|

KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA)

KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA)
.
.
.
Memberi pinjaman ikhlas tanpa mengenakan riba, dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia menjanjikan pahala ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
.
.
.
Firman Allah:
.
.
.
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
.
.
.
[Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya]
.
.
.
[Surah Al-Baqarah, 245]
.
.
.
Kata Imam Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya:
.
.
.
“Tiada sesiapa yang mengetahui berapa banyak lipatan ganda (pahalanya) kecuali Allah.”
.
.
.
Dalam hadis, Nabi sallalahu alaihi wassalam bersabda:
.
.
.
إِنَّ السَّلَفَ يَجْرِي مَجْرَى شَطْرِ الصَّدَقَةِ
.
.
.
[Pinjaman itu sama seperti dengan setengah daripada sedekah]
.
.
.
Yakni pahalanya setengah pahala bersedekah.
.
.
.
Hadis sahih. Riwayat Imam Ahmad.
.
.
.
Ini bererti bahawa sekiranya seseorang itu memberi pinjaman tanpa riba sebanyak RM100, maka seolah-olah dia telah bersedekah sebanyak RM50. Pinjaman RM1000 adalah seperti bersedekah RM500. Dan begitulah seterusnya.
.
.
.
Demikian besarnya ganjaran memberi pinjaman kerana mengharapkan imbuhan akhirat (pahala), berbanding imbuhan dunia (riba).
.
.
.
Wallahul musta’an.
.
.
.
Ustaz Idris Sulaiman
.
=======
Hantarkan soalan-soalan anda ke

m.me/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…

  • LŎCKDŎWN DUNIA KALI KE-2?

    – Reset Ekonomi – New World Order Perkembangan semasa di China sepatutnya merisaukan kerana di sanalah segala bala musibah bermula dua tahun lalu di awal 2020. Kini kita menyaksikan hal serupa berulang kembali apabila baru-baru ini kerajaan China melaksanakan perintah lŏckdŏwn kali ke-2 ke atas rakyatnya tetapi dengan lebih dahsyat…

  • |

    SAHABAT NABI GEMBIRA KEMENANGAN TENTERA ROM : SATU PENJELASAN

    Para Sahabat Nabi ﷺ pernah bergembira dengan kemenangan tentera Rom terhadap Parsi. Namun demikian, kegembiraan tersebut tidak bermaksud mereka memuji atau menyokong tentera Nasrani Rom itu. Kegembiraan adalah satu perkara, manakala memuji dan menyokong adalah perkara yang lain. Bagaimana pula ada pihak yang cuba menyucikan pencela dan pengkafir Sahabat Nabi…

  • |

    NAMA-NAMA YANG PERLU DIELAKKAN

    Ibu bapa dianjurkan memberikan nama yang baik kepada anak. Ini termasuklah dengan menggantikan nama-nama yang tidak elok sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ yang menggantikan nama anak perempuan Omar al-Khattab r.a. daripada A’siah kepada Jamilah. [Sahih. Riwayat Muslim, no. 2139] A’siah bermaksud ‘penderhaka’ sedangkan Jamilah bermaksud ‘cantik’. Berikut ialah nama-nama…

  • |

    MATI KEMALANGAN SYAHID

    Sebahagian ulama melihat bahawa orang yang mati kemalangan dalam kategori mati syahid akhirat sama seperti mereka yang mati dalam runtuhan yang disebut dalam hadis. Sabda Nabi ﷺ: ‌الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحب ‌الْهدم والشهيد فِي سَبِيل الله “Orang-orang yang mati syahid ialah lima; orang yang mati kerana taun, mati…

  • |

    KESUDAHAN SI PENCELA NABI ﷺ

    KESUDAHAN SI PENCELA NABI ﷺ Bahtera Nabi Nuh a.s. yang dibina oleh seorang telah belayar dengan laju dan selamat di bawah jagaan Allah (Al-Quran, Hud, 11:41) di kala dunia semua tenggelam dan hanya bahteranya sahaja yang selamat. Berbeza dengan kapal Titanic yang dibina oleh ratusan pekerja mahir dan dikatakan mustahil…