| | |

MEMBONGKAR KEBEJATAN KAUM PEROSAK DI BULAN RAMADAN

“Tapi bulan Ramadan kan elok kita fokus pada ibadah. Tak payah gaduh-gaduh.”

Demikian barangkali reaksi sebahagian apabila melihat kebejatan kaum-kaum perosak dibongkar satu persatu dengan bukti dan hujah yang terang lagi nyata.

Bukan fitnah, bukan andaian-andaian kosong dan bukan umpatan, tetapi bukti dan dalil daripada perkataan dan perbuatan mereka sendiri.

Semenjak bila kaum perosak menghormati bulan Ramadan dan menghormati hak-hak kaum Muslimin.

Selayaknya nasihat demikian ditujukan kepada mereka.

Adapun Umat Islam yang lain, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab mereka menjelaskan kebenaran, amar makruf nahi mungkar dan menasihati kaum Muslimin supaya mengetahui hakikat kaum perosak ini; dalam bulan Ramadan dan di luar Ramadan.

Bulan Ramadan sama sekali bukan penghalang.

Sepertimana kaum perosak tidak pernah berdiam dalam melakukan kerosakan, maka demikian juga kaum yang melakukan islah; hendaklah mereka terus gigih tanpa henti.

Bulan Ramadan sama sekali bukan bulan untuk rehat dan bermalasan.

Demikian Sunnah Nabi sallalahu alaihi wassalam.

Bahkan pada zaman awal Islam dahulu Nabi dan Sahabat telah berusaha gigih jauh lebih daripada itu dalam bulan Ramadan.

Mereka sampai berperang dalam bulan Ramadan!

Dalam sejarah Islam, Perang Badar & Pembukaan Kota Mekah adalah antara peperangan yang telah berlaku dalam bulan Ramadan.

Wallahul musta’an

Ustaz Idris bin Sulaiman
13 Ramadan 1438H bersamaan 8 Jun 2017

Similar Posts

  • | | |

    DAGING KORBAN 2 KG

    Itulah jumlah daging yang diperoleh oleh rata-rata yang menyertai program qurban di masjid (atau tempat lain) setelah membayar harga bahagian masing-masing sepenuhnya. Kebiasaannya kita boleh mendapat daripada seekor lembu kira-kira 70 kg daging. Bahkan lebih. Ini bererti setiap peserta setelah membayar jumlah bahagian masing-masing kira-kira RM650 (harga lembu kira-kira RM4500)…

  • |

    SYAITAN SURUH CERAI

    Peningkatan trend perceraian bagi pasangan Islam saban tahun dilihat semakin membimbangkan. Demikian laporan akhbar baru-baru ini berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dalam membicarakan soal talak cerai, Nabi ﷺ bersabda: إِنَّ ‌إِبْلِيسَ ‌يَضَعُ ‌عَرْشَهُ ‌عَلَى ‌المَاء ثمَّ يبْعَث سراياه فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلَتُ كَذَا وَكَذَا…

  • |

    TALAM DUA MUKA

    Antara seburuk-buruk orang ialah orang yang bermuka dua. Sabda Nabi ﷺ: إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ‌ذُو ‌الْوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ. “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah orang yang bermuka dua; dia mendatangi satu kelompok dengan muka sekian dan satu kelompok lain dengan muka yang lain.” [Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]…

  • | |

    KEBENARAN WAJIB DIJELASKAN

    Wajib ada pihak dalam kalangan umat Islam yang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Firman Allah ﷻ: وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ “Dan hendaklah ada di antara kamu pihak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang…

  • |

    URD DALAM KENANGAN

    Allahyarham Ustaz Rasul Dahri sudah pun pergi. Beliau istiqamah berdakwah sampai hari terakhir. Mahu membantu agama Allah atau memilih jalan menyimpang adalah pilihan masing-masing. Allah ﷻ berfirman: وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَا “Dan katakanlah: Kebenaran itu ialah yang…