|

HUKUM TASYBIK (MENYILANG JARI-JEMARI)

HUKUM TASYBIK (MENYILANG JARI-JEMARI)
.
.
.
Perbuatan tasybik DITEGAH apabila seseorang itu sedang solat ataupun ketika menuju ke masjid dan ketika menanti solat.

Ini sebagaimana dalam sabda Nabi sallalahu alaihi wassalam:

“Sekiranya seseorang kamu berwuduk dan dia mengelokkan wuduknya, kemudian dia keluar untuk solat maka JANGANLAH dia melakukan TASYBIK kerana sesungguhnya dia DALAM solat.”

Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani rahimahullah.

Yakni dia seolah-olah dalam keadaan solat dari segi mendapat ganjaran pahala, maka wajarlah dia menjaga batasan solat seperti jika dia benar-benar sedang solat.

Adapun SESUDAH salam atau ketika di LUAR SOLAT maka TIADA TEGAHAN melakukan tasybik.

Dalam kisah Dzulyadain radhiallahu anhu dalam riwayat Bukhari dan Muslim, disebutkan bahawa Nabi sallalahu alaihi wassalam memberi salam, kemudian baginda menuju ke sebuah tiang dan bersandar padanya seperti seorang yang sedang marah, seraya meletakkan tangan kanan atas kirinya, dan BAGINDA MELAKUKAN TASYBIK menyilang-nyilang antara jari-jemari tangannya… ”

Perbuatan Nabi ini menguatkan pandangan yang mengatakan bahawa tasybik HANYA DITEGAH ketika DALAM SOLAT atau ketika SEDANG MENANTI SOLAT.

Sallamakumullah

Similar Posts

  • | |

    UCAPAN MAKMUM SEMASA DOA QUNUT WITIR

    Bacaan doa qunut witir sebagaimana sabit dalam al-Sunah ialah doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ kepada cucunya al-Hasan bin Ali – radiallahuanhu – iaitu: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، فَإنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإنَّهُ لا يَذِلُّ…

  • TERJEMAHAN ‘TIADA TUHAN KECUALI ALLAH’ – TIDAK TEPAT

    Pembetulan TERJEMAHAN kalimah syahadah. Sering kita mendengar orang menterjemahkan kalimah syahadah: لا إله إلا الله ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’ dengan erti: Tiada TUHAN kecuali Allah atau ‘There is no GOD but Allah’. Perlu dijelaskan bahawa kalimah إله (ILAH) bukan sekadar bererti tuhan (god). Kalimah tuhan (god) dalam bahasa Arab membawa…

  • |

    ZIKIR PAGI NABI ﷺ

    – Hidupkan as-Sunah, tinggalkan tokok tambah أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْحَمْدُ للهِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، ربِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ،…

  • | | | |

    DOA MELIHAT ANAK BULAN

    – Setiap awal bulan sepanjang tahun – Kias doa akhir & awal tahun Hijrah Telah sabit dalam hadis sahih doa yang dibaca oleh Nabi ﷺ apabila melihat anak bulan. Daripada Talhah bin Ubaidillah radiallahuanhu, bahawasanya apabila Nabi ﷺ melihat anak bulan, baginda ﷺ berdoa: اللّهُمَّ ‌أهِلْهُ ‌عَلَيْنَا ‌بِاليُمْنِ ‌وَالإيمَانَ وَالسَّلامَةَ…

  • |

    SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP

    SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP Sepanjang tempoh PKP, pihak berkuasa Agama mengeluarkan arahan-arahan yang mengenakan sekatan-sekatan tertentu bagi kegunaan masjid, dan antaranya ialah menghadkan jumlah kehadiran untuk solat Jumaat. Akibat sekatan ini, terdapat mereka yang ingin solat Jumaat mendapati diri mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid…