| | |

MEMINTA PERTOLONGAN DI MAKAM SAYYIDINA HUSAIN?

Berikut sanggahan kepada klip video seorang ‘ustaz’ yang mendakwa beberapa perkara tentang kelebihan ‘MAKAM SAYYIDINA HUSAIN’.

1. BERDOA DI MAKAM SAYYIDINA HUSAIN MUSTAJAB

JAWAPAN:

Ini HANYA DAKWAAN daripada sang ustaz TANPA DALIL syarie.

Sekadar CAKAP DENGAR berdasarkan kepada MIMPI KARUT MARUT. Semenjak bila pula MIMPI menjadi dalil?

TIDAK PERNAH sama sekali bagi SEMUA ULAMA AHLI SUNAH WAL JEMAAH serta KEEMPAT-EMPAT ULAMA MAZHAB FIQAH.

MIMPI hanya hujah dan dalil bagi MEREKA YANG MENYIMPANG dari jalan Ahli Sunah Wal Jemaah.

2. HARUSNYA BERTAWASSUL (menjadikan sesuatu sebagai perantara dalam berdoa) DENGAN KUBUR, MALAH BERISTIGHATHAH (meminta pertolongan) DARIPADA PENGHUNI KUBUR

JAWAPAN

Inilah SYIRIK MENYEKUTUKAN ALLAH dalam berdoa.

Perbuatan MEMINTA PERTOLONGAN di ALAM GHAIB daripada SELAIN ALLAH. Meminta sesuatu yang hanya boleh ditunaikan oleh Allah.

Nas-nas Al-Quran cukup banyak menjelaskan hal ini, memerintahkan supaya berdoa dan memohon di ALAM GHAIB hanya kepada ALLAH, di samping LARANGAN MEMINTA DARIPADA SELAIN ALLAH .

Firman Allah:

وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya:

“Dan sesiapa yang MENYERU SEMBAHAN yang lain di sisi Allah tanpa berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang KAFIR tidak akan berjaya.”

Al-Quran, al-Mukminuun, 23: 117.

Allah menjelaskan bahawa apa yang diseru di ALAM GHAIB selain daripada Allah TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA. Malah perbuatan sedemikian ialah SYIRIK.

Firman Allah:

ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِنْ قِطْمِيرٍ . إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ

“Yang melakukan semuanya itu ialah ALLAH – Tuhan kamu, bagi-Nya kuasa pemerintahan; sedangkan apa yang kamu SERU – SELAIN daripada ALLAH – TIDAK MEMILIKI SESUATU PUN walau senipis selaput biji kurma. Jika kamu MEMOHON DARIPADA MEREKA (selain daripada ALLAH) nescaya MEREKA TIDAK MENDENGAR PERMOHONAN KAMU, dan sekalipun JIKA mereka mendengarnya, MEREKA TIDAK DAPAT MEMBERIKAN APA YANG KAMU POHONKAN ITU; dan pada Hari Kiamat pula MEREKA MENGINGKARI PERBUATAN SYIRIK KAMU.”

Al-Quran, Fatir, 35:13-14.

Mereka yang menyeru di ALAM GHAIB selain daripada ALLAH ialah golongan yang SESAT sesesatnya.

Firman Allah:

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَنْ لَا يَسْتَجِيبُ لَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَهُمْ عَنْ دُعَائِهِمْ غَافِلُونَ

Maksudnya:

“Dan TIDAK ADA ORANG YANG LEBIH SESAT daripada mereka yang menyeru SELAIN DARIPADA ALLAH, yang TIDAK DAPAT MENYAHUT atau MEMBERIKAN SEBARANG PERTOLONGAN kepadanya sehinggalah ke Hari Kiamat, sedangkan apa yang diseru itu TIDAK MENYEDARI PERMOHONAN mereka itu.”

Al-Quran, al-Ahqaf, 46:5.

Yakni orang-orang yang sudah MATI tidak sedar dan TIDAK MENGETAHUI APA-APA tentang permintaan-permintaan yang ditujukan kepada mereka.

Masakan tidak, kerana mereka sudah MATI. Apatah lagi jika mahu MENUNAIKAN permintaan-permintaan tersebut. Jauh sekali mereka dapat menunaikannya.

Kerana itu, golongan yang meminta daripada orang-orang yang sudah MATI dikatakan orang yang SESAT sehabis-habisnya. Mereka melakukan apa yang SIA-SIA, malah SYIRIK.

3. MEMINTA DARIPADA ALLAH TETAPI MELALUI SAYYIDINA HUSAIN

JAWAPAN:

Inilah SYIRIK AKBAR yang menjadi amalan dan hujah KAUM MUSYRIKIN MEKAH dahulu.

Meminta daripada ALLAH tetapi melalui SELAIN DARIPADA ALLAH di ALAM GHAIB, sama ada para nabi, malaikat, orang-orang soleh, jin-syaitan, patung-patung dan sebagainya. Semuanya DILARANG. Semuanya SYIRIK.

Firman Allah:

وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِنْدَ اللَّهِ

“Dan mereka MENYEMBAH SELAIN DARIPADA ALLAH, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat mahupun manfaat kepada mereka, dan mereka pula berkata: Sembahan-sembahan ini ialah PEMBERI-PEMBERI SYAFAAT KEPADA KAMI DI SISI ALLAH.”

Al-Quran, Yunus, 10:18.

Sedangkan apakah yang dilakukan oleh orang-orang MUSYRIKIN dengan patung-patung berhala ciptaan mereka? Mereka SERU dan MEMINTA HAJAT kepadanya.

Mereka BERDOA kepada patung-patung berhala mereka dengan alasan bahawa berhala-berhala tersebut ialah PERANTARA MEREKA DENGAN ALLAH.

Ringkasnya, mereka MEMINTA DARIPADA BERHALA KERANA ALLAH.

Allah menyebut alasan mereka ini dalam firman-Nya:

مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى

“TIDAKLAH KAMI MENYEMBAHNYA (meminta daripadanya) melainkan supaya mereka (berhala-berhala itu) dapat MENDEKATKAN KAMI KEPADA ALLAH sehampir-hampirnya.”

Al-Quran, az-Zumar, 39:3.

Usah berdalih beralasan bahawa ini makam Nabi, anak cucu Nabi, para wali dan orang-orang soleh.

Kerana tidaklah PENYEMBAHAN BERHALA pada ZAMAN NABI NUH bermula melainkan kerana masyarakat pada waktu itu MENDEWA-DEWAKAN ORANG SOLEH yang telah MATI sebagaimana diceritakan dalam Surah Nuh, 71:23.

4. WALI-WALI ALLAH TIDAK MATI

JAWAPAN:

Ini hanya dakwaan dan andaian.

Kita katakan “Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar” (al-Baqarah, 2:111).

Sedangkan Nabi pun Allah mengatakan kepadanya: “Engkau telah mati” – yakni akan mati (al-Quran, az-Zumar, 39: 30).

Apa yang pasti, semua yang bernyawa akan mati. Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian.”

Al-Quran, Aali Imran, 3:185.

MATI yakni kematian daripada kehidupan dunia. MATI dengan erti sudah TERPISAH daripada DUNIA dan berpindah ke ALAM BARZAKH.

Apa yang pasti, orang yang sudah MATI sudah TERPUTUS daripada SEGALA AMALAN dan PERHUBUNGAN dengan DUNIA.

Orang yang sudah MATI tidak lagi boleh beramal – melakukan ini dan itu, apatah lagi menyahut dan MENUNAIKAN PERMINTAAN ORANG YANG HIDUP!

Mereka yang mendakwa sebaliknya perlu mengemukakan dalilnya – dan TIADA DALIL sedemikian kecuali DALIL MIMPI dan CAKAP DENGAR yang BATIL.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Awas penyeru KEBATILAN berbaju agama. Pembawa dan penyebar KHURAFAT KESESATAN.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Muharram 1441H / 29 September 2019
Pagi yang cerah setelah hujan sebelah malam – Allahumma Sayyiban Nafi’a

Similar Posts

  • |

    BERDIAM DIRI TIDAK MELARANG TOKOK TAMBAH DALAM AGAMA

    Orang yang berdiam diri membiarkan perkara-perkara tokok tambah dalam agama diamalkan tanpa melarangnya sebenarnya telah mengabaikan tanggungjawab nahi mungkar sekalipun dalam masa yang sama dia mengajak masyarakat kepada kebaikan (amar makruf). Ini kerana Muslim bukan hanya diwajibkan amar makruf (mengajak kepada kebaikan) malah diperintahkan supaya menunaikan tanggungjawab nahi mungkar. Sebagaimana…

  • |

    HIPOKRIT YANG SEBENAR

    Buka tudung sebab tidak mahu hipokrit. Seperti jika ada yang tidak mahu solat atas alasan enggan dikatakan menunjuk-nunjuk. Jelasnya ini kenyataan orang yang keliru. Sebetulnya kata diri lemah iman atau kurang faham agama, didorong pengaruh rakan-rakan dan seumpamanya. Musibah jika perbuatan maksiat hendak diselimutkan dengan niat mulia. Insaflah dan akuilah…

  • |

    ULAMA TAK BERSUARA?

    Antara fitnah akhir zaman serta kekacauan dan kecelaruan yang menimpa atas umat Islam ialah ketika mana timbulnya golongan awam dan jahil yang mengedepankan diri mereka dengan pandangan dan saranan buat seantero masyarakat. Golongan ini memberi pendapat dan komen malah mungkin sampai berfatwa secara melulu dan membuta sedangkan mereka tidak pernah…

  • | |

    KAMI MEMANG PENYEMBAH KUBUR!

    Pengakuan terus terang bahawa mereka benar-benar penyembah kubur. Tinggal lagi mereka mahu membezakan antara kubur dan makam. Kubur atau Makam? https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10224777357613122 Kononnya makam wali boleh disembah kerana ia mendekatkan diri kepada Allah ﷻ. Tidak seperti kubur-kubur lain. Kebatilan yang jelas. Sedangkan itulah alasan yang dikemukakan oleh kaum musyrikin Mekah. Firman…

  • | |

    AWAS PEMBATAL-PEMBATAL AGAMA

    – Syarat-syarat kalimah syahadah Islam bukan sekadar mengucap ‘Lailahaillallah’. Sebaliknya setiap Muslim perlu tahu dan faham isi makna kalimah syahadah itu, meyakininya, ikhlas mengucapkannya di samping tunduk dan patuh menerima tuntutan-tuntutan serta larangan-larangannya. Jika tidak maka orang-orang munafik pun mengucapkan kalimah syahadah sedangkan Allah ﷻ mengancam mereka dengan azab kerak…

  • |

    CINTA PALSU: SURAH AL-MASAD

    Firman Allah ﷻ: تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ سَيَصۡلَىٰ نَارٗا ذَاتَ لَهَبٖ وَٱمۡرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ فِي جِيدِهَا حَبۡلٞ مِّن مَّسَدِۢ . “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka…