|

TAHZIR

– Murid mengkritik guru

Tahzir ialah membuat kritikan terhadap seseorang sehingga memberi amaran dan peringatan supaya dijauhi orang tersebut.

Kritikan terhadap seseorang semestinya perlu didasari ilmu dan kebijaksanaan.

Antara kesalahan dalam bab ini ialah apabila murid lantang mendahului guru-guru mentahzir seseorang guru secara spesifik.

Ini tidak wajar.

Cuai dan terburu-buru akibat kurang ilmu dan adab.

Si jahil yang tidak tahu kedudukan dirinya
masakan pula akan tahu menilai orang lain lalu bertindak dengan cermat dan bijaksana.

Kesudahannya mereka tidak memberi manfaat atau pun mengambilnya, tidak mengajar mahupun belajar.

Sebaliknya menjadi gunting dalam lipatan yang mengganggu para penuntut ilmu.

CATATAN

Antara nasihat para ulama Salaf yang sering ditekankan buat para penuntut ilmu ialah supaya terus istiqamah di samping fokus dan fokus kepada menuntut ilmu.

Jangan tersasar ke lain.

Alhamdulillah, sudah hampir genap dua tahun saya mengikuti kursus atas talian bersama Syeikh Abdul Razzaq bin Abdul Muhsin al-Badr – hafizahullah.

Banyak faedah dan ilmu yang dicurahkan oleh beliau.

Allah jua pemberi taufik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
30 Muharam 1444H
28 Ogos 2022

Similar Posts

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…

  • |

    JANGAN TERSALAH PILIH USTAZ

    – Boleh membahayakan nyawa Tersalah pilih ustaz benar-benar boleh mendatangkan bahaya. Contohnya dalam video yang dilampirkan. Mengapa ustaz memperlakukan bayi itu dengan sedemikian rupa? Melambung-lambungkan bayi ke udara jelas membahayakan keselamatan bayi itu. Apa yang pasti, ia bukan daripada ajaran agama. Ternyata bahawa dalam agama Kristian memang ada ritual seperti…

  • |

    PEGAWAI ARAB vs USTAZ

    – Baca Al-Quran di Kubur Siti Khadijah, Mekah – Menghadiahkan bacaan Al-Quran menurut Imam al-Syafie Tular rakaman video seorang pegawai Arab menegur sekumpulan jemaah umrah dari beberapa buah negara termasuk Malaysia di Perkuburan Ma’la, Mekah tempat letaknya kubur isteri Nabi ﷺ, Khadijah binti Khuwailid radiallahuanha. Kedengaran pegawai Arab berkenaan berkata…

  • |

    JAUHI ORANG BERMASALAH

    Orang bermasalah akan membawa masalah. Mereka yang bermasalah dalam akidah, ibadah, akhlak dan manhaj, semua mereka harus dijauhi. Sabda Nabi ﷺ: الْمَرْءُ ‌عَلَى ‌دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ “Agama seseorang itu serupa dengan agama teman rapatnya. Maka hendaklah kalian memilih-milih dengan siapa kalian berteman.” [Hasan. Riwayat Tirmizi] Pilih dengan…

  • |

    Tenang, sabar, reda

    ‌الْحَمْدُ ‌لِلَّهِ ‌عَلَى ‌كُلِّ ‌حَالٍ. Segala puji bagi Allah dan semua keadaan. حَسْبُنَا ‌اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. Cukup bagi kita Allah. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Tenang, sabar, reda. Dengar dan taat dalam hal makruf. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Rabiulakhir 1444H 20 November 2022

  • |

    VALENSTINE’S DAY – HARI KEKASIH

    Kasih sayang bukan perayaan. Suatu perayaan itu datang dan pergi sedangkan kasih sayang yang benar akan terus kekal. Sebagai kaedah, apa jua perayaan selain Aidilfitri dan Aidiladha dikategorikan dalam syariat sebagai perayaan jahiliah. Hari Kekasih termasuk dalam perayaan jahiliah. Semoga kita dan keluarga kita sentiasa dilindungi Allah. Dr. Idris bin…