Business competition
|

HIZBI

Hizbi atau hizbiah berasal daripada perkataan Arab hizb (jamak ahzab) yang membawa erti kelompok atau puak.

Sesiapa yang menyalahi manhaj Nabi ﷺ dan sunahnya maka dia termasuk dalam kalangan kelompok (hizb) yang menyimpang.

Justeru sikap taksub kepada pemikiran atau kumpulan tertentu yang menyalahi Al-Quran dan as-Sunah di samping taat dan cinta serta bermusuh berdasarkan pemikiran atau halatuju sesebuah kumpulan atau aliran dinamakan hizbiah.

Asalkan seseorang itu berkelompok atau berpuak-puak dalam menganuti sesebuah pemikiran yang menyalahi Agama maka dia dikatakan hizbi sekalipun kelompok dan puaknya itu tidak teratur atau tersusun.

Maka tidak disyaratkan bagi seseorang hizbi untuk bernaung di bawah kelompok atau puak yang mempunyai organisasi yang teratur dan tersusun.

Allah ﷻ berfirman:

كَذَّبَتۡ قَبۡلَهُمۡ قَوۡمُ نُوحٖ وَٱلۡأَحۡزَابُ مِنۢ بَعۡدِهِمۡۖ وَهَمَّتۡ كُلُّ أُمَّةِۢ بِرَسُولِهِمۡ لِيَأۡخُذُوهُۖ وَجَٰدَلُواْ بِٱلۡبَٰطِلِ لِيُدۡحِضُواْ بِهِ ٱلۡحَقَّ.

“Kaum Nabi Nuh dan puak-puak yang bergabung itu telah mendustakan (rasul-rasulnya) dan setiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap rasul mereka untuk membinasakannya.”

[Al-Quran, Ghafir; 40:5]

Allah ﷻ menamakan mereka puak-puak (ahzab) kerana mereka mendustakan rasul-Nya.

Demikian halnya dengan kabilah-kabilah Arab yang bergabung dalam Perang Ahzab di mana Allah menamakan mereka ahzab (puak-puak) dan terdapat dalam Al-Quran surah al-Ahzab yang merujuk kepada mereka sedangkan mereka tidak mempunyai organisasi yang teratur dan tersusun selain daripada matlamat dan objektif mereka untuk memerangi Rasulullah ﷺ dan menghancurkan Islam.

Idris bin Sulaiman
Kajang
9 Syawal 1442H /
21 Mei 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • | |

    HADIS SAHIH SYÍAĤ

    HADIS SAHIH SYÍAĤ Berbeza dengan Ahli Sunah, golongan Syĩaħ mempunyai kaedah mereka yang tersendiri bagi menentukan sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak. Syĩaħ membahagikan hadis kepada sahih, dipercayai (muwath’thaq), lemah (daif) serta tertolak (mardud) atau palsu (makdhub). Bagi Syĩaħ hadis sahih ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul…

  • |

    MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT

    MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT Kini ada usaha sesetengah pihak untuk ‘menormalisasikan’ budaya kafir Barat dalam kalangan masyarakat Islam; untuk ‘desensitise’; supaya masyarakat Muslim tidak lagi merasa sensitif atau janggal terhadap budaya-budaya kafir ini. Bermula dengan budaya LGBT, perkahwinan sejenis dan memelihara anjing dalam rumah. Awas! Jangan pandang mudah rancangan halus…

  • |

    SYAHWAT TAKFIR

    Takfir bererti menghukum kafir seseorang Muslim. ‘Wahai kafir!’… ‘wahai musyrik!’ Ini adalah antara ucapan takfir yang jelas jika diucapkan kepada Muslim. Implikasi takfir adalah besar kerana orangnya akan hilang hak-haknya sebagai Muslim dengan tidak diberi salam, tidak boleh jadi wali pernikahan anaknya, isteri Muslimnya tercerai, jenazahnya tidak wajib dimandikan, tidak…

  • |

    BILA MUSLIM DIKIRA BERSALAH

    Seorang Muslim itu dikira bersalah sekiranya kebenaran telah dijelaskan kepadanya tetapi dia memilih untuk menolaknya, lalai dalam menuntutnya, atau dia berpaling daripada mempelajarinya kerana hawa nafsu, malas dan sebagainya. Awas, jangan sampai mengikuti jejak mereka yang bersalah, carilah kebenaran dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, memahaminya serta berpegang kepadanya. Dr. Idris bin…

  • |

    KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG

    KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG #Kaedah-Kaedah Ilmiah (5) الحَقُّ لا يُعْرَفُ بِالرِّجَالِ وَإنَّمَا الرِّجَالُ يُعْرَفُونَ بِالحَقِّ. Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. “The truth is not known by men, rather men are known by the truth”. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil tanpa mengira…

  • |

    KORONAVIRUS

    KORONAVIRUS Bersungguh-sungguh, jangan sambil lewa. Tawakal (berserah setelah berusaha) توكل, jangan tawaakal (berserah tanpa berusaha) تواكل. Kita bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama kita memohon daripada ALLAH supaya menjaga kita daripada musibah bencana. Jangan kita ambil mudah penularan wabak penyakit, dan kita bertawakal kepada ALLAH. Cukuplah bagi kita ALLAH sebagai…