ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ

ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ

1. LA ILAHA ILLA ALLAH / لا إله إلا الله

Nama: Kalimah Tauhid

Makna: Tiada Sembahan Kecuali Allah

Bila Sesuai Disebut: Sebaik-baik zikir. Hendaklah lidah sentiasa basah menyebutnya.

2. SUBHANALLAH / سبحان الله

Nama: Tasbih / تسبيح

Makna: Maha Suci Allah

Bila Sesuai Disebut: Apabila melihat suatu kesalahan, kekurangan, keaiban dan seumpamanya supaya mengingatkan diri bahawa Allah Maha Suci daripada sebarang kesalahan, kekurangan dan keaiban.

3. ALHAMDULILLAH / الحمد لله

Nama: Tahmid / تحميد

Makna: Segala Puji Bagi Allah

Bila Sesuai Disebut: Apabila mendapat suatu kurniaan (dan hakikatnya manusia sentiasa dilimpahi bermacam-macam kurniaan) supaya mengingatkan diri bahawa kurniaan itu daripada Allah jua.

4. ALLAHU AKBAR / الله أكبر

Nama: Takbir / تكبير

Makna: Allah Maha Besar

Bila Sesuai Disebut: Apabila melihat atau mendengar suatu yang hebat dan mengagumkan supaya mengingatkan diri bahawa Allah Maha hebat dan lebih mengagumkan.

5. ASTAGHFIRULLAH / أستغفر الله

Nama: Istighfar / إستغفار

Makna: Ya Allah, ampunilah aku.

Bila Sesuai Disebut: Apabila melakukan suatu kesalahan, termasuk apabila melihat atau mendengarnya.

6. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH / لا حول ولا قوة إلا بالله

Nama: Hauqalah / حوقلة

Makna: Tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Bila Sesuai Disebut: Apabila berdepan dengan keadaan sukar.

7. INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJI’UN / إنا لله وإنا إليه راجعون

Nama: Tarji’ / ترجيع

Makna: Kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita akan kembali

Bila Sesuai Disebut: Apabila berdepan musibah seperti kematian dan lain-lain.

8. INSYA-ALLAH / إن شاء الله

Nama: al-Masyi’ah / المشيئة

Makna: Jika diizinkan Allah

Bila Sesuai Disebut: Apabila berjanji.

9. AUZUBILLAH / أعوذ بالله

Nama: Isti’azah / استعاذة

Bila Sesuai Disebut: Apabila hendak berlindung daripada sesuatu supaya mengingatkan diri bahawa hanya Allah tempat kita berlindung.

10. BISMILLAH / بسم الله

Nama: Basmalah / بسملة

Bila Sesuai Disebut: Apabila hendak memulakan sesuatu supaya dimulakan dengan nama Allah.

11. MASYA ALLAH / ما شاء الله

Makna: Apa yang diinginkan Allah

Bila Sesuai Disebut: Ucapan penghargaan, tanda gembira, pujian, terima kasih, penghormatan atau apabila melihat sesuatu yang cantik atau memeranjatkan. Supaya mengingatkan diri bahawa segalanya itu menurut kehendak dan ketetapan Allah.

12. JAZAKUMULLAHU KHAIRA / جزاكم الله خيرا

Makna: Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.

Bila Sesuai Disebut: Sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seseorang kerana hanya Allah sahaja yang dapat memberi balasan baik yang setimpal.

13. SALLAMAKUMULLAH / سلمكم الله

Makna: Semoga Allah Memberi Keselamatan Kepadamu.

Bila Sesuai Disebut: Ucapan doa. Bila-bila masa.

14. BARAKALLAHU FIKUM / بارك الله فيكم

Makna: Semoga Allah memberkatimu.

Bila Sesuai Disebut: Ucapan doa. Bila-bila masa.

15. HAYYAKUMULLAH / حياكم الله

Makna: Semoga Allah kurniakan kesejahteraan kepadamu.

Bila Sesuai Disebut: Ucapan doa. Bila-bila masa.

16. HADAKUMULLAH / هداكم الله

Makna: Semoga Allah memberi hidayah kepadamu.

Bila Sesuai Disebut: Biasanya digunakan sebagai kritikan.

Disediakan oleh:

Idris bin Sulaiman
Kajang
26 Safar 1441H / 26 Oktober 2019
Cuaca mendung menanti azan Zohor
(Beberapa kali penambahan dibuat selepas hantaran pertama)

Similar Posts

  • NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2 Hampir sahaja keadaan negara pada hari ini seperti yang disabdakan oleh Nabi salllalahu alaihi wasallam, يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ إِلَى قَصْعَتِهِمْ. قَالَ: قِيلَ: مِنْ قِلَّةٍ؟ قَالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ…

  • “ISLAM ITU LUAS”?

    “ISLAM ITU LUAS”? # Ungkapan batil Ia merupakan jawapan mudah sebahagian kelompok apabila amalan mereka dibantah kerana tiada dalil yang menyokong amalan mereka tersebut. Sedangkan ia paling kurang mengelirukan jika bukan batil. Ini kerana Islam terbatas kepada apa yang difirmankan oleh Allah ﷻ serta disabdakan oleh RasulNya ﷺ semata-mata manakala…

  • LIMA JENIS ANAK

    LIMA JENIS ANAK Jenis-jenis Anak: PERTAMA: Anak yang tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak derhaka. KEDUA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya secara terpaksa. Anak yang tidak mendapat pahala. KETIGA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh tetapi kemudian mengungkit-ungkitnya sampai menyakiti orang tuanya, membentak…

  • SALAFI vs HARAKI

    SALAFI vs HARAKI Syiar dakwah Salafi Akidah & membasmi syirik Syiar dakwah Haraki Keadilan & membasmi rasuah —————————- Qudwah Salafi ialah Rasulullah ﷺ. Baginda ﷺ fokus membetulkan akidah masyarakat dan membasmi hal-hal syirik sepanjang dakwah di Mekah dan Madinah. Tiada walau satu pun berhala dalam Kaabah yang dibiarkan semasa peristiwa…

  • MAJLIS ILMU

    MAJLIS ILMU Majlis ilmu ialah majlis para malaikat manakala majlis kelalaian ialah majlis syaitan. Manusia akan duduk bersama dengan orang yang sepertinya. Dan setiap manusia itu akan cenderung kepada apa yang sesuai dengan jiwanya. ——————- Sabda Nabi ﷺ: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama temannya. Maka lihatlah dengan siapa kamu…