|

“TAPI NABI TAK LARANG PUN!”

  • Amalan bidaah
  • Rekaan, tokok tambah, inovasi ibadah

Sebahagian pihak beranggapan bahawa Muslim boleh sahaja beramal dengan amalan-amalan tertentu sekalipun tiada contohnya daripada Nabi ﷺ atau para Sahabat selama mana amalan itu dilihat baik.

Apabila ditegur mereka membalas:

“Ada Nabi larang???”

“Nabi tak larang pun!”

Jawapan ini salah dan keliru.

Bahkan ada larangan.

Nabi ﷺ secara tegas dan jelas melarang perbuatan-perbuatan tokok tambah, membuat rekaan dan inovasi dalam agama dan ibadah.

Sabda Nabi ﷺ:

وإيَّاكُمْ وَمُحْدَثاَتِ الأمُور، فَإنّ ‌كُلَّ ‌بِدْعَةٍ ‌ضَلالةٌ.

“Hendaklah kalian jauhi perkara-perkara baharu (bidaah dalam Agama) kerana sesungguhnya setiap bidaah ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud, no. 4607]

Sabdanya ﷺ:

مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (Agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2697
& Muslim, no. 1718]

Sabdanya ﷺ lagi:

مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 1718]

Amalan yang ditokok tambah akan ditolak, kata Nabi ﷺ. Yakni tidak diterima Allah ﷻ, sia-sia, tidak menjana apa-apa pahala jika orangnya terselamat daripada dosa.

PENDIRIAN SAHABAT

Selari dengan hadis-hadis di atas para Sahabat turut menegaskan keutamaan dan kepentingan berpegang teguh dengan al-Sunah serta melarang perbuatan tokoh-tambah dalam agama dan ibadah.

Kata Abdullah bin Masud radiallahuanhu:

اتَّبِعُوا ‌وَلَا ‌تَبْتَدِعُوا، فَقَدْ كُفِيتُمْ.

“Ikutilah kalian akan al-Sunah dan jangan berbuat bidaah. Telah dicukupkan buat kamu (dengan al-Sunah).”

[Riwayat al-Tabarani, no. 8770]

Jelas Huzaifah bin al-Yaman radiallahuanhu:

كُلُّ ‌عِبَادَةٍ ‌لَمْ يَتَعَبَّدْهَا أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ ﷺ فَلَا تَعَبَّدُوهَا.

“Semua ibadah yang tidak diamalkan oleh para Sahabat Rasulullah ﷺ maka janganlah kalian mengamalkannya.”

[al-Zuhd oleh Ibnu Mubarak, no. 47]

Tegas Abdullah bin Abbas radiallahuanhu:

عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالاسْتِقَامَةِ ‌اتَّبِعْ ‌وَلا ‌تَبْتَدِعْ.

“Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan istiqamah. Ikutilah al-Sunah dan jangan berbuat bidaah.”

[Syarah al-Sunah oleh Imam al-Baghawi, 1/214]

Allah jua pemberi taufik dan hidayah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Zulkaedah 1445H
15 Mei 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    Tenang, sabar, reda

    ‌الْحَمْدُ ‌لِلَّهِ ‌عَلَى ‌كُلِّ ‌حَالٍ. Segala puji bagi Allah dan semua keadaan. حَسْبُنَا ‌اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. Cukup bagi kita Allah. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Tenang, sabar, reda. Dengar dan taat dalam hal makruf. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Rabiulakhir 1444H 20 November 2022

  • |

    JANGAN TERSALAH PILIH USTAZ

    – Boleh membahayakan nyawa Tersalah pilih ustaz benar-benar boleh mendatangkan bahaya. Contohnya dalam video yang dilampirkan. Mengapa ustaz memperlakukan bayi itu dengan sedemikian rupa? Melambung-lambungkan bayi ke udara jelas membahayakan keselamatan bayi itu. Apa yang pasti, ia bukan daripada ajaran agama. Ternyata bahawa dalam agama Kristian memang ada ritual seperti…

  • | | |

    AHLI SUNAH SEJATI

    Pengikut Ahli Sunah berusaha untuk beramal dengan al-Sunah, sedangkan lawan mereka sedaya upaya mahu ketepikan al-Sunah atas alasan pendapat mazhab, tokoh, meraikan khilaf, hujah akal dan sebagainya. Firman Allah: فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ. “Jika kalian berselisih dalam sesuatu perkara, maka…

  • |

    KITAB PALING PENTING UNTUK DIBACA

    – Kitab yang ‘mahjur’ Tular sebuah gambar karikatur pelukis terkenal tanah air yang memperlihatkan penjawat-penjawat awam dari pelbagai latar belakang masing-masing mengisi masa lapang untuk membaca buku-buku ilmu. Apa yang ingin dikatakan di sini ialah tajuk-tajuk yang tertera di muka hadapan buku-buku tersebut. Saya merasa sedikit ralat. Ini kerana kitab…

  • |

    HIDUPKAN SUNAH MATIKAN BIDAAH (2)

    Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ: فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ. “Sesungguhnya barang siapa daripada…

  • APABILA IMAN TIDAK LAGI BERGUNA

    Akan tiba suatu masa bila mana iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu tidak akan berguna. Sebagaimana dalam firman Allah ﷻ: يَوۡمَ يَأۡتِي بَعۡضُ ءَايَٰتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفۡسًا إِيمَٰنُهَا لَمۡ تَكُنۡ ءَامَنَتۡ مِن قَبۡلُ “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu tidak lagi berguna iman seseorang yang tidak…