‘PENGHORMATAN TERAKHIR’ kepada si mati?

‘PENGHORMATAN TERAKHIR’ kepada si mati?

Mungkin anda pernah mendengar apabila berlaku kematian sebahagian tajuk dan isi berita menyebut:

“… memberi penghormatan terakhir kepada si fulan si fulan …”

Adakah ungkapan ini benar dan selari dengan ajaran AGAMA?

Jawapannya: TIDAK!

Apa yang pasti ia adalah ungkapan yang biasa disebut oleh masyarakat KAFIR BARAT.

Mereka menyebut:

“Pay your LAST RESPECTS”

(Beri PENGHORMATAN TERAKHIR kamu)

“They came to pay their LAST RESPECTS”

(Mereka datang untuk memberi PENGHORMATAN TERAKHIR)

dan seumpamanya.

Perlu ditegaskan di sini bahawa TIADA istilah seperti ini dalam ISLAM.

Tiada istilah ‘MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR’ kepada si mati.

Sedar atau tidak seorang MUSLIM tetap DIHORMATI walaupun selepas mati.

KEHORMATANNYA tetap WAJIB dijaga dan dipelihara oleh mereka yang hidup.

Sejurus selepas kematian jenazahnya WAJIB dimandikan, dikafankan dan disolatkan sebelum dikebumikan.

Semua urusan ini adalah FARDU KIFAYAH, wajib ada yang melakukannya, jika tidak maka semua kaum Muslimin yang berkenan BERDOSA.

Tulang-tulang si mati HARAM dipatahkan.

HARAM melangkah atas KUBUR si mati atau duduk di atasnya.

Bagaimana pula MENCELA dan menceritakan KEBURUKAN si mati?

Tetap HARAM dan DILARANG.

Mengapa?

Kerana seorang MUSLIM tetap BERMARUAH dan ada KEHORMATAN di samping ada HAK-HAK yang WAJIB ditunaikan oleh saudara Muslim yang lain sama ada ketika dia HIDUP ataupun selepas dia MATI.

Penghormatan kepadanya TIDAK PERNAH BERAKHIR walaupun selepas dia MATI.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
28 Muharam 1441H / 28 September 2019
KLIA2 – program asal terpaksa dibatalkan setelah penerbangan ditunda 4 jam!

Similar Posts