| | | |

CARA-CARA SAMBUT TAHUN BAHARU HIJRAH?

– Ustaz Don Danial

Jelasnya Ustaz Don Danial telah membuat rekaan baharu dalam agama dengan mencadangkan cara-cara tertentu menyambut tahun baharu Hijrah.

Sambutan tahun baharu Hijrah itu sendiri tiada asasnya dalam agama.

Inikan pula cara-cara tertentu untuk menyambutnya.

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/pfbid0a4HF1r6K5KYXvzuV3NxtBWmN78XnNeVo2FqT4UHsxHWfmYFcQxokLgjiXt8RAkHnl

Batil.

Malah berdosa besar diancam oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya:

أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُ.

“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian daripada agama – sebarang hukum-hakam yang tidak diizinkan oleh Allah?”

[Al-Quran, al-Syura, 42: 21]

Ini termasuklah mengada-adakan sambutan-sambutan keagamaan dengan cara-cara tertentu yang tidak diizinkan oleh Allah ﷻ.

Perlu ditegaskan bahawa agama ini milik Allah ﷻ, bukan milik manusia.

Segala apa amalan hendaklah mengikut kehendak Allah ﷻ berdasarkan apa yang disampaikan oleh RasulNya Muhammad ﷺ, bukan mengikut kehendak manusia berdasarkan apa yang diada-adakan serta ditokok tambah dalam agama.

Mereka yang melakukan perubahan dalam agama akan dihalau daripada telaga haudh Nabi ﷺ di akhirat kelak. Nauzubillah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Zulhijah 1443H /
29 Julai 2022

Similar Posts

  • TERJEMAHAN ‘TIADA TUHAN KECUALI ALLAH’ – TIDAK TEPAT

    Pembetulan TERJEMAHAN kalimah syahadah. Sering kita mendengar orang menterjemahkan kalimah syahadah: لا إله إلا الله ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’ dengan erti: Tiada TUHAN kecuali Allah atau ‘There is no GOD but Allah’. Perlu dijelaskan bahawa kalimah إله (ILAH) bukan sekadar bererti tuhan (god). Kalimah tuhan (god) dalam bahasa Arab membawa…

  • | |

    SOLAT SUNAT TAUBAT & SOLAT HAJAT PADA MALAM HARI RAYA

    SOLAT SUNAT TAUBAT & SOLAT HAJAT PADA MALAM HARI RAYA SOALAN: Adakah SOLAT TAUBAT & SOLAT HAJAT dianjurkan pada malam Hari Raya? JAWAPAN: Tidak. Ini amalan yang tiada asasnya dalam Agama. Ia amalan yang diada-adakan dan direka-reka. Ia termasuk dalam erti menokok- tambah dalam Agama yang tercela. Sedangkan Nabi bersabda:…

  • | | |

    MALAM 27 RAMADAN: LAILATULQADAR

    Malam 27 Ramadan ialah malam yang paling diharapkan berlakunya Malam Lailatulqadar. Daripada Muawiyah bin Abi Sufyan bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: لَيْلَةُ القدْرِ ‌لَيْلَةُ ‌سَبْعٍ ‌وَعِشْريِنَ. “Malam Lailatulqadar ialah malam dua puluh tujuh.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan bahawa sebetulnya riwayat di atas adalah mauquf yakni daripada kata-kata…

  • | | |

    PUASA SEBENAR

    Puasa bukan sekadar dengan meninggalkan makan dan minum. Tetapi puasa ialah dengan turut meninggalkan mengumpat, adu domba, mencela, memaki hamun, perkataan dan tulisan jelik, mendengar muzik, melihat benda-benda haram di samping hal-hal tiada faedah dan perkara-perkara haram lain. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ، إِنَّمَا الصِّيَامُ ‌مِنَ…

  • |

    BUKIT AMAN

    BUKIT AMAN Seperti baru hendak menarik nafas lega selesai peperiksaan lisan (viva) ijazah kedoktoran apabila sepasukan polis Bukit Aman datang ke rumah tengah hari semalam untuk bertemu berkaitan isu cuci kuil yang tular baru-baru ini. Esok Jumaat perlu ke sana untuk diambil keterangan. Semoga Allah permudahkan. Daripada Allah ﷻ jua…

  • |

    MARAH KERANA SOLAT

    MARAH KERANA SOLAT # Tanda hati sihat atau sakit Antara tanda kedudukan hati sihat atau sakit dapat dilihat berdasarkan reaksinya terhadap solat. Sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya ceria dan gembira manakala ketika mengerjakannya dia merasa tenang dan khusyuk maka ia tanda hati sihat. Berbeza pula sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya…