SYUKUR ATAS NIKMAT KEAMANAN & KETENTERAMAN

SYUKUR ATAS NIKMAT KEAMANAN & KETENTERAMAN

Rusuhan besar-besaran dan huru-hara yang kita saksikan berlaku di negara Barat menuntut supaya kita bersyukur atas pelbagai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita terutamanya nikmat keamanan dan ketenteraman.

Kebebasan dan hak tanpa batas kesudahannya hanya membawa kemusnahan.

Slogan-slogan yang menjerat diri.

Status negara maju dan moden ternyata indah khabar dari rupa apabila menyaksikan kumpulan orang ramai bertindak rakus memusnahkan harta benda awam, memaki-hamun polis dengan perkataan-perkataan kotor, tulisan conteng di tembok-tembok, mencuri beramai-ramai secara terbuka tanpa rasa malu atau bersalah, membakar bangunan dan bermacam-macam tingkah laku tidak bertamadun yang lain.

Inilah rupa sebenar sebahagian masyarakat di sana. Buruk dan jelik.

Sanggup merosakkan negara sendiri.

Barangkali bencana yang Allah datangkan sebagai balasan atas kemusnahan yang mereka lakukan terhadap negara-negara Islam.

Walau apa pun pengajarannya jelas.

Usahlah terikut-ikut dengan Barat. Jauh sekali menerima nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka.

Orang Islam khususnya masyarakat kita ialah masyarakat yang hebat dan luar biasa. Bijak dan berhemah dalam menangani isu-isu. Tidak mudah termakan dengan provokasi ataupun ikut emosi.

Inilah sifat-sifat murni yang ditekankan oleh Islam.

CATATAN:

Demonstrasi haram dan bukan budaya Islam.

Siapa pula yang kata:

“Aku melihat Islam tanpa Muslim (di Barat) dan aku melihat Muslim tanpa Islam (di negara Islam)”?

Ini kalam batil.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
11 Syawal 1441H / 3 Jun 2020
Kajang
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • HADIS SAHIH SYÍAĤ

    HADIS SAHIH SYÍAĤ Berbeza dengan Ahli Sunah, golongan Syĩaħ mempunyai kaedah mereka yang tersendiri bagi menentukan sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak. Syĩaħ membahagikan hadis kepada sahih, dipercayai (muwath’thaq), lemah (daif) serta tertolak (mardud) atau palsu (makdhub). Bagi Syĩaħ hadis sahih ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul…

  • R.I.P. (REST IN PEACE)

    R.I.P. (REST IN PEACE) . Mendoakan buat orang kafir yang mati dalam keadaan syirik dan kufur adalah dilarang. . Sekiranya sabit bahawa seseorang musyrik, Yahudi, Nasrani atau selain mereka daripada kalangan penganut agama kafir mati dalam keadaan kafir tanpa dia bertaubat, maka dalam keadaan sedemikian kita DILARANG mendoakan pengampunan dan…

  • SYIRIK KERANA KORONAVIRUS

    SYIRIK KERANA KORONAVIRUS GAMBAR WALI menjadi pencegah penyakit? Awas! Ini merupakan SYIRIK yang jelas apabila meyakini ada pencegah dan penyembuh di alam ghaib selain daripada ALLAH. Seperti mana ucapan seorang pemuja Wali: “Ubat Korona ada di rumah kita! Cuma kita tidak menyedarinya. Kenapa kita tidak menyedarinya? Kerana kita panik! Kerana…

  • BUNUH DIRI

    BUNUH DIRI Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa. ALLAH ﷻ berfirman: وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا. “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.” [Al-Quran; an-Nisa’: 29] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”…

  • MENURUT ARAB SAUDI

    MENURUT ARAB SAUDI Apabila dikatakan kepada mereka: Firman ALLAH dan RasulNYA serta fatwa Ulama Rabbaniyyin.. Mereka berdalih seraya memberi alasan mengatakan: “Tetapi ARAB SAUDI kata BOLEH?!?” Untuk kesekelian kalinya, dikatakan kepada mereka: Arab Saudi BUKAN sumber hukum pensyariatan! Wallahul musta’an – Ustaz Idris Sulaiman (hafizahullah) – ========== . SHARE ….