VIDEO KULIAH: PEMBETULAN TAFSIR SURAH AR-RAHMAN, AYAT 29

VIDEO KULIAH: PEMBETULAN TAFSIR SURAH AR-RAHMAN, AYAT 29

Ada yang berkongsi rakaman video kuliah saya yang disisipkan di bawah.

Video ini merujuk kepada kuliah saya membaca kitab Akidah Sahih karangan Syeikh Abdul Salam Barjas pada bulan lepas di mana ketika membahaskan rukun iman keenam: Beriman dengan qada dan qadar, terdapat daripada kalangan jemaah yang bertanya tentang tafsir ayat 29, Surah ar-Rahman iaitu:

كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ.

“Setiap waktu Dia dalam kesibukan”.

Jemaah itu bertanya sama ada ‘Dia’ dalam ayat di atas merujuk kepada Allah atau manusia?

Saya menjawab “Zahirnya merujuk kepada makhluk”.

Jawapan ini salah.

Sebetulnya ia merujuk kepada Allah.

Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini merupakan penjelasan tentang ketidakbergantungan Allah kepada selain-Nya, sebaliknya makhluk jualah yang berhajat dan bergantung pada-Nya, dan bahawasanya mereka meminta daripada-Nya secara tidak langsung ataupun dengan secara langsung dengan lidah perkataan mereka, dan bahawasanya Allah pada setiap masa berada dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya).

Apabila difikirkan kembali, barangkali kekeliruan saya ini timbul kerana perkataan ‘kesibukan’ yang digunakan dalam terjemahan kitab tersebut di mana saya hendak mengelak daripada menisbahkan sifat ‘sibuk’ dan mengatakan bahawa ‘Allah dalam kesibukan’ sehingga terjebak dalam kesalahan mentafsirkan ayat tersebut.

Walau apa pun, salah tetap salah. Semoga Allah mengampuni dosa saya.

Sabda Nabi ﷺ:

“Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat”.

Hasan. Riwayat Tirmizi.

Dalam masa yang sama, jika dilihat dalam rakaman video tersebut, sebenarnya saya telah pun menyatakan ketidakpastian saya tentang jawapan kepada soalan yang dikemukakan.

Saya mengatakan:

“Jadi saya ingat ini homework lah tuan-tuan. Tuan-tuan kena semak balik… (huruf) ‘d’ di sini (sepatutnya) huruf besar atau kecil, merujuk kepada Allah atau merujuk kepada makhluk? Sekali pandang, sepatutnya huruf kecil…tetapi kesudahannya saya lontarkan balik (soalan tersebut kepada jemaah)”.

Di akhir perbincangan dalam video tersebut, sekali lagi saya menyatakan ketidakpastian saya tentang hal tersebut.

Saya tegaskan:

“Walau macam mana pun, boleh disemak semula (dan) dipastikan (jawapan yang betul).”

Pada pandangan saya, jika dilihat kandungan video tersebut, jawapan yang saya berikan ini lebih kepada berbentuk perbincangan untuk mendapat maklum balas daripada kalangan jemaah, jauh sekali daripada memberi jawapan secara yakin dan pasti.

Selepas selesai kuliah, memang ada sahabat yang memaklumkan bahawa ayat tersebut benar-benar merujuk kepada Allah dan saya sendiri turut memastikan hal itu. Maka niat untuk memaklumkannya kepada jemaah memang ada tetapi apakan daya, tak semena-mena datang arahan PKPP yang berlanjutan sehingga sekarang.

Hari ini dan beberapa hari lepas ada yang bertanya tentang video ini. Saya terkejut tidak menyangka bahawa perkara ini boleh sampai diperbesar-besarkan. Justeru saya diminta untuk memberikan penjelasan dan atas sebab itu saya membuat tulisan ini.

Saya menghargai teguran sahabat-sahabat yang bersangka baik dan menyampaikan kata-kata mereka dengan adab dan hemah. Saya kira demikian sikap rakan-rakan as-Sunah dalam mendepani hal-hal seperti ini. Jazakumullahu khaira.

Pentingnya faham cara mengurus kekhilafan yang saya lihat ramai kurang faham sehingga bertindak melulu, keluar topik dan tidak membahaskan isu secara objektif.

Adapun pembenci-pembenci yang melihat perkara ini sebagai ruang dan peluang untuk menghentam dan mengkritik bagi menjatuhkan, mengaibkan lawan, menyindir dan melontarkan andaian dan hukum secara melampau, saya serahkan mereka kepada Allah. Masalah hati terletak di tangan Allah jua.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Tabayun atau tibayun?
17 Rabiul Awal 1442H /
03 November 2020
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • BAGAIMANA ALLAH ﷻ AKAN LAYAN KITA?

    BAGAIMANA ALLAH ﷻ AKAN LAYAN KITA? # Cara kita melayan orang lain Barang siapa ingin tahu bagaimana Allah ﷻ akan melayaninya maka hendaklah dia melihat cara dia melayani makhluk-makhluk Allah. Sekiranya dia melayani orang-orang di sekelilingnya dengan baik, berlemah-lembut, bersifat pemaaf, suka membantu, hormat-menghormati, menjaga kehormatan orang lain dan sedaya…

  • TERCELANYA RIBA

    TERCELANYA RIBA RIBA merupakan muamalah Yahudi yang menjadi salah satu sebab mengapa mereka dihukum oleh ALLAH. Mereka yang berdegil tidak mahu meninggalkan RIBA dikira telah melancarkan PERANG ke atas ALLAH kerana berkeras tidak mahu tunduk kepada peraturanNYA. Orang yang memakan RIBA pada hakikatnya memakan harta manusia lain secara HARAM dan…

  • ADAKAH MALAIKAT MELAKUKAN KESILAPAN?

    ADAKAH MALAIKAT MELAKUKAN KESILAPAN? . . . Jika dilihat nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah dapat disimpulkan bahawa para MALAIKAT MAKSUM dan TERPELIHARA DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN. . . . Bahkan mereka dijadikan oleh Allah subhanahu wa ta’ala untuk SEMATA-MATA TAAT kepada-Nya. . . . Firman Allah: . . . يَاأَيُّهَا…

  • MENJAGA HUBUNGAN

    MENJAGA HUBUNGAN Bukan semua hubungan yang terputus memerlukan perhatian bagi mengembalikannya. Terdapat hubungan yang terputus yang menjadi rahmat serta memberi ketenangan fikiran. Sebaliknya keprihatinan perlu diberikan kepada perhubungan yang wajib ada manakala menjaganya menjadi fardu atau sunat serta diberi ganjaran pahala. Perhubungan inilah yang memerlukan kesungguhan serta kesabaran dalam menjaganya….

  • NEW WÖRLD ÖRDER

    NEW WÖRLD ÖRDER # Order Baru Dunia Perancangan besar golongan elit satanis globalis. Tun M Menyokong rancangan New Wörld Örder? https://www.facebook.com/12411993651/posts/10158199599933652/ Novus Ordo Seclorom – New Wörld Örder https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220067594191980&id=1588241794 DSN mendakwa Tun M telah bekerjasama dengan Geörge Sörös menjatuhkan kerajaan BN dahulu https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157836701335952/ Geörge Sörös dituduh terlibat dalam pergolakan yang…