|

TEGAHAN IKHTILAT

Ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang oleh agama berdasarkan banyak dalil daripada Al-Quran dan hadis.

Antaranya ialah apa yang dapat dilihat dalam kedudukan saf solat di mana Nabi ﷺ menempatkan kaum lelaki di hadapan manakala kaum perempuan di belakang.

Secara prinsipnya dalam solat berjemaah seseorang itu ditegah daripada berdiri seorang diri di belakang saf berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

لَا ‌صَلَاةَ ‌لِمُنْفَرِدٍ ‌خَلْفَ ‌الصَّفِّ.

“Tidak ada solat bagi orang yang solat bersendirian di belakang saf.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Hibban]

Ini bermakna sekiranya seseorang itu mendapati dirinya berseorangan di belakang saf maka hendaklah dia sedaya upaya memenuhkan saf di hadapannya.

Walau bagaimanapun, hal ini dikecualikan bagi perempuan sekiranya dia berdiri seorang diri di belakang saf lelaki. Tiada keperluan untuknya masuk ke dalam saf lelaki di hadapan malah perbuatan tersebut dilarang.

Ini tidak lain melainkan untuk mengelak daripada berlakunya ikhtilat percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Justeru mengandaikan bahawa syariat tidak melarang ikhtilat adalah salah dan keliru sama sekali.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Syaaban 1444H
13 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    BULU KUCING TERTANGGAL NAJIS SEPERTI BANGKAI?

    Majoriti ulama termasuklah mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menghukum bulu kucing yang tertanggal sebagai suci. https://islamqa.info/ar/answers/261452/التفصيل-في-طهارة-شعر-الحيوان Ini berdasarkan dalil: عَنْ دَاوُدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ دِينَارٍ التَّمَّارِ، عَنْ أُمِّهِ، أَنَّ مَوْلَاتَهَا أَرْسَلَتْهَا بِهَرِيسَةٍ إِلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، فَوَجَدَتْهَا تُصَلِّي، فَأَشَارَتْ إِلَيَّ أَنْ ضَعِيهَا، فَجَاءَتْ هِرَّةٌ، فَأَكَلَتْ مِنْهَا، فَلَمَّا انْصَرَفَتْ أَكَلَتْ…

  • |

    TAKUT NERAKA

    TAKUT NERAKA Siapa yang tidak rasa takut dari api neraka maka dia seorang yang terpedaya kerana rasa selamat daripada azab seksa ALLAH. – Imam az-Zahabi, Siyar A’laam an-Nubala.

  • |

    MENGALIHKAN GANGGUAN ATAS JALAN

    – Tanda-tanda orang beriman Mengalihkan gangguan dari atas jalan ialah sebahagian daripada iman. Ia merupakan tanda bahawa orangnya beriman; beriman dengan Allah ﷻ dan Hari Akhirat. Ini sebagaimana sabda Nabi ﷺ: الْإِيمَانُ بضع وَسَبْعُونَ شُعْبَة فَأفْضَلُهَا: قَولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا: إِمَاطَةُ ‌الْأَذَى ‌عَنِ ‌الطَّرِيقِ وَالحَياَءُ شُعْبَة مِنَ الإيمَانِ….

  • |

    JIKA DAPAT NIKMAT ATAU DITIMPA MUSIBAH: MANA LEBIH BAIK?

    Antara sifat Mukmin ialah bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila ditimpa musibah. Ramai mungkin lebih suka jika diuji dengan nikmat berbanding musibah. Malah tidak kurang yang mungkin menyangka bahawa mendapat nikmat ialah tanda Allah ﷻ sayang manakala musibah ialah tanda Allah ﷻ benci. Pemahaman ini perlu diluruskan. Pertamanya, perlu…

  • |

    PERSELISIHAN UMAT ADALAH RAHMAT?

    Sering dalam permasalahan khilaf kedengaran suara yang berkata “Perselisihan umat ialah rahmat” yang mengira bahawa khilaf umat Islam dalam hal-hal agama adalah baik dan elok. Malah barangkali ada yang menganggap bahawa perselisihan-perselisihan tersebut seeloknya dibiarkan dan dikekalkan. Masakan tidak kerana ia adalah rahmat buat umat ini, menurut mereka. Rahmat bermaksud…

  • AMARAN KRISIS MAKANAN; ASTEROID MENUJU BUMI; PERANG DUNIA KETIGA MUNGKIN MELETUS

    – ‘Muslim Preppers’ – Order Baharu Dunia Baru sahaja hendak menarik nafas lega setelah mengharungi wabak virus Covid-19 yang melanda negara selama dua tahun kini dunia dikejutkan pula dengan berita-berita tentang amaran krisis makanan, asteroid menuju ke bumi dan perang dunia ketiga mungkin meletus yang disiarkan oleh media-media tempatan dan…