|

BUNUH DIRI

BUNUH DIRI

Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa.

ALLAH ﷻ berfirman:

وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا.

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.”

[Al-Quran; an-Nisa’: 29]

Sabda Nabi ﷺ:

“Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”

Membunuh diri merupakan antara seburuk-buruk dosa.

Sekalipun demikian pelakunya di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak jatuh kafir sekiranya dia Muslim yang solat, menzahirkan keislamannya, mengesakan ALLAH ﷻ dan tidak menyekutukanNYA.

Justeru kedudukan orang yang membunuh diri di akhirat sama seperti pelaku-pelaku maksiat yang lain di mana terserah kepada ALLAH ﷻ sama ada untuk mengampuninya dan memasukkannya ke dalam syurga atau menyeksanya dalam api neraka mengikut kadar dosanya sebelum akhirnya dia dimasukkan ke dalam syurga.

Ahli keluarganya dan kaum Muslimin yang lain sewajarnya mendoakan keampunan serta rahmat ALLAH ﷻ buatnya, moga-moga ALLAH ﷻ mengampuninya serta mengasihaninya sekiranya dia Muslim.

Tetapi jika orang yang membunuh dirinya itu bukan Muslim, tidak solat, memperlecehkan Agama, menganut kepercayaan-kepercayaan sesat dan seumpamanya maka orang sebegini tidak boleh didoakan untuknya. Sekalipun demikian, hakikat urusannya di akhirat terserah kepada ALLAH ﷻ.

Semoga Allah mengampuni keterlanjuran kita serta mematikan kita dalam Islam.

Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Zulkaedah 1442H /
28 Jun 2021
Sabar kunci kejayaan
http://www.facebook.com/idrissulaiman
————————
Bantu sebar artikel ini dengan tekan butang share & like. Jazakumullahu khaira.

Similar Posts

  • |

    JIKA DAPAT NIKMAT ATAU DITIMPA MUSIBAH: MANA LEBIH BAIK?

    Antara sifat Mukmin ialah bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila ditimpa musibah. Ramai mungkin lebih suka jika diuji dengan nikmat berbanding musibah. Malah tidak kurang yang mungkin menyangka bahawa mendapat nikmat ialah tanda Allah ﷻ sayang manakala musibah ialah tanda Allah ﷻ benci. Pemahaman ini perlu diluruskan. Pertamanya, perlu…

  • |

    RACUN DOSA

    Dosa umpama racun. Sekiranya ia tidak membinasakan maka paling tidak ia akan melemahkan orangnya. Dan jika orangnya sudah jadi lemah maka dia tidak akan dapat melawan penyakit-penyakit yang datang. Berkata ulama besar Abdullah bin Mubarak (wafat 181H): رَأيْتُ الذُّنُوبَ تُمِيتُ القُلُوبِ، وَقَدْ يُورِثُ الذُّلَّ إدْمَانُهَا، وَتَرْكُ الذُّنُوبِ حَيَاةُ القُلُوبِ. “Aku…

  • |

    MENGALIHKAN GANGGUAN ATAS JALAN

    – Tanda-tanda orang beriman Mengalihkan gangguan dari atas jalan ialah sebahagian daripada iman. Ia merupakan tanda bahawa orangnya beriman; beriman dengan Allah ﷻ dan Hari Akhirat. Ini sebagaimana sabda Nabi ﷺ: الْإِيمَانُ بضع وَسَبْعُونَ شُعْبَة فَأفْضَلُهَا: قَولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا: إِمَاطَةُ ‌الْأَذَى ‌عَنِ ‌الطَّرِيقِ وَالحَياَءُ شُعْبَة مِنَ الإيمَانِ….

  • |

    HASUTAN KEBENCIAN KE ATAS ISTANA

    HASUTAN KEBENCIAN KE ATAS ISTANA # Pemikiran Sosialis Komunis Menghapuskan Sistem Raja Beginilah api kebencian ditimbulkan antara masyarakat awam dan Istana dengan diwujudkan persepsi kononnya terdapat ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan negara. Masyarakat awam barangkali teruja dengan lakaran grafik dan retorik yang menzahirkan ketidakadilan tersebut kerana beranggapan bahawa itulah caranya mereka…

  • |

    BANK ISLAM

    BANK ISLAM Lampiran gambar mesej yang diterima melalui telefon bimbit hari ini tentang tawaran pembiayaan (baca PINJAMAN) peribadi sehingga RM300K dengan kadar terapung (floating rate) bermula daripada 4.42%. Berbeza dengan kadar tetap (fixed rate), kadar terapung merujuk kepada kadar faedah (baca RIBA) yang boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut…