| | |

10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJAH: PERBANYAKAN AMALAN SOLEH & TAKBIR, TAHLIL, TAHMID

Firman Allah ﷻ:

وَيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِيٓ أَيَّامٖ مَّعۡلُومَٰتٍ.

“(Supaya mereka) mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu.”

[Al-Quran, al-Haj, 22:28]

Menurut Ibnu Abbas RA dan ramai ulama Salaf: Hari-hari yang tertentu dalam ayat di atas ialah 10 hari pertama bulan Zulhijah.

[Tafsir Ibnu Kathir]

Sabda Nabi ﷺ:

«‌مَا ‌مِنْ ‌أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشَرَةِ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: «وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ»

“Tidak ada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan pada hari-hari sepuluh (pertama bulan Zulhijah) ini.” Para Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, walaupun jihad fisabilillah?” Baginda ﷺ bersabda “Walaupun jihad fisabilillah melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya lalu dia langsung tidak kembali.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Kata Imam Bukhari: Kebiasaannya Ibnu Omar RA dan Abu Hurairah RA akan keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijah lalu mereka bertakbir dan orang ramai turut sama bertakbir bersama mereka.

[Sahih Bukhari]

KESIMPULAN

Berdasarkan nas-nas di atas, dianjurkan pada 10 hari pertama Zulhijah untuk memperbanyakkan amalan soleh termasuklah dengan berpuasa, bersedekah, membaca Al-Quran, berdoa dan berzikir di samping bertakbir, bertahlil dan bertahmid.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Lailaha illallah,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Perbanyakan amalan soleh agar dihilangkan musibah
5 Zulhijah 1442H /
15 Julai 2021

Similar Posts

  • | |

    STATUS HADIS: DOA SAPU MUKA SELEPAS SOLAT

    Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik r.a. berkata: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌قَضَى ‌صَلَاتَهُ ‌مَسَحَ ‌جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ. “Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai solatnya baginda menyapu dahinya dengan tangan kanannya kemudian berkata:…

  • | |

    TULISAN SINGKATAN SELAWAT NABI (SAW) TIDAK WAJAR

    – Orang bakhil Umat Islam sangat dituntut supaya berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا. “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera…

  • |

    PKP 3.0: SOLAT TAUBAT SEBELUM SOLAT ZOHOR PADA HARI JUMAAT?

    PKP 3.0: SOLAT TAUBAT SEBELUM SOLAT ZOHOR PADA HARI JUMAAT? Hal-hal umum yang melibatkan urusan pentadbiran awam dan maslahat kemasyarakatan dipikul oleh pemerintah Muslim dan wakil-wakil lantikannya. Demikian halnya dengan urusan masjid. Keputusan menangguhkan solat fardu dan solat Jumaat di masjid bagi majoriti umat Islam dalam negara akibat penularan wabak…

  • | |

    AGAMA IKUT SUNAH; BUKAN PETUA

    Ada pihak menyarankan untuk mendapat fadilat malam Lailatulqadar dianjurkan membaca surah al-Fatihah tiga kali, al-Zalzalah dua kali, al-Kafirun empat kali, al-Ikhlas tiga kali dan Yaasin sekali. Ini berdasarkan petua ulama, menurutnya. Perlu ditegaskan bahawa amalan ini tiada asasnya dalam al-Sunah dan tidak pernah dilakukan oleh generasi pendahulu umat Islam Salaf…

  • |

    DOAKAN KEDUA-DUA IBUBAPA

    – anak soleh Saat sujud banyakkan berdoa buat diri sendiri dan kedua-dua ibubapa. Jangan lupa mendoakan kedua-dua orang tua kerana Nabi ﷺ menjelaskan bahawa antara amalan jariah yang tidak akan terputus walaupun setelah mati ialah doa anak soleh buat kedua-dua ibubapanya. Sabda Nabi ﷺ: إِذَا مَاتَ ابنُ آدم انْقَطَعَ عَنْهُ…