محنة الإمام أحمد بن حَنْبَل رحمه الله
محنة الإمام أحمد بن حَنْبَل رحمه الله
.
DUGAAN YANG DIHADAPI OLEH IMAM AHMAD rahimahullah
.
.
.
ﻋﺎﺻﺮ ﺍﻹﻣﺎﻡُ ﺛﻤﺎﻧﻴﺔ ﻣﻦ ﺍﻟﺨﻠﻔﺎﺀ ﺍﻟﻌﺒﺎﺳﻴﻦ:
.
Imam Ahmad telah hidup sezaman dengan lapan orang Khalifah Abbasiah iaitu:
.
١ – ﺍﻟﻤﻬﺪﻱ
٢ – ﺍﻟﻬﺎﺩﻱ
٣ – ﺍﻟﺮﺷﻴﺪ
٤ – ﺍﻷﻣﻴﻦ
.
1. Al-Mahdi 2. Al-Hadi 3. Ar-Rasyid 4. Al-Amin
.
ﻭﻫﺆﻻﺀ ﻛﺎﻧﻮﺍ ﻋﻠﻰ ﻣﺬﻫﺐ ﺍﻟﺴَّﻠﻒ
.
Keempat-empat Khalifah ini mendukung fahaman Salaf As-Soleh. Manakala:
.
٥ – ﺍﻟﻤﺄﻣﻮﻥ.
٦ – ﺍﻟﻤﻌﺘﺼﻢ.
٧ – ﺍﻟﻮﺍﺛﻖ
.
5. Al-Makmun 6. Al-Muktasim dan 7. Al-Wathiq pula:
.
ﻭﻫﺆﻻﺀ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺃﻇﻬﺮﻭﺍ ﺍﻟﻔﺘﻨﺔ ﻭﺍﻣﺘﺤﻨﻮﺍ ﺍﻟﻨَّﺎﺱ.
.
Mereka telah menimbulkan dugaan dan cubaan ke atas masyarakat Islam. Adapun:
.
٨ – ﺍﻟﻤﺘﻮﻛﻞ
8. Al-Mutawakil
.
ﻭﻫﺬﺍ ﺍﻟﺬﻱ ﻛﺸﻒ ﺍﻟﻠّٰﻪ ﺑﻪ ﺍﻟﻐﻤّﺔ، ﻭﺃﻇﻬﺮ ﺍﻟﺴَّﻨﺔ، ﻭﻣﺤﺎ ﺍﻟﺒﺪﻋﺔ، ﻭﺃﺧﻤﺪ ﺍﻟﻔﺘﻨﺔ، ﻓﺮﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠّٰﻪ “.
.
Beliau telah memulihkan keadaan, menzahirkan As-Sunnah, menghilangkan bidaah serta menghilangkan kegawatan. Semoga Allah merahmati beliau.
.
.
.
ﺃﻫﻢ ﺃﺳﺒﺎﺏ ﻇﻬﻮﺭ ﺍﻟﻔﺘﻨﺔ:
.
Sebab-Sebab Utama Timbulnya Fitnah:
.
– ﺗﻌﺮﻳﺐ ﻛﺘﺐ ﺍﻟﻔﺮﺱ ﻭﺍﻟﺮﻭﻡ ﻭﺍﻟﻴﻮﻧﺎﻥ ﻭﺍﻟﻬﻨﺪ.
.
.
– Terjemahan buku-buku Parsi, Rom, Yunani dan India.
.
– ﺗﻘﺮﻳﺐ ﺍﻟﺨﻠﻴﻔﺔ ﻷﻫﻞ ﺍﻟﺒﺪﻉ.
.
– Khalifah mendekati golongan ahli bidaah.
.
.
.
اﻟﺨﻠﻴﻔﺔ ﺍﻟﻌﺒﺎﺳﻲ ﺍﻟﺬﻱ ﺍﺑﺘﺪﺃ ﺍﻟﻔﺘﻨﺔ: ﺍﻟﻤﺄﻣﻮﻥ.
.
Khalifah Abbasiah yang memulakan fitnah ialah Khalifah Al-Makmun.
.
.
ﺭﺃﺱ ﺍﻟﻔﺘﻨﺔ: ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺩُﺅَﺍﺩ.
.
Orang yang bertanggungjawab menimbulkan fitnah: Ahmad bin Abi Du’ad.
.
.
.
ﺍﻟﺴﻨﺔ ﺍﻟﺘﻲ ﺑﺪﺃ ﺍﻣﺘﺤﺎﻥ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ ﻓﻴﻬﺎ : (٢١٨ هـ).
.
Tahun mulanya para ulama diduga: 218H
.
.
ﻋﻘﻮﺑﺔ ﻣﻦ ﻳﻤﺘﻨﻊ ﻋﻦ ﺍﻟﻘﻮﻝ ﺑﺨﻠﻖ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ: “ﺍﻟﺤﺒﺲ؛ اﻟﺘﻀﻴﻴﻖ ﻋﻠﻴﻪ؛ اﻟﻀﺮﺏ؛ اﻟﻌﺰﻝ ﻋﻦ ﺍﻟﻮﻇﻴﻔﺔ؛ ﻗﻄﻊ ﺭﺯﻗﻪ ﻣﻦ ﺑﻴﺖ ﺍﻟﻤﺎﻝ”.
.
Hukuman ke atas mereka yang enggan mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk: Dipenjara, dikenakan tekanan, dipukul, dipecat daripada jawatan, dihentikan bayaran gaji / bantuan daripada baitulmal.
.
.
.
ﺃﺷﻬﺮ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺍﻣﺘﺤﻨﻮﺍ:
.
Para ulama yang paling diuji:
.
١ – ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺳﻌﺪ؛ ﻛﺎﺗﺐ ﺍﻟﻮﺍﻗﺪﻱ
٢ – ﻳﺤﻴﻰ ﺑﻦ ﻣﻌﻴﻦ
٣ – ﺃﺑﻮ ﺧﻴﺜﻤﺔ
٤ – ﺃﺑﻮ ﻣﺴﻠﻢ ﺍﻟﻤﺴﺘﻤﻠﻲ
٥ – ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ ﺑﻦ ﺩﺍﻭﺩ ﺍﻟﺠﻮﺯﻱ
٦ – ﺃﺣﻤﺪ ﺍﻟﺪﻭﺭﻗﻲ
٧ – ﺍﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﻣﺴﻌﻮﺩ
.
1. Muhammad bin Saad; pembantu Al-Waqidi
2. Yahya bin Maeen
3. Abu Khaithamah
4. Abu Muslim Al-Mustamli
5. Ismail bin Daud Al-Jauzi
6. Ahmad Ad-Durqi
7. Ibnu Abi Masud
.
.
ﻭﻫﺆﻻﺀ ﺃﺟﺎﺑﻮﺍ ﺧﻮﻓﺎً ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻴﻒ، ﻏﻔﺮ ﺍﻟﻠّٰﻪ ﻟﻬﻢ.
.
Mereka semua telah akur dengan perintah Khalifah (untuk mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk) demi menyelamatkan nyawa mereka. Semoga Allah mengampuni mereka.
.
.
.
ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ: ” ﻫﺆﻻﺀ ﻟﻮ ﻛﺎﻧﻮﺍ ﺻﺒﺮﻭﺍ ﻭﻗﺎﻣﻮﺍ ﻟﻠّٰﻪ ﻟﻜﺎﻥ ﺍﻷﻣﺮ ﻗﺪ ﺍﻧﻘﻄﻊ، ﻭﺣﺬِﺭَﻫﻢ ﺍﻟﺮﺟﻞ -ﻳﻌﻨﻲ: ﺍﻟﻤﺄﻣﻮﻥ-، ﻭﻟﻜﻦ ﻟﻤﺎ ﺃﺟﺎﺑﻮﺍ -ﻭﻫﻢ ﻋﻴﻦ ﺍﻟﺒﻠﺪ- ﺍﺟﺘﺮﺃ ﻋﻠﻰ ﻏﻴﺮﻫﻢ…ﻫﻢ ﺃﻭﻝ ﻣﻦ ﺛﻠﻢ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﺜُّﻠﻤﺔ، ﻭﺃﻓﺴﺪ ﻫﺬﺍ ﺍﻷﻣﺮ “.
.
Kata Imam Ahmad: “Sekiranya mereka bersabar, tabah dalam menghadapi cubaan nescaya dugaan yang timbul ini akan berhenti. Manakala lelaki ini (iaitu Khalifah) akan lebih berhati-hati dengan mereka. Tetapi apabila mereka mengalah, sedangkan merekalah yang menjadi rujukan masyarakat, ini membuatkan Khalifah bertambah berani ke atas orang-orang lain… Kerana itu mereka bertanggungjawab terhadap kepincangan ini.”
.
Adapun:
.
٨ – ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ
٩ – ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻧﻮﺡ
١٠ – ﻋﺒﻴﺪ ﺍﻟﻠّٰﻪ ﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺍﻟﻘﻮﺍﺭﻳﺮﻱ
١١ – ﺍﻟﺤﺴﻦ ﺑﻦ ﺣﻤﺎﺩ ﺳﺠَّﺎﺩﺓ
.
8. Imam Ahmad bin Hanbal
9. Muhammad bin Nuh
10. Ubaidillah bin Omar Al-Qawariri
11. Al-Hasan bin Hammad Sajjadah
.
ﻭﻫﺆﻻﺀ ﺃﺑﻮﺍ ﺃﻥ ﻳﺠﻴﺒﻮﺍ ﺟﻤﻴﻌﺎً، ﻓﺤﺒﺴﻮﺍ ﻭﻗﻴﺪﻭﺍ، ﺇﻻ ﺃﻥ ﺍﻟﻘﻮﺍﺭﻳﺮﻱ ﻭﺳﺠَّﺎﺩﺓ ﺃﺟﺎﺑﺎ ﺑﻌﺪُ، -ﻏﻔﺮ ﺍﻟﻠّٰﻪ ﻟﻬﻤﺎ-“، ﻭﺃﻣﺎ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﻭﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻧﻮﺡ، ﻓﻠﻢ ﻳﺠﻴﺒﺎ ﺃﺑﺪﺍً، ﻭﺣﻤﻼ ﻣﻘﻴﺪﻳﻦ ﺇﻟﻰٰ ﺍﻟﻤﺄﻣﻮﻥ؛ ﻭﻛﺎﻥ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﻳﺪﻋﻮ ﺍﻟﻠّٰﻪ ﺃﻻ ﻳﺮﻳﻪ ﻭﺟﻪ ﺍﻟﻤﺄﻣﻮﻥ، ﻓﻠﻤﺎ ﺑﻠﻐﺎ -ﺍﻟﺮَّﻗﺔ- ﺗﻠﻘﺎﻫﻢ ﻧﺒﺄ ﻣﻮﺕ ﺍﻟﻤﺄﻣﻮﻥ ﻓﺮُﺩّﺍ ﺇﻟﻰٰ ﺑﻐﺪﺍﺩ، ﻭﻓﻲ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﺗﻮﻓﻲ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻧﻮﺡ -رﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠّٰﻪ- ﻭﺻﻠّﻰٰ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﻭﺩﻓﻨﻪ.
.
Keempat-empat mereka ini menolak (untuk mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk) sehingga menyebabkan mereka ditangkap dan digari. Hanya sahaja Al-Qawariri dan Sajjadah akhirnya akur dengan tekanan. Semoga Allah mengampuni kedua-dua mereka.
.
Adapun Imam Ahmad dan Muhammad bin Nuh, kedua-dua mereka tabah mengatakan bahawa Al-Quran itu Kalam Allah; bukan makhluk. Ini menyebabkan mereka diperintahkan supaya dibawa kepada Khalifah dalam keadaan bergari.
.
Imam Ahmad terus-menerus berdoa kepada Allah agar tidak melihat wajah Khalifah Al-Makmun. Ternyata dalam perjalanan apabila mereka tiba di suatu tempat bernama Ar-Riqqah, mereka mendapat berita kemangkatan Khalifah Al-Makmun. Ini menyebabkan mereka dibawa kembali ke Baghdad. Dalam perjalanan, Muhammad bin Nuh meninggal dunia – semoga Allah merahmatinya. Beliau disolatkan dan dikebumikan oleh Imam Ahmad.
.
وﺍﺳﺘﻔﺤﻠﺖ ﻣﺤﻨﺔ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﻋﻨﺪﻣﺎ ﺗﻮﻟﻰٰ ﺍﻟﻤﻌﺘﺼﻢ ﺍﻟﺨﻼﻓﺔ ﺳﻨﺔ: (٢١٨ هـ).
.
Ternyata bahawa dugaan ke atas Imam Ahmad terus bertambah apabila Al-Muktasim ditabalkan sebagai Khalifah pada tahun 218H.
.
ﻓﻜﺎﻥ -ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠّٰﻪ ﻭﺭﺿﻲ ﻋﻨﻪ- ﻳُﻀﺮﺏ ﺿﺮﺑﺎً ﺷﺪﻳﺪﺍً ﺣﺘﻰ ﺗﺨﻠﻌﺖ ﻳﺪﺍﻩ؛ ﻭﻗﺎﻝ ﺃﺣﺪ ﺟﻠّﺎﺩﻳﻪ: ﻟﻘﺪ ﺿﺮﺑﺖُ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ ﺛﻤﺎﻧﻴﻦ ﺳﻮﻃﺎً، ﻟﻮ ﺿُﺮِﺑَﺖ ﻓﻴﻼً ﻟﻬﺪَّﺗﻪ، ﻭﻫﻮ ﺻﺎﺑﺮ ﻳﻨﺎﻇﺮ ﻭﻳﺤﺘﻤﻞ ﺻﻨﻮﻑ ﺍﻷﺫﻯ ﻣﺪﺓ: (٢٨ ﺷﻬﺮﺍً)، ﻭﻗﻴﻞ: (٣٠ ﺷﻬﺮﺍً)، ﻭﻛﺎﻥ ﻳُﺴْﻜِﺘْﻬﻢ -بعد تثبيت اللّٰه- ﺑﻘﻮﺓ ﺣﺠﺘﻪ، ﻭﺷﺪﺓ ﻳﻘﻴﻨﻪ ﻭﺇﻳﻤﺎﻧﻪ، ﻭﺛﺒﺎﺕ ﻗﻠﺒﻪ.
.
Beliau – semoga Allah merahmatinya dan meredainya – dipukul dan diseksa sehingga kedua-dua tangannya cedera. Salah seorang tukang sebatnya berkata: “Aku telah memukul Ahmad bin Hanbal sebanyak 80 kali sebatan, sekiranya gajah dipukul sedemikian rupa nescaya ia akan rebah.”
.
Imam Ahmad terus tabah menanggung berbagai-bagai jenis seksaan selama 28 bulan (ada yang mengatakan 30 bulan). Setiap kali dalam soal siat beliau akan dapat mematahkan syubhah-syubhah yang dikemukakan kepadanya berdasarkan hujah-hujah yang kuat, di samping keyakinan dan keimanan beliau yang tinggi.
.
.
.
ﻓﻲ ﺷﻬﺮ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﺳﻨﺔ (٢٢١ هـ)، ﺃُﻃﻠﻖ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ، ﻭﺑﺬﻟﻚ ﻳﻜﻮﻥ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﻗﺪ ﻣﻜﺚ ﻓﻲ ﺍﻟﺴﺠﻦ ﺳﻨﺘﻴﻦ ﻭﺃﺭﺑﻌﺔ ﺃﺷﻬﺮ.
.
Pada bulan Ramadan tahun 221H, Imam Ahmad dibebaskan setelah meringkuk dalam penjara selama 2 tahun 4 bulan.
.
وﺑﻌﺪ ﺃﻥ ﺷﻔﺎﻩ ﺍﻟﻠّٰﻪ ﻣﻦ ﺁﺛﺎﺭ ﺍﻟﻀﺮﺏ ﺍﻟﺸﺪﻳﺪ ﺑﺎﺷﺮ ﺍﻟﺘﺪﺭﻳﺲ ﻭﺍﻟﻔﺘﻮﻯٰ ﻭﺣﻀﻮﺭ ﺍلجمعة ﻭﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ، ﺣﺘﻰ ﻣﺎﺕ ﺍﻟﻤﻌﺘﺼﻢ ﺳﻨﺔ: (٢٢٧ هـ)، ﻓﻲ ﺳﻨﺔ: (٢٣١ هـ). ﻣﻨﻌﻪ ﺍﻟﺨﻠﻴﻔﺔ ﺍﻟﻮﺍﺛﻖ ﺃﻥ ﻳﺠﺘﻤﻊ ﺇﻟﻴﻪ ﺃﺣﺪ، ﻭﻳﻠﺰﻡ ﺑﻴﺘﻪ، ﻭﻻ ﻳﺨﺮﺝ ﺇﻟﻰٰ ﺟﻤﻌﺔ ﺃﻭ ﺟﻤﺎﻋﺔ ؛ ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ: ” ﺇﻧﻲ ﻷﺭﻯٰ ﻃﺎﻋﺘﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺴﺮ ﻭﺍﻟﻴﺴﺮ، ﻭﺍﻟﻤﻨﺸﻂ ﻭﺍﻟﻤﻜﺮﻩ ﻭﺍﻷﺛﺮﺓ، ﻭﺇﻧﻲ ﻵﺳﻒ ﻋﻦ ﺗﺨﻠﻔﻲ ﻋﻦ ﺍﻟﺼﻼﺓ، ﻭﻋﻦ ﺣﻀﻮﺭ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ، ﻭﺩﻋﻮﺓ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ”. -ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠّٰﻪ تعالىٰ-؛ ﻭﻓﻲ ﺳﻨﺔ: (٢٣٣ هـ). ﻭﻟﻲ ﺍﻟﺨﻼﻓﺔ -اﻟﻤﺘﻮﻛﻞ-، ﻓﻜﺸﻒ ﺍﻟﻠّٰﻪ ﺑﻪ ﺍﻟﻐﻤّﺔ، ﻭﺃﻇﻬﺮ ﺍﻟﺴﻨﺔ، ﻭﻣﺤﺎ ﺍﻟﺒﺪﻋﺔ، ﻭﺃﺧﻤﺪ ﺍﻟﻔﺘﻨﺔ، ﻭﺃﻛﺮﻡ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﻭﻋﻈّﻤﻪ ﺣﺘﻰٔ ﻛﺎﻥ ﻻ ﻳﻮﻟﻲ ﺃﺣﺪﺍً ﻭﻻﻳﺔ ﺇﻻ ﺑﻤﺸﻮﺭﺗﻪ. ﻗﺎﻝ ﺑﺸﺮ ﺑﻦ ﺍﻟﺤﺎﺭﺙ: “ﺇﻥ ﺃﺣﻤﺪ ﺃُﺩﺧﻞ ﺍﻟﻜﻴﺮ، ﻓﺨﺮﺝ ﺫﻫﺒﺎً ﺃﺣﻤﺮ “.
.
Setelah beliau sembuh daripada kesan-kesan sebatan, beliau telah kembali mengajar dan memberi fatwa, di samping hadir solat Jumaat serta solat berjemaah sehinggalah Khalifah Al-Muktasim mangkat pada tahun 227H.
.
Pada tahun 231H, Khalifah Al-Wathiq telah melarang orang ramai daripada mendatangi Imam Ahmad. Beliau diperintahkan supaya duduk dalam rumah dan tidak boleh keluar untuk solat Jumaat ataupun solat fardu.
.
Kata Imam Ahmad: “Aku perlu mentaatinya dalam keadaan senang dan susah, ketika bersemangat dan terpaksa, dan juga dalam keadaan aku terpaksa berkorban diri. Aku merasa sedih kerana tidak dapat hadir solat berjemaah dan solat Jumaat bersama kaum Muslimin.” Semoga Allah merahmatinya.
.
Pada tahun 233H, Khalifah Al-Mutawakil ditabalkan. Ternyata Allah telah memulihkan keadaan Umat Islam di tangannya. Beliau telah menzahirkan Sunnah, menghilangkan bidaah serta menghilangkan kegawatan.
.
.
.
ﻭﻗﺎﻝ ﺍﺑﻦ ﺍﻟﻤﺪﻳﻨﻲ: ” ﺃﻋﺰّ ﺍﻟﻠّٰﻪ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺑﺎﻟﺼﺪّﻳﻖ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺮِّﺩّﺓ، ﻭﺑﺄﺣﻤﺪ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻤﺤﻨﺔ “.
.
Kata Ibnu Al-Madini: “Allah telah memuliakan Agama dengan adanya Abu Bakar As-Siddiq ketika berlakunya kemurtadan, dan dengan adanya Imam Ahmad ketika timbulnya cubaan.”
.
قال ﺍﻟﻤﻴﻤﻮﻧﻲ: “ﻗﺎﻝ ﻟﻲ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺍﻟﻤﺪﻳﻨﻲ: ﻳﺎ ﻣﻴﻤﻮﻧﻲ، ﻣﺎ ﻗﺎﻡ ﺃﺣﺪ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ؛ ﻣﺎ ﻗﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ”؛ ﻓﻌﺠﺒﺖُ ﻣﻦ ﻫﺬﺍ ﻋﺠﺒﺎً ﺷﺪﻳﺪﺍً، ﻭﺫﻫﺒﺖ ﺇﻟﻰٰ ﺃﺑﻲ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﻟﻘﺎﺳﻢ ﺑﻦ ﺳﻠّﺎﻡ، ﻓﺤﻜﻴﺖ ﻟﻪ ﻣﻘﺎﻟﺔ ﺍﻟﻤﺪﻳﻨﻲ، ﻓﻘﺎﻝ: ” ﺻﺪﻕ، ﺇﻥَّ ﺃﺑﺎ ﺑﻜﺮ ﻭﺟﺪ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺮﺩﺓ ﺃﻧﺼﺎﺭﺍً ﻭﺃﻋﻮﺍﻧﺎً، ﻭﺇﻥَّ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﻟﻪ ﺃﻧﺼﺎﺭ ﻭﻻ ﺃﻋﻮﺍﻥ… ﻟﺴﺖ ﺃﻋﻠﻢ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﻣﺜﻠﻪ “.
.
Kata Al-Maimuni: Berkata kepadaku Ali bin Al-Madini, “Wahai Maimuni, tiada sesiapa yang telah mempertahankan Agama seperti mana yang dilakukan oleh Imam Ahmad.” Aku merasa sangat pelik dengan ucapan beliau ini. Aku mendapatkan Abu Ubaid Al-Qasim bin Sallam, lau menceritakan kenyataan Al-Madini tersebut. Kata Abu Ubaid: “Beliau benar. Sesungguhnya Abu Bakar (As-Siddiq) telah mendapat bantuan dan sokongan ketika berlakunya kemurtadan. Adapun (Imam) Ahmad bin Hanbal, beliau tidak mendapat sebarang bantuan ataupun sokongan… Aku tidak mengetahui dalam Islam sesiapa yang telah menghadapi ujian sepertinya.”
.
.
.
ﺍﻟﻤﺼﺪﺭ:
” ﺍﻟﻤﺤﻨﺔ ﻭﺃﺛﺮﻫﺎ ﻓﻲ ﻣﻨﻬﺞ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ “.
للعلامة/ صالح بن فوزان الفوزان -حفظه اللّٰه تعالىٰ-.
.
Sumber:
Al-Mihnah Wa Atharuha fi Manhaj Al-Imam Ahmad
(Dugaan: Kesannya pada Manhaj Imam Ahmad)
Oleh Syeikh Saleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah
.
Terjemahan oleh Ustaz Idris bin Sulaiman