footprints on sand
|

TAKLID BUTA

– Video mentaliti haiwan ternak

Taklid sememangnya buta.

Ikut bulat-bulat sesuatu perbuatan kerana orang lain melakukannya tanpa mengetahui alasan atau sebabnya.

Tidak mahu belajar dan tidak mahu bertanya.

Sekadar mengambil jalan mudah kerana malas berfikir.

Sikap ini ada dalam mana-mana masyarakat, tidak mengenal batas usia, muda atau tua, lelaki atau perempuan.

Ini merupakan sikap umat-umat terdahulu yang menolak dakwah para rasul kerana mahu terus berpegang pada ajaran datuk moyang mereka.

Firman Allah ﷻ:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ قَالُواْ حَسۡبُنَا مَا وَجَدۡنَا عَلَيۡهِ ءَابَآءَنَآۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَآؤُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ شَيۡــــئًا وَلَا يَهۡتَدُونَ.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya ” mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati daripada datuk moyang kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sedangkan datuk moyang mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5: 104]

Mereka lebih rela memilih kejahilan berbanding ilmu, kegelapan berbanding cahaya.

Ini sama sekali tidak wajar.

Justeru jangan sekali-kali mendahulukan mana-mana pendapat atas dalil Al-Quran dan al-Sunah.

Kerana itulah taklid buta yang dicela.

CATATAN

Kelihatan dalam video yang dilampirkan sekawan kambing turun dari lereng bukit yang curam secara membuta kerana ikut sang kambing di hadapan tanpa menghiraukan bahaya sehingga ada yang cedera malah ada yang mati.

Bahana taklid buta.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Jamadilawal 1444H
24 Disember 2022

Similar Posts

  • |

    KETIKA HARAPAN TINGGAL HARAPAN

    – Ungkapan orang-orang yang rugi – Jalan ittiba’ Kelak mereka akan berkata: يَٰلَيۡتَنِي كُنتُ تُرَٰبَۢا . “Alangkah baiknya jika aku terus kekal menjadi tanah.” [Al-Quran, al-Naba’, 4:40] يَٰلَيۡتَنِي قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِي. “Alangkah baiknya jika sebelum ini aku telah bersedia dengan amalan-amalan soleh.” [Al-Quran, al-Fajr, 89: 24] يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ ….

  • |

    GAMBAR ILMWUAN SALAFI vs KHALAFI

    Beza antara ilmuwan Salafi dan ilmuwan Khalafi. Biar gambar-gambar dari negara jiran berbicara. Gambar-gambar di sebelah kiri menunjukkan ilmuwan tarekat tasawuf dari Timur Tengah duduk atas kerusi yang dijunjung atas bahu murid-muridnya sewaktu hadir ke sebuah majlis manakala gambar-gambar di sebelah kanan menunjukkan ulama besar dari Madinah, pengajar di Masjid…

  • |

    PAKAIAN WANITA SOLEHAH

    Ternyata bukan semua wanita bertudung solehah tetapi semua wanita solehah bertudung dan berjilbab. Tudung ialah kain penutup kepala bagi wanita sedangkan jilbab ialah pakaian longgar yang memenuhi keperluan mereka menutup aurat. Perbuatan menzahirkan maksiat dan melakukannya secara terbuka dan terang-terangan ialah satu perkara besar yang tidak patut dipandang ringan. Terdapat…

  • |

    MELAMPAU MEMUJI NABI: “KAU MATAHARI, KAU REMBULAN KAU CAHAYA DI ATAS CAHAYA”

    Terdapat sebuah syair memuji Nabi ﷺ yang diungkapkan oleh sebahagian pihak dengan bait-bait lirik seperti berikut: ﺃﻧْﺖَ ﺷَﻤْﺲٌ ﺃﻧْﺖَ ﺑَﺪْﺭٌ ﺃَﻧْﺖَ ﻧُﻮﺭٌ ﻓَﻮْﻕَ ﻧُﻮﺭِﺃﻧْﺖَ ﺇﮐْﺴِﻴﺮٌ ﻭَﻏَﺎﻟﻲ ﺃﻧْﺖَ ﻣِﺼْﺒَﺎﺡُ ﺍﻟﺼُّﺪُﻭﺭِ “Engkau bagai matahari,engkau bagai bulan purnama,engkau cahaya di atas cahaya,engkau bagaikan emas murni yang mahal harganya,engkaulah pelita hati.” Perlu ditegaskan bahawa…

  • | |

    MENJAWAB 19 TUDUHAN ‘AJARAN WAHABI’

    Berikut jawapan ringkas terhadap 19 tuduhan mengenai ‘Ajaran Wahabi’. TUDUHAN PERTAMA: Meyakini Allah di Langit;Ahli Sunah Waljamaah (ASWAJA)Percaya Allah Wujud Tanpa Bertempat JAWAPAN: Golongan Salaf meyakini bahawa Allah ﷻ di atas langit, bukan di dalam langit. Allah ﷻ di atas Arasy, ‘istawa’ meninggi dan tetap di atasnya (bukan bersemayam), sebagaimana…