|

PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA

PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA

GANDAAN BALASAN MALAM LAILATULQADAR

SOALAN:
Adakah perbuatan maksiat pada malam Lailatulqadar dikira sebagai lebih buruk daripada seribu bulan?

JAWAPAN:
Ulama menjelaskan bahawa gandaan balasan PAHALA KEBAIKAN adalah secara BILANGAN (10, 20, 30 kali ganda dan seumpamanya) dan dari sudut BENTUKNYA (ganjaran pahala yang besar, lumayan dan seumpamanya).

Adapun gandaan balasan DOSA KEJAHATAN adalah dari sudut BENTUKNYA sahaja, iaitu pelakunya dibalas dengan azab pedih, perit dan seumpamanya.

Firman Allah:

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

“Sesiapa yang membawa AMAL KEBAIKAN, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa AMAL KEJAHATAN, maka ia tidak dibalas melainkan dengan (kejahatan) YANG SAMA dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

[Surah Al-An’am, 160]

Dalam ayat di atas, berbeza dengan amal kebaikan, sesuatu amal kejahatan hanya akan dicatatkan sebagai SATU DOSA; yakni tidak akan dilipat gandakan jumlahnya.

Hanya sahaja sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, barangkali CARA BAGAIMANA pelakunya diazab mungkin digandakan dari sudut pedih dan perit azab tersebut kerana perbuatannya menodai kemuliaan dan kehormatan sesuatu tempat (seperti Tanah Suci dan masjid) dan masa (seperti di bulan Ramadan).

Adapun gandaan balasan kerana MALAM LAILATULQADAR, tidak dinafikan bahawa perbuatan dosa pada bulan Ramadan secara amnya tidak seperti perbuatan dosa di luar bulan Ramadan.

Hanya sahaja sepertimana dalam penjelasan di atas, gandaan balasan dosa di bulan Ramadan adalah dari sudut BENTUKNYA, dan bukan secara BILANGAN 10 kali ganda, 1000 kali ganda dan seumpamanya.

Wallahul muwaffaq.

Ustaz Idris bin Sulaiman
Kajang
Waktu hampir Zohor
22 Ramadan 1440H bersamaan 27 Mei 2019

Similar Posts

  • |

    TAHUN BAHARU MASIHI

    Muslim tidak menyambut tahun baharu Masihi. Tahun baharu Masihi berkait rapat dengan agama Kristian dan berasal usul daripada kepercayaan pagan. Masihi merujuk kepada kelahiran Nabi Isa alaihissalam. Dalam bahasa Inggeris kalendar Masihi dikenali sebagai ‘Gregorian calender’ nisbah kepada Paus Gregory ke XIII yang memperkenalkannya pada tahun 1582. Bulan Januari pula…

  • |

    BIDAAH DALAM AGAMA

    Acap kali dalam hal-hal tokok tambah, rekaan dan inovasi dalam agama dan ibadah sebahagian pihak mempertahankannya dengan berkata: “Alahai, benda baik apa salahnya…” Perlu ditegaskan bahawa kenyataan sebegini keliru dan tidak benar sama sekali. Kerana baik atau buruk dalam hal agama dan ibadah hanya boleh ditetapkan melalui jalan syariat, bukan…

  • |

    AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR

    AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR Amalan merenjis tepung air tawar atau apa jua jenis air tidak pernah dicontohkan oleh Nabi ﷺ ataupun diamalkan oleh para Sahabat yang mulia. Sedangkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ. “Barang siapa mengada-adakan SESUATU YANG BAHARU dalam urusan…

  • |

    MEMPERKECILKAN DOSA

    – Jangan dilihat kecilnya dosa tetapi lihatlah Maha BesarNya Tuhan Memperkecilkan dosa menunjukkan rasa kurang takut kepada Allah ﷻ. Ia merupakan antara sifat orang fasik dan munafik. Ini berbeza dengan orang Mukmin yang takut berdosa dan melihat sekecil-kecil dosanya sebagai sesuatu yang besar. Ia menunjukkan kesempurnaan rasa takutnya kepada Allah…