|

KEMAJUAN MATERIAL?

KEMAJUAN MATERIAL?
.
.
Hakikatnya ia kembali kepada cara kita menimbang ‘baik’ dan ‘buruk’.
.
Cara timbang orang kafir adalah berdasarkan ‘kemajuan’ material di dunia semata-mata.
.
Adapun soal spiritual, ternyata mereka jahil malah mundur sehabis-habisnya.
.
Kerana itu barangkali mereka maju dan kaya secara material, tetapi dalam masa yang sama, kehidupan mereka diselubungi kesuraman, rasa tidak tenteram, tidak keruan, dan rasa depresi yang amat.
.
Akibatnya, ramai daripada kalangan mereka yang hidup dalam keadaan tertekan, murung dan tidak bahagia.
.
Kemuncaknya berlaku permasalahan minum arak yang melampau, penyalahgunaan dadah, kemurungan akibat depresi, dan tidak kurang yang bunuh diri.
.
Hakikat yang tidak difahami oleh orang kafir, apa tujuan kita hidup di dunia???
.
Untuk bersenang-senang dengan kemajuan teknologi dan bermewah-mewah dengan kekayaan material???
.
Kemudian apa?? Kita semua akan mati tanpa kita bawa apapun daripada nikmat teknologi atau kekayaan material yang telah dikecapi itu ke dalam kubur.
.
Jadi buat apa dengan kemajuan teknologi serta kekayaan material??
.
Jawapannya, hanya untuk kesenangan yang sementara….
.
Jika begitu, eloklah kita berusaha dan fokus untuk kesenangan dan kehidupan yang abadi berbanding apa yang sedikit dan sementara…
.
.
Ustaz Idris Sulaiman
.
=======
Alhamdulillah, hampir 60 orang sudah sertai channel Telegram Sahabat iSDC sejak status yang terakhir. Klik di sini untuk sertai Sahabat iSDC

https://t.me/ilmusalafdotcom

Similar Posts

  • |

    TANDA BURUK SANGKA

    TANDA BURUK SANGKA Antara tanda-tanda buruk sangka seseorang terhadap orang lain ialah: Bersikap melampau; Banyak mengumpat; Banyak berbohong; Hasad dengki; Prihatin untuk ke hadapan. Barang siapa mempunyai tanda-tanda ini maka kritikannya terhadap lawannya boleh ditafsirkan bertujuan untuk menjatuhkan, membuka aib serta mencela; dan bukan nasihat. Justeru dia layak mendapat kehinaan….

  • |

    SABAR HADAPI DUGAAN DUNIA

    Mukmin perlu sabar dalam menghadapi dugaan di dunia sebesar mana pun ia datang menguji kerana apa yang pasti di sebalik setiap ujian akan datang kesenangan dan di sebalik setiap kepayahan akan datang kemudahan, sedangkan azab dunia jauh lebih ringan dan tidak terbanding dengan azab akhirat. Firman Allah ﷻ: فَإِنَّ مَعَ…

  • |

    MENYAMAKAN ANTARA YANG SAMA & MEMBEZAKAN ANTARA YANG BERLAINAN

    MENYAMAKAN ANTARA YANG SAMA & MEMBEZAKAN ANTARA YANG BERLAINAN # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 13 Kaedah ini bersesuaian dengan akal yang sihat serta fitrah yang benar. Atas kaedah inilah Syariah didirikan di mana hukum atas sesuatu diberikan bersesuaian dengan apa yang semisalnya manakala apa yang sebaliknya diberikan hukum yang berbeza….

  • | |

    TAUHID TIDAK CUKUP; WAJIB HINDAR SYIRIK

    Muslim tidak hanya diperintah supaya beribadah kepada Allah ﷻ. Sebaliknya turut disuruh supaya menjauhi syirik; segala bentuk penyembahan kepada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيئاً. “Mereka terus beribadah kepadaKu dan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain.” [Al-Quran, al-Nuur, 24:55] Dalam ayat di atas, Allah ﷻ…

  • |

    DEFINISI BIDAAH

    Ada pihak sengaja menangguk di air keruh mahu kelirukan orang ramai tentang isu bidaah. Mereka gambarkan seolah-olah Salafi (dipanggil Wahabi) melarang bidaah secara semberono dan membuta tuli. Lalu secara sinis dan menyindir berkata: “Oh, maknanya semua benda baharu dan peralatan moden tak boleh digunakan! Telefon, kamera, kereta, kapal terbang… ini…