MAKSIAT TETAP MAKSIAT – TETAPI JANGAN TERPEDAYA DENGAN MUSUH

MAKSIAT TETAP MAKSIAT – TETAPI JANGAN TERPEDAYA DENGAN MUSUH

Ya, kita tegaskan maksiat tetap maksiat tidak kira di mana dan oleh siapa.

Hanya sahaja Umat Islam perlu bijaksana menilai dan memahami berita-berita yang disebarkan lebih-lebih lagi melalui media sosial yang tidak diketahui hujung pangkalnya, agar tidak terpedaya dengan muslihat dan perangkap musuh-musuh.

Apatah lagi sekiranya berita-berita tersebut disebarkan oleh musuh-musuh Islam daripada kalangan golongan kafir atau penganut fahaman-fahaman sesat seperti Syiah, liberal dan yang lain.

Mereka mahu mengapi-apikan sentimen kebencian Umat Islam sesama mereka agar Umat Islam berpecah-belah menjadi kucar-kacir. Kaedah pecah dan perintah memang telah lama menjadi cara yang paling berkesan untuk melemahkan Umat Islam dan menguasai mereka.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Jangan sangka musuh-musuh ini prihatin terhadap maksiat yang berlaku, kerana kita sedar bahawa maksiat berlaku di mana-mana termasuklah di negara kita! Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita daripada segala malapetaka dan musibah.

Tetapi persoalannya, mengapakah mereka selektif dalam menyatakan bantahan mereka? Sebagai contohnya, mengapakah mereka tidak bersuara membantah kekejaman Syiah terhadap kaum Sunni? Mengapa kita tidak mendengar mereka membantah Iran serta proksi-proksinya yang sudah banyak kali melancarkan peluru berpandu ke arah negara Haramain? Malah salah satunya pada satu masa jelas diarahkan ke arah Tanah Suci Mekah. Mengapakah mereka senyap membisu? Bukankah mereka menampakkan diri mereka prihatin dengan isu-isu yang berlaku di sana? Mengapakah mereka tidak menzahirkan keprihatinan mereka ketika mana sebahagian pihak jelas melancarkan serangan ke atas negara Dua Tanah Suci?

Ini semua sepatutnya membuatkan kita sangsi terhadap sejauh mana mereka ikhlas dan prihatin terhadap isu-isu yang mereka ketengahkan.

Tulisan ini bukan hendak menafikan kesalahan perbuatan maksiat, tidak kira di mana jua ia berlaku. Maksiat tetap maksiat dan ia adalah haram.

Hanya sahaja Umat Islam perlu berhati-hati dengan dakyah musuh-musuh yang mahu menimbulkan sentimen kebencian dan permusuhan sesama Umat Islam.

Usah terpedaya!

Kepada Allah jua kita memohon perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Waktu semakin hampir Maghrib
14 Zulkaedah 1440 / 17 Julai 2019

Similar Posts

  • PENTING MENJAUHI SYIRIK

    PENTING MENJAUHI SYIRIK Kata Imam an-Nawawi: “Tidak akan kekal dalam api neraka orang yang mati atas tauhid. Ini merupakan kaedah yang disepakati oleh Ahli Sunah.” [Syarah Sahih Muslim 1/28] Pentingnya faham hakikat erti tauhid dan menjauhi segala bentuk syirik. Idris bin Sulaiman Kajang 12 Jamadilakhir 1443H / 15 Januari 2022

  • BLOGGER VIDEO NAS DAILY

    BLOGGER VIDEO NAS DAILY Awas dengan video-video yang disebarkan. Video-video yang diterbitkan oleh blogger ini sangat halus isi penyampaiannya bertujuan untuk memesongkan Muslim. Antara matlamatnya ialah menormalisasikan hubungan dengan negara haram Yahudi (Israel). Berwajahkan toleransi dan kasih sayang tetapi realitinya mahu menghilangkan jati diri MASYARAKAT ISLAM dengan mengetepikan akidah dan…

  • BERANI LAWAN ‘HANTU’

    BERANI LAWAN ‘HANTU’ # Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu (2) # Syirik kufur Muslim diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan ALLAH daripada segala kejahatan termasuklah gangguan syaitan. Malah tipu daya syaitan itu lemah tidak sekuat mana. Firman ALLAH: فَقَـٰتِلُوۤا۟ أَوۡلِیَاۤءَ ٱلشَّیۡطَـٰنِۖ إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا. “Maka perangilah kamu akan pengikut-pengikut…

  • JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT

    JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT Alam jin berbeza dengan alam manusia. Jin dicipta daripada api manakala manusia daripada tanah. Mengapa dinamakan jin? Kerana jin terlindung dan tertutup daripada pandangan manusia. Kata Ibnu ‘Aqil (wafat 513H): سُمِّيَ ‌الْجِنّ جِنًّا لاجْتِنَانِهِمْ وَاسْتِتَارِهِمْ عَن الْعُيُون مِنْهُ سُمِّيَ الْجَنِين جَنِينًا. “Dinamakan jin sedemikian…

  • BIDAAH KALIMAH ALLAH

    BIDAAH KALIMAH ALLAH # Kristian Malaysia Mahu Menggunakan Kalimah Allah bagi Tuhan dalam terjemahan Melayu Bible # Usaha halus yang boleh memesongkan akidah masyarakat Islam. Ketika mana berdepan dengan pelbagai cabaran akidah termasuklah dengan wujudnya pelbagai ajaran sesat, gerakan LĠBŤQZ, kes-kes murtad dan sebagainya, kini masyarakat Islam di Malaysia berdepan…