|

Larangan Minum Berdiri

عَنْ أَبَي هُرَيْرَةَ ِأنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا يَشْرَبُ قَائِمًا، فَقَالَ لَهُ: ” قِهِ ” قَالَ: لِمَهْ؟ قَالَ: ” أَيَسُرُّكَ أَنْ يَشْرَبَ مَعَكَ الْهِرُّ؟ ” قَالَ: لَا. قَالَ: ” فَإِنَّهُ قَدْ شَرِبَ مَعَكَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مِنْهُ، الشَّيْطَانُ.

Nabi ﷺ melihat seorang lelaki minum sambil berdiri, lalu Baginda menegurnya seraya bersabda: “Adakah engkau suka kucing minum bersamamu? Sesungguhnya yang minum bersamamu makhluk yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan.”

Sahih. Riwayat Ahmad, no. 8003

MINUM BERDIRI

Larangan Nabi ﷺ terhadap seorang lelaki Sahabat yang minum berdiri, disertai penjelasan bahawa syaitan telah minum bersamanya, menunjukkan bahawa hukum perbuatan tersebut bukan sekadar makruh.

Ini kerana definisi makruh ialah perbuatan yang tidak berdosa jika dilakukan, tetapi meninggalkannya adalah lebih afdal.

Justeru, larangan Nabi ﷺ terhadap lelaki Sahabat tersebut, berserta ancaman yang dinyatakan, menunjukkan bahawa hukum minum berdiri adalah haram.

Namun begitu, terdapat hadis sahih yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ sendiri pernah minum berdiri.

Hal ini menunjukkan bahawa larangan minum berdiri mempunyai pengecualian dalam keadaan tertentu.

Kesimpulannya, hukum asal minum berdiri adalah haram, kecuali apabila terdapat keperluan atau keadaan yang memaksa.

Barakallahu fikum.

Similar Posts

  • |

    BIDAAH DALAM AGAMA

    BIDAAH DALAM AGAMA Firman Allah ﷻ, mafhumnya: “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi PENAWAR serta rahmat buat sekelian alam.” [Surah al-Israa, ayat 82] Ayat di atas bersifat umum dan mutlak, tidak mengkhususkan mana-mana ayat yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa dalam masa yang sama, terdapat hadis-hadis SAHIH yang menyebut…

  • | |

    TRANSKRIP PENGAJIAN HADIS SYKEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR

    TRANSKRIP PENGAJIAN HADIS SYKEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR Minggu lepas merupakan permulaan Program Pengajian Hadis secara atas talian bersama Syeikh Abdul Razzaq al-Badr – hafidhahullah, ulama besar Madinah, Arab Saudi. Program yang berlangsung dalam bahasa Arab ini disertai lebih 4,000 peserta dari seluruh dunia. Pendaftaran masih terbuka buat…

  • BUKU BAHARU: 80 HADIS PUASA RAMADAN

    Bulan Ramadan tidak lama lagi, kurang dua minggu. Bersempena kedatangan bulan mulia ini sebuah tulisan baharu bertajuk ’80 Hadis Puasa Ramadan’ telah selesai dibukukan dan kini dalam proses cetakan. Buku ini adalah himpunan 80 sabda Nabi ﷺ berkaitan puasa Ramadan; kewajipan, fadilat, bila umat Islam mula puasa, niat puasa, bersahur,…

  • | |

    HADIS DAIF KELEBIHAN MENGERJAKAN QIYAM PADA MALAM HARI RAYA

    HADIS DAIF KELEBIHAN MENGERJAKAN QIYAM PADA MALAM HARI RAYA . oleh Ustaz Idris bin Sulaiman . Ia merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Umamah radhiallahu anhu, bahawasanya Nabi Sallalahu alaihi wasallam bersabda: . مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ ….

  • |

    TATACARA KENCING?

    – Agama Islam memudahkan, bukan menyusahkan Tatacara-tatacara yang disebutkan dalam gambar ini tiada sandarannya dalam hadis sahih. Justeru ia lebih kepada menyusahkan apa telah sedia dimudahkan oleh agama. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا. “Mudahkan dan jangan menyusahkan.” [Sahih. Riwayat Muslim] Syariat Islam turut memberi amaran ke atas mereka…

  • | |

    ILMU FIQAH

    ILMU FIQAH # Taklid vs Ittiba’ Rata-rata memahami ilmu fiqah sebagai ilmu yang membahaskan tentang pendapat-pendapat ulama dan mazhab. Sewajarnya pemahaman ini diperbetulkan kerana ilmu fiqah yang sebetulnya ialah ilmu pemahaman Al-Quran dan hadis. Kedua-dua Al-Quran dan hadis menjadi sumber utama ilmu fiqah. Tinggal lagi sama ada kita kembali kepada…