| |

Tiga Peringkat Akidah Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari Menurut Ibnu Kathir

Kata Imam Ibnu Kathir:

Syeikh Abu al-Hasan al-Asy’ari telah melalui tiga keadaan:

Keadaan pertama: Keadaan beliau berpegang dengan akidah Muktazilah, yang kemudiannya beliau tinggalkan.

Keadaan kedua: Menetapkan tujuh sifat akliah (akal), iaitu hayat (kehidupan), ilmu, qudrah (kekuasaan), iradah (kehendak), sama’ (pendengaran), basar (penglihatan) dan kalam (percakapan). Beliau mentakwilkan sifat-sifat khabariah seperti wajah, dua tangan, kaki, betis dan selainnya.

Keadaan ketiga: Menetapkan sifat-sifat tersebut tanpa takyif (menentukan atau membayangkan kaifiatnya) dan tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), mengikut manhaj Salaf.

Inilah pendekatan yang terkandung dalam kitab al-Ibanah karya Abu al-Hasan al-Asy’ari, yang ditulis pada peringkat akhir kehidupannya. Kitab ini disyarahkan oleh al-Qadi al-Baqillani dan dinukilkan oleh al-Hafiz Abu al-Qasim Ibn Asakir.

Pendekatan ini menjadi pilihan al-Baqillani, Imam al-Haramain dan beberapa tokoh ulama lain dalam kalangan pengikut mazhabnya pada penghujung pendapat mereka.

[Tabaqat al-Syafi’iyyah oleh Ibnu Kathir, 1/205]

Tiga Peringkat Akidah Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari Menurut Ibnu Kathir

Tiga Peringkat Akidah Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari Menurut Ibnu Kathir

Similar Posts