|

ZUHUD

– Pengertian zuhud
– Rusuhan bola sepak

Muslim dianjurkan supaya berzuhud dengan dunia.

Sabda Nabi ﷺ:

ازهَدْ في الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وازهَدْ فِيمَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ.

“Berzuhudlah di dunia nescaya engkau akan dicintai Allah dan berzuhudlah daripada apa yang dimiliki oleh manusia nescaya mereka akan mencintaimu.”

[Hasan. Riwayat Ibnu Majah]

Ada perbezaan pendapat ulama tentang erti berzuhud dengan dunia.

Ada yang mengatakan maksudnya mengurangkan pergaulan dengan manusia.

Ada lain yang mengatakan maksudnya meninggalkan hal-hal syahwat.

Dan ada yang mengatakan maksudnya mengelakkan rasa kenyang.

Ada juga yang mengatakan berzuhud dengan dunia ialah meninggalkan segala apa yang melalaikan daripada beribadah kepada Allah ﷻ.

Pendapat terakhir ini yang terbaik.

Kerana seperti mana menurut al-Hafiz Ibnu Rajab “Ia menghimpunkan semua maksud zuhud yang lain.”

Maka dengan berzuhud serta meninggalkan segala apa yang melalaikan seseorang itu akan dapat merealisasikan tujuan utama penciptaannya di atas muka bumi iaitu beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah ﷻ.

Ini bertepatan dengan firman Allah ﷻ:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.”

[Al-Quran, al-Dhaziyat, 51: 56]

CATATAN

Betapa banyaknya hal-hal yang melalaikan di akhir zaman.

Lebih mendukacitakan apabila mendapat berita rusuhan bola sepak di negara jiran yang sampai meragut lebih 120 nyawa, wallahul mustaan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Rabiulawal 1444H
04 Oktober 2022

Similar Posts

  • |

    TUTUP AURAT PAHAMU!

    Peha lelaki termasuk dalam aurat yang wajib ditutup bukan sahaja dalam solat malah apabila keluar dari rumah. Ini berdasarkan keterangan jelas dalam hadis-hadis Nabi ﷺ mengenai hal ini. Antaranya ialah sabda Nabi ﷺ: مَا ‌بَيْنَ ‌السُّرَّةِ ‌وَالرُّكْبَةِ ‌عَوْرَةٌ. “Antara pusat dan lutut ialah aurat.” [Hasan. Riwayat al-Daraqutni] Dalam hadis lain,…

  • |

    MELAMPAU MEMUJI NABI: “KAU MATAHARI, KAU REMBULAN KAU CAHAYA DI ATAS CAHAYA”

    Terdapat sebuah syair memuji Nabi ﷺ yang diungkapkan oleh sebahagian pihak dengan bait-bait lirik seperti berikut: ﺃﻧْﺖَ ﺷَﻤْﺲٌ ﺃﻧْﺖَ ﺑَﺪْﺭٌ ﺃَﻧْﺖَ ﻧُﻮﺭٌ ﻓَﻮْﻕَ ﻧُﻮﺭِﺃﻧْﺖَ ﺇﮐْﺴِﻴﺮٌ ﻭَﻏَﺎﻟﻲ ﺃﻧْﺖَ ﻣِﺼْﺒَﺎﺡُ ﺍﻟﺼُّﺪُﻭﺭِ “Engkau bagai matahari,engkau bagai bulan purnama,engkau cahaya di atas cahaya,engkau bagaikan emas murni yang mahal harganya,engkaulah pelita hati.” Perlu ditegaskan bahawa…

  • |

    JIKA NABI TAK BUAT MAKA JANGAN BUAT

    Firman Allah: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَیۡنَ یَدَیِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِیعٌ عَلِیمࣱ “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al-Quran, al-Ḥujurāt, 49:1]…

  • |

    SIKAP MUSLIM DENGAN IBADAHNYA

    Muslim sentiasa melihat amal ibadahnya sedikit. Dan amalan ibadahnya memang sedikit dan dia melihatnya begitu. Sama sekali dia tidak akan menganggapnya banyak ataupun merasa ujub kagum dengannya. Sebaliknya dia senantiasa melihatnya serba kurang. Sikap sebegini penting kerana ia akan membuatkan orangnya terus berusaha menambahkan lagi amalannya serta berusaha untuk memperbaikinya….

  • |

    SYEIKH AL-ALBANI GEMAR MENONTON BOLA?

    Terkejut membaca dakwaan seorang pensyarah Arab Saudi bahawa ulama besar Syeikh al-Albani rahimahullah gemar menonton bola sepak dan ada menyokong pasukan bola liga Eropah tertentu. Tiada sumber rujukan yang diberikan selain daripada mengatakan bahawa beliau mendengarnya daripada murid Syeikh al-Albani melalui orang-orang tertentu yang tidak dinamakannya. Jelasnya pensyarah ini tidak…