|

TEGAHAN IKHTILAT

Ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang oleh agama berdasarkan banyak dalil daripada Al-Quran dan hadis.

Antaranya ialah apa yang dapat dilihat dalam kedudukan saf solat di mana Nabi ﷺ menempatkan kaum lelaki di hadapan manakala kaum perempuan di belakang.

Secara prinsipnya dalam solat berjemaah seseorang itu ditegah daripada berdiri seorang diri di belakang saf berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

لَا ‌صَلَاةَ ‌لِمُنْفَرِدٍ ‌خَلْفَ ‌الصَّفِّ.

“Tidak ada solat bagi orang yang solat bersendirian di belakang saf.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Hibban]

Ini bermakna sekiranya seseorang itu mendapati dirinya berseorangan di belakang saf maka hendaklah dia sedaya upaya memenuhkan saf di hadapannya.

Walau bagaimanapun, hal ini dikecualikan bagi perempuan sekiranya dia berdiri seorang diri di belakang saf lelaki. Tiada keperluan untuknya masuk ke dalam saf lelaki di hadapan malah perbuatan tersebut dilarang.

Ini tidak lain melainkan untuk mengelak daripada berlakunya ikhtilat percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Justeru mengandaikan bahawa syariat tidak melarang ikhtilat adalah salah dan keliru sama sekali.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Syaaban 1444H
13 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    JANGAN MUDAH ‘KOYAK’

    Jika anda menyibukkan diri memikirkan tentang orang yang telah menyakitimu maka anda juga bersekongkol dengannya dalam menyakiti dirimu. Abaikan sahaja. Jangan dilayan cercaan orang-orang yang jahil. Firman Allah ﷻ: وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا “Dan para hamba Allah ialah mereka yang berjalan di…

  • |

    TIGA MAKAM IBADAH

    – Takut, berharap, cinta Pelaksanaan ibadah mempunyai tiga makam yang harus dihimpunkan supaya ibadah itu sah diterima Allah ﷻ. Tiga makam tersebut ialah takut (al-khauf’), berharap (al-rajaa’) dan cinta (al-mahabbah) kepada Allah ﷻ. Takut akan membuatkan orangnya menjauhi perkara-perkara yang dimurkai Allah ﷻ. Berharap pula akan membuatkan orangnya mendambakan rahmat…

  • MANUSIA PENDOSA

    – Dan syaitan bertipu-muslihat Jangan engkau ditipu syaitan yang ada kalanya akan mencantikkan dosa itu buat engkau manakala di masa yang lain dia memperkecilkan amalan-amalan ketaatan yang engkau lakukan atas alasan dosa-dosa yang engkau terjebak melakukannya. Sebaliknya hendaklah engkau terus beramal taat dan gigih mengerjakannya. Kerana sabda Nabi ﷺ: مَا…

  • |

    HARI KEKASIH (VALENTINE)

    Hari kekasih bukan sambutan Islam tetapi perayaan kaum kuffar. Muslim haram menyambutnya. Syariat haramkan semua pintu zina dan menghalalkan pintu nikah. Cinta yang benar ialah cinta yang didasari perkahwinan untuk membina keluarga harmoni, kehidupan aman yang dipenuhi kasih sayang dan belas kasihan. Firman Allah ﷻ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم…