|

LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH?

LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH?

# Qias dengan bayi yang baru lahir

Sekalipun terdapat pandangan yang mengharuskan supaya dilaungkan azan buat jenazah yang baru diturunkan ke dalam kubur atas alasan mengqiaskannya dengan bayi yang baru lahir tetapi sebetulnya amalan ini tidak disyariatkan.

Ini kerana ibadah yang bersifat Ta’abbudi iaitu ibadah yang tidak diketahui illahnya (sifat sebab lahir hukum) tidak boleh diqiaskan dengan yang lain memandangkan bahawa di antara syarat sah qias illah antara perkara asal dengan perkara cabang hendaklah sama.

Maka sekiranya illah suatu ibadah itu tidak diketahui maka bagaimana mungkin ia dapat diqiaskan dengan yang lain. Kesudahannya akan lahir qias batil menyamakan antara dua perkara yang berbeza (qias ma’a al-fariq).

Antara contoh qias batil ialah menganjurkan solat sunat dua rakaat apabila masuk ke rumah atau pejabat atas alasan qias dengan solat Tahiyatul Masjid, mengumandangkan azan untuk solat Hari Raya atas alasan qias dengan solat fardu, tawaf di sekeliling tempat tertentu atas alasan qias dengan Kaabah dan sebagainya.

Untuk makluman, asal hadis azan pada telinga bayi yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan yang lain diperselisihi kesahihannya.

Walau bagaimanapun, perbuatan melaungkan iqamat (atau azan) sesudah diturunkan jenazah ke dalam kubur atas alasan mengqiaskannya dengan azan pada telinga bayi merupakan qias yang batil.

Ini kerana bukan sahaja asal hadis azan pada telinga bayi itu diperselisihi kesahihannya malah jika ia sabit sekalipun illah di sebalik pensyariatannya tidak diketahui. Maka mengqiaskannya dengan jenazah yang baru diturunkan ke dalam kubur merupakan qias yang tidak memenuhi syarat.

Tambah pula tiada walau satu riwayatpun yang menunjukkan bahawa Rasulullah ﷺ atau para Sahabatnya pernah berbuat demikian, sedangkan umat Islam diperintahkan supaya mengikuti Sunah baginda ﷺ agar ibadah yang dikerjakan diterima baik oleh Allah ﷻ.

Dalam masa yang sama, Nabi ﷺ menegah daripada melakukan amalan-amalan baharu dalam Agama sebagaimana dalam sabdanya ﷺ:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (Agama) yang bukan daripadanya maka ia adalah tertolak.”

Hadis sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sabdanya lagi ﷺ:

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

Hadis sahih. Riwayat Muslim

Apa yang dianjurkan sesudah jenazah di turunkan ke dalam kubur ialah supaya mendoakan keampunan dan keteguhan buatnya sebagaimana yang sabit dalam hadis sahih daripada riwayat Abu Daud.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
26 Syaaban 1442H /
09 April 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    AZAM TAHUN BAHARU BUKAN BUDAYA ISLAM

    ‘Azam tahun baharu’ sinonim bila tiba awal tahun baharu Masihi. Sedar atau tidak budaya ini kembali ke zaman pagan Babylon lebih 4000 tahun dahulu. https://www.abc.net.au/news/2023-12-31/new-year-resolutions-began-as-ancient-rituals-4000-years-ago/103271974 Maka penting ditegaskan bahawa ‘azam tahun baharu’ bukan budaya Islam dan lebih penting lagi ia sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Berbeza dengan mereka yang berazam…

  • |

    IMAM MASJID HARAM DIPENJARA 10 TAHUN?

    – Democracy for Arab World Now – Council of Foreign Relations (CFR) – Central Intelligence Agency (CIA) Sejak beberapa hari lalu berita tentang seorang imam Masjidilharam dihukum penjara 10 tahun berlegar di media sosial kononnya kerana beliau mengkritik konsert dan acara hiburan di Arab Saudi beberapa tahun lepas. Daripada carian…

  • AGENDA NWO?

    Agenda reset ini kini benar-benar dijaja di tanah air oleh bidak-bidak. Pandemik Membuka Peluang Untuk Reset: https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220999693253874/ Order Baru Dunia (NWO): https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220067594191980/ CATATAN Jika sudah miskin dibebani hutang maka kuasa besar lebih mudah mengatur dan kawal. Semoga Allah ﷻ menggagalkan perancangan mereka. Idris bin Sulaiman Kajang 24 Jumadilawal 1443H 29…

  • |

    CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN

    CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN Berikut adalah video pengakuan Daniel Twining, Presiden International Republican Institute (IRI) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat membantu pihak-pihak bersekongkol dalam negara untuk menjatuhkan kerajaan semenjak tahun 2002. IRI adalah sebuah pertubuhan yang mendapat dana langsung daripada pertubuhan globalis Yahudi National Endowment for Democracy (NED),…