|

HASUTAN KEBENCIAN KE ATAS ISTANA

HASUTAN KEBENCIAN KE ATAS ISTANA

# Pemikiran Sosialis Komunis Menghapuskan Sistem Raja

Beginilah api kebencian ditimbulkan antara masyarakat awam dan Istana dengan diwujudkan persepsi kononnya terdapat ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan negara.

Masyarakat awam barangkali teruja dengan lakaran grafik dan retorik yang menzahirkan ketidakadilan tersebut kerana beranggapan bahawa itulah caranya mereka akan dapat sebahagian daripada kekayaan yang mereka angan-angankan.

Sedangkan jika api kebencian ini terus dibiarkan maka ia akan mengakibatkan timbulnya ketegangan, konfrontasi dan kemuncaknya pertumpahan darah. Akhirnya satu negara ranap. Waktu itu bukan sahaja tidak jadi kaya malah segala-galanya akan musnah.

Lihat sahaja negara-negara di Timur Tengah yang bergolak kerana sebab-sebab seperti ini termasuklah Syria yang rakyatnya pada hari ini hidup melarat, terpaksa merempat dan menagih simpati penduduk negara-negara lain.

Jangan lupa perang saudara Syria yang 10 tahun sudah berlarutan, mengorbankan hampir setengah juta orang dan menyebabkan setengah penduduk negara itu hilang tempat tinggal telah bermula dengan demonstrasi kecil-kecilan di sebuah perkampungan terpencil.

Di sebalik mereka yang menghasut ini adalah ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu.

Masyarakat mungkin menyangka bahawa politikus-politikus ini berjuang untuk rakyat sedangkan realitinya rakyat hanya menjadi tunggangan mereka untuk meraih kuasa dan jawatan.

Justeru Muslim perlu bertindak bijaksana dengan mengikuti petunjuk Agama dan mengambil pelajaran daripada sejarah silam.

Ingatlah peristiwa Dzul Khuwaisirah ketika mana dia berkata kepada Nabi ﷺ “Berlaku adillah!’ serta bagaimana peristiwa tersebut menjadi bibit permulaan timbulnya kumpulan sesat yang pertama dalam sejarah Islam dan pertumpahan darah antara kaum Muslimin.

Catatan:

Pecah dan perintah (devide and rule) dengan cara rakyat melawan Istana, golongan miskin melawan golongan kaya atas alasan melawan kezaliman dan ketidakadilan, kononnya. Itulah awal sejarah timbulnya negara-negara komunis laknatullah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Ramadan 1442H /
27 April 2021
Bersatu teguh bercerai roboh
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    HALAU ANAK KECIL

    Ada pihak halau anak kecil dari saf depan masjid kerana anggap najis sedangkan jemput penceramah ajar benda syirik khurafat dianggap baik pula. Dr. Idris bin SulaimanKajang08 Zulkaedah 1445H17 Mei 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    ARAK HALAL?

    ARAK HALAL? Di antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya minum arak atas nama bukan arak. Sabda Nabi ﷺ: إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويفشو الزنا ويشرب الخمر. “Sesungguhnya di antara tanda (hampirnya) Hari Kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan terserlah, zina dan minum arak berleluasa”. Sahih. Riwayat…

  • |

    KARIKATUR HINA NABI

    KARIKATUR HINA NABI Perbuatan orang-orang kafir menghina Nabi ﷺ bukanlah suatu yang baharu. Hal ini berlaku semenjak zaman Nabi ﷺ di mana orang-orang kafir Mekah mengejek mengatakan bahawa Nabi ﷺ seorang ahli sihir, penyair, tukang ramal, pembohong dan sebagainya. Ternyata bahawa Nabi ﷺ bersabar menghadapinya dan tidak terburu-buru melatah memberi…

  • | |

    HADIS SAHIH vs HADIS DAIF

    HADIS SAHIH vs HADIS DAIF # Kebenaran bercampur kebatilan # Ancaman berdusta atas nama Nabi ﷺ Jika tidak dibezakan antara hadis sahih dengan hadis daif, apatah lagi hadis palsu nescaya kebenaran akan bercampur aduk dengan kebatilan. Sedangkan syariat Islam menuntut supaya penjual berterus terang kepada pembeli tentang keaiban yang ada…

  • |

    “SALAH KE KALAU TAMBAH? BUKAN HARAM PUN!”

    Apabila berbicara tentang keperluan berpegang teguh dengan Sunah Nabi ﷺ serta larangan berpaling daripadanya dengan melakukan perubahan, tokok tambah dan seumpamanya, pasti ada yang tidak bersetuju lalu menolak secara sinis dengan berkata: “Alah, ini perkara kecil sahaja, cabang dan ranting. Bukan perkara pokok. Salah ke kalau nak tambah? Benda baik,…