|

JANGAN PUTUS HARAPAN

JANGAN PUTUS HARAPAN

# Putus asa daripada rahmat, nikmat & rezeki ALLAH
# Menakut-nakutkan orang ramai
# Covid-19

Ancaman ke atas orang yang berputus asa daripada rahmat ALLAH ﷻ:

وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ.

“Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat”.

[Surah al-Hijr; 15:56]

Muslim diperintahkan supaya terus cekal menghadapi dugaan, jangan berputus asa.

Sabda Nabi ﷺ:

لَا ‌يَتَمَنَّى ‌أَحَدُكُمُ المَوْتَ إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ يَزْدَادُ، وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ يَسْتَعْتِبُ.

“Jangan seseorang kamu mengharapkan kematian (kerana suatu musibah yang menimpanya). Sama ada dia orang baik yang terus menambahkan amalan kebaikannya, atau orang yang buruk maka semoga dia bertaubat.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Bagaimanakah pula dengan pihak yang menakut-nakutkan orang ramai sehingga menyebabkan sebahagian anggota masyarakat berputus asa daripada rahmat ALLAH?!

Jelas perbuatan ini sangat tidak wajar dan ancaman ke atas pelakunya lebih berat.

Imam az-Zahabi mengkategorikan perbuatan menakut-nakutkan saudara Muslim yang lain sebagai DOSA BESAR.

Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

لا يَحِلُّ لمسلم أن ‌يُرَوِّعَ مُسْلِماً.

“Tidak halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain.”

[Hadis sahih. Riwayat Abu Daud]

Daripada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
7 Zulkaedah 1442H /
17 Julai 2021

Similar Posts

  • | |

    SAHABAT NABI ﷺ

    SAHABAT NABI ﷺ Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk. Mereka adalah sebaik-baik umat ini. Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ. Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah…

  • |

    DUNIA IBARAT PULAU

    DUNIA IBARAT PULAU Sekumpulan manusia menaiki kapal yang berlayar di lautan sebelum singgah di sebuah pulau. Kapten kapalnya mengizinkan para penumpangnya turun untuk membuang hajat tetapi dia mengingatkan mereka supaya jangan terlalu lama kerana kapal akan belayar semula dalam sedikit masa. Mereka yang lambat akan ditinggalkan. Para penumpang kapal itu…

  • |

    PENAFIAN AFILIASI POLITIK

    – UMNO & Hizbi Sekian lama saya mendengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa Ustaz Idris Sulaiman orang parti UMNO yang menerima dana tertentu daripadanya dan beliau seorang ‘hizbi’. ——————- Pengertian Hizbi: HIZBI ——————- Seingat saya cakap-cakap ini sudah mula sejak hampir 10 tahun lalu. Saya tidak menyangka bahawa cakap-cakap ini bertahan…

  • |

    Pensyarah Iran: Kami benci orang Arab

    TEHRAN – Seorang bekas pensyarah Universiti Tehran, Sadegh Zibakalam, berpandangan bahawa sentimen kebencian terhadap orang Arab masih wujud dalam kalangan sebahagian besar masyarakat Iran, tanpa mengira latar belakang sama ada beragama atau tidak. “Saya percaya ramai orang Iran membenci orang Arab, dan tidak ada perbezaan antara golongan beragama mahupun orang…

  • |

    ISLAM MODERATE

    ISLAM MODERATE Akibat terkesan dengan gaya fikir orang Barat dan terpukau dengan syubhat mereka, terdapat segelintir orang Islam merasa kagum dengan sikap sebahagian pemimpin Barat, NGO dan institusi di sana yang ‘zahirnya’ menyokong Islam, memperjuangkan hak-hak Muslim dan menuntut keadilan buat mereka. Betapa bijaknya syaitan mempermainkan pemikiran mereka yang dangkal…

  • | | |

    AHLI SUNAH SEJATI

    Pengikut Ahli Sunah berusaha untuk beramal dengan al-Sunah, sedangkan lawan mereka sedaya upaya mahu ketepikan al-Sunah atas alasan pendapat mazhab, tokoh, meraikan khilaf, hujah akal dan sebagainya. Firman Allah: فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ. “Jika kalian berselisih dalam sesuatu perkara, maka…