HUKUM MAIN KUTU

HUKUM MAIN KUTU

Iaitu perbuatan mengumpul wang pada setiap bulan (minggu dan lain-lain) daripada para peserta lalu ditentukan giliran orang yang menerimanya secara undian dan seumpamanya.

Syeikh Al-Albani rahimahullah menegaskan bahawa perbuatan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN.

Oleh yang demikian ia TIDAK DIBENARKAN.

Kata beliau, “Ia adalah perjudian jika ia bukan termasuk dalam bab:

Setiap keuntungan daripada piutang adalah RIBA”.

Mengapa ia satu perjudian?

Syeikh menjelaskan, ini memandangkan tiada jaminan bahawa setiap peserta akan memperoleh bahagian mereka masing-masing lebih-lebih lagi mereka yang berada di tangga giliran akhir.

Berbagai kemungkinan boleh berlaku; ada yang menarik diri, tidak mampu bayar dan sebagainya. Demikian juga kemungkinan ada peserta yang meninggal dunia.

Keadaan ini membuatkan para peserta terdedah kepada keuntungan dan kerugian atas sebab nasib semata-mata.

Ini yang dinamakan sebagai JUDI.

Syeikh menegaskan, kecuali sekiranya ditulis satu perjanjian antara para peserta tentang bagaimana sekiranya ada peserta yang tidak dapat meneruskan bayaran atas apa jua alasan; sama ada akan dituntut atau dimaafkan; bagi memastikan hak-hak para peserta dipelihara.

Selagi mana tiada PERJANJIAN YANG JELAS maka ia tidak dibolehkan.

Rujukan: Rakaman suara ‘Silsilah Al-Huda Wa An-Nuur’: no 573: minit 42.

Barakallahu fikum.

✍ Ustaz Idris Sulaiman
21 Rabiul akhir 1438H bersamaan 20 Januari 2017

Klik di sini untuk sertai channel telegram t.me/penaustazidrissulaiman

#penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

    IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) Alhamdulillah setelah dipermudahkan urusan peperiksaan lisan (viva) yang berlangsung semalam pagi ini menerima pula surat perakuan lulus dan layak menerima ijazah kedoktoran dengan beberapa pembetulan. Segala puji bagi Allah ﷻ. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu dan memberi semangat sepanjang pengajian berlangsung, keluarga dan sahabat handai. Jasa…

  • #7 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #7 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Ni’matullah al-Jaza’iri (Ulama besar Syiah – mati 1701 Masihi): “Kita tidak bersama dengan Ahli Sunah dalam keyakinan kita terhadap Tuhan. Kita tidak sama dengan Ahli Sunah dari sudut Tuhan, Nabi ataupun imam kita. Ini kerana mereka mengatakan bahawa Tuhan mereka ialah Tuhan yang mengutus Muhammad…

  • ULAMA & PERAWI SAHABAT

    ULAMA & PERAWI SAHABAT # Ulama papan kekunci Jumlah para Sahabat Rasulullah ﷺ adalah ribuan. Jumlah mereka yang meriwayatkan hadis (yang tercatat nama mereka dalam kitab-kitab hadis) ialah sekitar 750 orang Sahabat. Jumlah mereka yang berijtihad dan memberi fatwa tidak lebih daripada 150 orang Sahabat. 7 daripada mereka banyak berijtihad…

  • SAHABAT NABI ﷺ

    SAHABAT NABI ﷺ Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk. Mereka adalah sebaik-baik umat ini. Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ. Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah…

  • PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA

    PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA Perarakan pro-LGBT di ibu negara semalam hanyalah permulaan. Dengan bantuan dana, strategi dan sokongan, golongan perosak ini tidak akan berhenti sehingga cita-cita mereka tercapai. Di negara-negara Barat, proses menormalisasikan golongan LGBT dalam masyarakat sudah lama bermula, dan sebahagian negara telah pun membenarkan perkahwinan sejenis. Adakah…