SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI

SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI

Suami dianjurkan berhias untuk isteri di rumah seperti mana dia suka isterinya berhias untuknya.

Berkata Ibnu Abbas r.a.:

إني أحب أن أتزين للمراة كما أحب أن تتزين لي لأن الله تعالى يقول: ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف.

“Aku suka berhias untuk isteri seperti mana aku suka dia berhias untukku. Kerana Allah Taala berfirman: Dan isteri-isteri mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) [al-Baqarah, 2:228].”

Riwayat al-Baihaqi.

Yakni isteri mempunyai hak seperti mana suami mempunyai hak. Suami dan isteri perlu menunaikan hak masing-masing kepada pasangannya. Dan antara hak-hak ini ialah suami dan isteri berhias untuk pasangannya.

Ke arah mewujudkan keluarga bahagia yang melaksanakan ketetapan ilahi.

Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Jumadil Akhir 1442H /
23 Januari 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU

    TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU Jika si suami melafazkan talak tiga sekali gus maka ia hanya jatuh satu. Allah ﷻ berfirman: ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِ. “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:229] Yakni talak dalam dua waktu yang berbeza. Si suami talak kemudian rujuk. Talak…

  • MAJLIS BUKA PUASA DI ‘PUB’ ARAK??

    MAJLIS BUKA PUASA DI ‘PUB’ ARAK?? Bagaimana agaknya sekiranya ada yang ingin mengadakan jemputan ke majlis berbuka puasa di pub kedai minuman arak? Syukur alhamdulillah, masyarakat Islam negara belum terpesong rosak ke tahap itu. Jelas ia tidak wajar, malah ia mungkar tercela apabila tempat-tempat maksiat sedemikian dikunjungi dan dipilih sebagai…

  • BERTENANG

    BERTENANG Semua pihak harus tampil membantu menenangkan keadaan. Memandangkan bahawa terdapat sebahagian daripada masyarakat yang panik apabila terus menerus membaca berita penularan wabak penyakit. Apatah lagi pihak-pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan. Ingat, di sebalik kegawatan ada sahaja yang mencari keuntungan. Suasana panik hanya akan mengeruhkan keadaan. Barangkali kesan panik akibat…

  • ANAK-ANAK RASULULLAH Sallalahu alaihi wassalam

    ANAK-ANAK RASULULLAH Sallalahu alaihi wassalam Firman Allah: مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ (Muhammad itu bukanlah bapa bagi sesiapa daripada kalangan orang lelaki kamu) Surah Al-Ahzaab, ayat 40. Kata Imam Ibnu Kathir: “Allah melarang perbuatan mengatakan sesudah turunnya ayat ini: Zaid bin Muhammad (anak angkat Baginda). Yakni Baginda bukanlah…

  • SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH

    SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH Jika tidak habislah MAJLIS ILMU kita diganti dengan majlis tari-menari dengan atas nama MAJLIS ZIKIR. Catatan: Sebahagian umat Islam terus dicandukan dengan majlis-majlis seperti ini sehingga menyebabkan mereka miskin ilmu al-Quran dan as-Sunah di samping jahil tentang pegangan dan amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Idris bin…