَ الثَّلْجِ حَتَّى سَوَّدَتْهُ خَطَايَا أَهْلِ الشِّرْكِ.

“Hajarulaswad berasal dari syurga dan warnanya lebih putih daripada salji tetapi kemudian ia berubah menjadi hitam kerana dosa-dosa ahli syirik.”

[Hasan. Riwayat Ahmad]

Jika kesyirikan boleh memberi kesan ke atas batu putih syurga sehingga menyebabkannya bertukar menjadi hitam dan dinamakan Hajarulaswad (Batu Hitam) maka tentunya ia turut boleh memberi kesan negatif ke atas perkara-perkara lain seperti ekonomi dan sebagainya.

Ini kerana Allah ﷻ berfirman:

وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَة فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ.

“Dan apa jua yang menimpa atas kalian maka ia disebabkan oleh tangan-tangan kalian sendiri.”

[Al-Quran, al-Syura, 42:30]

Allah ﷻ juga berfirman:

إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٌ.

“Sesungguhnya syirik ialah kezaliman yang paling besar.”

[Al-Quran, Luqman, 31:13]

Jika diamati, pendekatan kelompok pertama lebih kepada menyalahkan orang lain sedangkan pendekatan yang kedua lebih ke arah mengajak masyarakat supaya bermuhasabah, bertaubat dan memperbaiki diri.

Pendekatan yang kedua lebih menguntungkan bagi akhirat.

Semoga Allah memelihara kita dan keluarga daripada perbuatan-perbuatan syirik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Rabiulawal 1444
13 Oktober 2022

Similar Posts

  • SIMBOL CAPAL

    SIMBOL CAPAL Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam dalam negara diperkenalkan dengan SIMBOL CAPAL – simbol selipar yang merujuk kepada selipar Nabi sallalahu alaihi wasallam. SIMBOL ini bertujuan untuk menzahirkan rasa CINTA NABI. Persoalan di sini, sejauh mana SIMBOL CAPAL ini selari dengan SYARIAT dan adakah ia benar-benar boleh dijadikan sebagai…

  • USTAZ: RAMAI SAHABAT NABI ﷺ PERNAH SAMPAI MALAYSIA!

    – Menurut fail PDF – Kegagalan memahami disiplin ilmu Kenyataan ini mengujakan seperti mana ia juga tidak kurang memeranjatkan. Sahabat Nabi ﷺ pernah sampai ke Malaysia? Masya-Allah. Satu penghormatan besar buat umat Islam semua di sini. Tinggal lagi, adakah kenyataan ini benar atau ia hanya satu kekeliruan? Hakikatnya ada perselisihan…

  • KEPERCAYAAN MUSLIM

    Akidah kepercayaan Muslim bukanlah apa yang mengikut kehendaknya atau kehendak gurunya sebaliknya mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah ﷻ, Rasulullah ﷺ dan ijmak kesepakatan Salaf generasi pendahulu umat Islam. Berdasarkan apa yang terdapat dalam Kitab Allah Al-Quran, hadis-hadis dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan yang lain, sebagaimana sabit dalam hadis-hadis…

  • |

    Huraian erti penyembahan kubur

    Allah Melaknat Penyembah Kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : لَعَنَ اللَّهُ اليَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ» ، لَوْلاَ ذَلِكَ أُبْرِزَ قَبْرُهُ غَيْرَ أَنَّهُ خَشِيَ – أَوْ خُشِيَ – أَنَّ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا ”Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani karena mereka menjadikan kubur Nabi mereka sebagai masjid, (Aisyah berkata),…

  • | |

    MENJAWAB 19 TUDUHAN ‘AJARAN WAHABI’

    Berikut jawapan ringkas terhadap 19 tuduhan mengenai ‘Ajaran Wahabi’. TUDUHAN PERTAMA: Meyakini Allah di Langit;Ahli Sunah Waljamaah (ASWAJA)Percaya Allah Wujud Tanpa Bertempat JAWAPAN: Golongan Salaf meyakini bahawa Allah ﷻ di atas langit, bukan di dalam langit. Allah ﷻ di atas Arasy, ‘istawa’ meninggi dan tetap di atasnya (bukan bersemayam), sebagaimana…

  • | |

    PENTING MENJAUHI SYIRIK

    PENTING MENJAUHI SYIRIK Kata Imam an-Nawawi: “Tidak akan kekal dalam api neraka orang yang mati atas tauhid. Ini merupakan kaedah yang disepakati oleh Ahli Sunah.” [Syarah Sahih Muslim 1/28] Pentingnya faham hakikat erti tauhid dan menjauhi segala bentuk syirik. Idris bin Sulaiman Kajang 12 Jamadilakhir 1443H / 15 Januari 2022