|

TABARUK DENGAN RAMBUT, JUBAH, CAPAL NABI ﷺ

– Tabaruk bermaksud mencari berkat.

Tidak dinafikan bahawa mengambil berkat (bertabaruk) daripada barang-barang peninggalan Nabi ﷺ merupakan suatu perkara yang disyariatkan berdasarkan banyak riwayat yang menceritakan tentang perbuatan para Sahabat Nabi ﷺ bertabaruk dengan peninggalan-peninggalan baginda ﷺ.

Sekalipun demikian, TIDAK SABIT bahawa terdapat barang-barang peninggalan Nabi ﷺ yang wujud pada zaman sekarang. Mereka yang mendakwa sedemikian TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG DALIL YANG SAHIH.

Justeru, tidak boleh bagi sesiapa mendakwa memiliki sebarang peninggalan Nabi ﷺ kecuali dengan dalil yang yakin dan pasti (qatie). Dan tidak mungkin dia dapat berbuat demikian pada hari ini.

Berkata tokoh ilmuwan sejarah Islam Ahmad Timur Basya (meninggal di Mesir tahun 1930):

“Tidak dinafikan bahawa barang-barang peninggalan ini (yang dinisbahkan kepada Nabi ﷺ) ada kemungkinan kebenarannya. Hanya sahaja kami dapati tiada sesiapa daripada kalangan mereka yang dipercayai (thiqah) memperakuinya atau menafikannya. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Dan sebahagiannya kita tidak dapat menyembunyikan kesangsian serta keraguan hati tentangnya”.

Tentang rambut-rambut yang dinisbahkan kepada Nabi ﷺ, beliau menegaskan:

“Adalah sukar untuk membezakan antara yang benar dan palsu”.

[al-Aathaar an-Nabawiyyah, hlm. 79 dan 84]

Syeikh Nasiruddin al-Albani menegaskan:

“Kita tahu bahawa barang-barang peninggalan Nabi ﷺ seperti pakaian dan rambut sudah TIDAK ADA lagi. Tidak mungkin sesiapa dapat membuktikan kewujudan mana-mana daripadanya secara yakin dan pasti”.

[Tawassul; jenis-jenis dan hukum-hukumnya, hlm. 144]

KESIMPULAN

Sesiapa pada hari ini mendakwa memiliki apa-apa peninggalan Nabi ﷺ maka ia merupakan dakwaan tanpa bukti yang sahih.

Hanya dakwaan semata-mata dan tidak boleh bagi sesiapa untuk menerima dan mempercayai dakwaannya itu.

Barang siapa benar-benar menginginkan keberkatan dalam agama serta dunianya maka hendaklah dia mengikuti (ittiba’) Nabi ﷺ secara zahir dan batin, mencontohi baginda ﷺ dan menjauhi apa yang baginda ﷺ larang. Dan baginda ﷺ melarang perbuatan tokok tambah dalam Agama serta menisbahkan sesuatu kepada baginda ﷺ secara dusta.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Artikel lain berkaitan:

Rambut & Barang Peninggalan Rasulullah

RAMBUT & BARANG PENINGGALAN RASULULLAH

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Rabiul Awal 1442H /
01 November 2020
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • DALIL YANG BUKAN DALIL

    – Zawq, kasyaf, ilham, mimpi, majoriti, al-Sawad al-A’zam, jumhur ulama, khilaf Umat Islam sejak dahulu sepakat mengatakan bahawa sumber dalil agama ialah Al-Quran dan as-Sunah. Tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perbahasan hal-hal agama khususnya di media sosial akan mendapati bahawa kini telah muncul pelbagai bentuk dalil lain yang dijadikan sebagai…

  • |

    MENGALIHKAN GANGGUAN ATAS JALAN

    – Tanda-tanda orang beriman Mengalihkan gangguan dari atas jalan ialah sebahagian daripada iman. Ia merupakan tanda bahawa orangnya beriman; beriman dengan Allah ﷻ dan Hari Akhirat. Ini sebagaimana sabda Nabi ﷺ: الْإِيمَانُ بضع وَسَبْعُونَ شُعْبَة فَأفْضَلُهَا: قَولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا: إِمَاطَةُ ‌الْأَذَى ‌عَنِ ‌الطَّرِيقِ وَالحَياَءُ شُعْبَة مِنَ الإيمَانِ….

  • |

    MUBAHALAH

    Mubahalah bermaksud sumpah laknat antara dua orang yang berselisih. CARA PELAKSANAAN Cara pelaksanaan mubahalah ialah dengan kedua-dua orang yang berselisih itu hadir membawa bersama anak, isteri dan keluarga masing-masing kemudian mereka berdua berdoa secara bersungguh-sungguh meminta Allah ﷻ melaknat siapa yang berbohong. Sekalipun mubahalah hanya melibatkan antara dua orang yang…