|

KENYATAAN MENTERI BAWA PERSEKITARAN TAK SELAMAT BUAT LGBTZ?

KENYATAAN MENTERI BAWA PERSEKITARAN TAK SELAMAT BUAT LGBTZ?

Tindakan ke atas golongan yang melakukan maksiat seperti golongan LGBTZ sememangnya wajar dan perlu.

Ia termasuk dalam erti amar makruf nahi mungkar yang diperintahkan dalam AL-QURAN.

Membiarkan golongan ahli maksiat ini berleluasa bukan sahaja berdosa malah ia mengundang azab ALLAH.

Lihat apa yang berlaku ke atas kaum Lut ketika mana azab ALLAH turun ke atas negeri Sodom.

Dan sebelum itu ALLAH memerintahkan supaya Nabi Lut dan keluarganya keluar menyelamatkan diri, kerana keesokan harinya azab bencana akan turun menimpa atas kaumnya.

Ternyata azab menimpa atas seluruh penduduk negeri itu tanpa ada sesiapa yang selamat.

Firman ALLAH:

“Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan apa-apa ke atasmu. Oleh itu, keluarlah dari sini bersama-sama keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorang pun di antara kamu menoleh ke belakang melainkan isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana dia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab ke atas mereka ialah waktu subuh. Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”

Surah Hud; 11:81.

Justeru, kebebasan golongan LGBTZ melakukan maksiat perlu ditangani dengan tegas.

Jurucakap mereka di Malaysia mendakwa bahawa kuasa yang dimiliki oleh Jabatan Agama Islam untuk mengambil tindakan terhadap golongan LGBTZ berisiko mencetuskan lebih ancaman dan persekitaran tidak selamat buat golongan itu.

https://m.malaysiakini.com/news/533908

Bahkan kita tegaskan bahawa kewujudan golongan ini MEMBERI ANCAMAN KE ATAS SELURUH NEGARA kerana berisiko mengundang azab ALLAH seperti mana yang berlaku ke atas negeri Sodom.

Nabi ﷺ ditanya:

أَفَنُهْلَكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ؟

“Adakah kami akan dibinasakan sedangkan terdapat dalam kalangan kami orang-orang soleh?”

Nabi ﷺ menjawab:

نَعَمْ إِذا كثُرَ الخَبَثُ.

“Ya, sekiranya kerosakan sudah berleluasa”.

Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada ALLAH jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.

Baca artikel berkaitan:

‘MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211501783452065&id=1588241794

HOMOSEKS / LGBT / PONDAN

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214527666977262&id=1588241794

Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Zulkaedah 1441H / 11 Julai 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • Takkan majoriti orang semua salah

    Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil Al-Quran dan hadis sahih tanpa mengira berapa ramai yang menerimanya atau menolaknya. Hanya kerana sesuatu pendapat itu diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu; sedikit atau ramai maka ia bukan dalil yang menunjukkan…

  • |

    PERAGA KEMEWAHAN DI MEDIA SOSIAL

    Kejahatan ada pintunya manakala sifat ujub takbur ialah kunci yang membuka pintu itu. Individu yang mempunyai sifat buruk ini akan terjebak dalam banyak perbuatan hodoh di mana dia berbangga dengan dirinya dan berperasaan lebih tinggi dan mulia berbanding orang lain. Sejarah umat dahulu menunjukkan bahawa orang-orang yang ujub takbur merupakan…

  • | |

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN?

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN? Tidak kurang yang cuba mengaitkan penularan wabak penyakit KORONAVIRUS sebagai tanda AKHIR ZAMAN yang menunjukkan betapa hampirnya HARI KIAMAT. Hakikatnya, mereka sama ada AHLI NUJUM PAK BELALANG atau sekadar PENGLIPUR LARA yang mahu perhatian orang ramai supaya mendengar cerita-cerita sensasi mereka. Mengapa? 1. Kerana persoalan bila…

  • |

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI? Muslim diperintahkan supaya menjauhi maksiat dan mencegahnya tidak kira di mana jua. Ini kerana maksiat mengundang dosa serta kemurkaan ALLAH ﷻ. Baru-baru ini ada pihak membangkitkan acara-acara maksiat yang berlaku di Arab Saudi lalu mengkritik negara berkenaan serta mempersalahkan para ulamanya. Kita bersetuju bahawa maksiat tetap…

  • |

    SEJARAH KALENDAR HIJRAH

    – Doa awal tahun Hijrah vs Doa awal bulan Semalam saya ada menulis sebuah artikel berkenaan ‘Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah’ di mana saya menyatakan bahawa tiada sebarang doa atau amalan yang sabit daripada Nabi ﷺ, para Sahabat atau para ulama muktabar bersempena dengan berakhirnya tahun Hijrah dan awalnya….