Close up of microphone
| |

KEWAFATAN DR. YOUSUF AL-QARADAWI: KENYATAAN USTAZ DR. FADLAN OTHMAN

al-Fadhil Ustaz Dr. Fadlan Othman menegaskan bahawa Muslim diharuskan mengucapkan istirja’ apabila mendengar khabar kematian saudara Muslimnya yang lain.

Ini termasuklah apabila mendapat khabar pemergian ilmuwan terkenal Dr. Yousuf al-Qaradawi.

Bagaimanapun, ia tidak bererti tidak boleh menyebutkan keburukan-keburukan yang pernah disebarkan olehnya, tegas Dr. Fadlan.

“Adakah dengan kematian beliau kita tidak boleh sebut keburukan-keburukan beliau? Malah dengan kematian beliaulah kita perlu menyebutkannya.

“Jika engkau senyap dan aku senyap bilakah akan diketahui kebenaran itu?” ujarnya.

Dr. Fadlan menolak pendirian sebahagian pihak yang merasakan bahawa ia tidak wajar lebih-lebih lagi kerana rata-rata mereka lebih cenderung untuk memuji ilmuwan terkenal itu sedangkan ini boleh menimbulkan persepsi bahawa beliau tiada melakukan kesalahan-kesalahan besar.

Realitinya, Dr. Yousuf al-Qaradawi mempunyai fatwa-fatwa yang kesannya telah mengakibatkan pembantaian ke atas umat Islam terutamanya dalam peristiwa ‘Arab Spring’ yang menyaksikan beberapa negara Islam bergolak dan berlaku perang saudara.

“Fatwa-fatwa Dr. Yousuf al-Qardawi dan yang lain telah menyebabkan banyaknya umat Islam terbunuh” kata Dr. Fadlan.

Beliau menambah, tidak dinafikan bahawa ilmuwan terkenal ini telah banyak berjasa termasuklah dalam menolak kesyirikan dan perbuatan-perbuatan bidaah dalam agama tetapi kecenderungannya kepada pemikiran Khawaraji pun ada.

Dr. Fadlan mengimbau kenangannya bertemu dan bersalaman dengan Dr. Yousuf al-Qaradawi sewaktu menunaikan ibadah haji di Tanah Suci beberapa tahun dahulu di mana ilmuwan terkenal itu berpesan kepadanya supaya berpegang teguh dengan isi ajaran agama.

Similar Posts

  • | |

    BANDAR SUCI MASHHAD, IRAN??

    Tanah Suci Islam hanya tiga: Sejak bila pula ditambah tanah suci baharu di Mashhad, Iran? Jelasnya ini termasuk dalam diayah sesat Syiah yang bertentangan dengan Islam. Padahal ajaran sesat Syiah sudah sekian lama diharamkan di tanah air Malaysia dan sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah dan lain yang bertentangan…

  • |

    CIRI-CIRI AJARAN SESAT

    Antara ciri-ciri ajaran sesat ialah: Ajaran menyalahi dalil Al-Quran dan al-Sunah; Bercanggah dengan pemahaman Salaf al-Soleh; Bertentangan dengan amalan para Sahabat; Berbaur khurafat dan tahyul; Diselubungi kesamaran dan kerahsiaan; Ajaran bercanggahan dan kontradik; Disembunyikan daripada pengetahuan umum. BIAR GAMBAR BERBICARA Foto-foto yang disisipkan ialah gambaran kasar apa yang disebutkan di…

  • |

    BUKTI ‘ALLAH DI ATAS’ DALAM BAHASA MELAYU

    Biasa digunakan ayat “Panjatkan doa kepada Allah.” Pernahkah anda bertanya mengapa digunakan istilah ‘panjatkan’? Mengapa tidak digunakan istilah ‘kedepankan’ atau ‘turunkan’ doa itu? Sedangkan ‘panjat’ menurut Kamus Dewan ialah ‘naik ke atas’. Ini hanya contoh mudah. Sedangkan dalil-dalil menunjukkan ‘Allah di atas’ terlalu banyak dalam Al-Quran dan al-Sunah. CATATAN Adakah…

  • |

    BUNGA TELUR MAJLIS PERKAHWINAN

    – Percaya kepada tuah & sial – Menyalahi syariat Tradisi ini bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Melayu, malahan juga turut diamalkan oleh masyarakat-masyarakat lain di serata dunia, dan dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan tertentu. Bagi masyarakat Melayu, bunga telur yang disediakan dalam majlis perkahwinan merupakan simbol kesuburan di mana dengan penyediaan bunga…

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • |

    PENTINGNYA TAUHID

    # Syarat masuk syurga # Elak kekal dalam api neraka Tauhid mengesakan ALLAH ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik menyekutukan ALLAH ﷻ merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ…