| |

STATUS HADIS: DOA SAPU MUKA SELEPAS SOLAT

Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik r.a. berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌قَضَى ‌صَلَاتَهُ ‌مَسَحَ ‌جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ.

“Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai solatnya baginda menyapu dahinya dengan tangan kanannya kemudian berkata: Aku bersaksi bahawa tiada sembahan kecuali Allah al-Rahman al-Rahim. Ya Allah, hilangkan daripada diriku rasa keluh kesah dan dukacita.”

Hadis di atas dinilai sangat lemah.

Ia diriwayatkan oleh Ibnu al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (no. 110) dan Ibnu Sam’un dalam al-Amali (ق 2/176) daripada Sallam al-Mada’ini, daripada Zaid al-Ammi, daripada Muawiyah, daripada Qurrah, daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Beliau kemudian meriwayatkannya secara marfu’.

Sanad di atas dinilai mauduk (palsu) dengan adanya Sallam al-Madaini al-Tawil yang merupakan seorang pembohong (kazzab).

Manakala Zaid al-Ammi merupakan seorang perawi lemah yang turut meriwayatkannya dari jalan lain, daripada Jubarah, katanya: Telah berkata kepada kami Anas secara marfu’ yang dikeluarkan oleh Ibnu Adi dalam al-Kamil (ق 1/275) dari jalan Kathir bin Salim yang juga merupakan seorang perawi yang lemah.

Demikian halnya dengan Jubarah bin al-Mughallas yang barangkali lebih lemah kerana telah dituduh berdusta.

Justeru hadisnya sangat lemah.

[Silsilah al-Daifah, no. 1058]

KESIMPULAN

Tiada hadis sahih yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ menyampu mukanya selepas solat atau doa. Oleh itu afdalnya jangan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Safar 1445H
01 September 2023

Similar Posts

  • |

    MASJID TERSILAP LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL,

    MASJID TERSILAP LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL, ADAKAH PUASA AHLI KARIAH TERBATAL? Puasa mereka sah, tidak terbatal. Mereka telah berbuka puasa kerana meyakini bahawa waktu Maghrib sudah masuk berdasarkan azan yang dilaungkan di masjid. Sekalipun ternyata kemudian azan tersebut dilaungkan beberapa minit awal sebelum masuk waktu tetapi realitinya ini merupakan kesilapan…

  • |

    KORONAVIRUS

    KORONAVIRUS Bersungguh-sungguh, jangan sambil lewa. Tawakal (berserah setelah berusaha) توكل, jangan tawaakal (berserah tanpa berusaha) تواكل. Kita bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama kita memohon daripada ALLAH supaya menjaga kita daripada musibah bencana. Jangan kita ambil mudah penularan wabak penyakit, dan kita bertawakal kepada ALLAH. Cukuplah bagi kita ALLAH sebagai…

  • |

    BAHAYA WASWAS

    – Cara menghilangkannya – Faedah menuntut ilmu Rasa waswas boleh datang kepada sesiapa. Bisikan-bisikan yang hadir dalam hati manusia tanpa diundang. Sehingga menyebabkan orangnya rasa kurang yakin dan tidak tenang. Tidak kira dalam apa jua urusan, rasa waswas boleh datang mengganggu lalu menyebabkan apa yang pada asalnya mudah bertukar menjadi…

  • | | |

    AL-QURAN

    AL-QURAN # Ramadan bulan Al-Quran Al-Quran merupakan kitab ALLAH yang paling mulia, diturunkan dalam bahasa yang paling mulia, ke atas rasul yang paling mulia ﷺ, oleh malaikat yang paling mulia, di tempat yang paling mulia, dan dimulakan penurunannya pada bulan yang paling mulia iaitu Ramadan. Justeru lengkaplah kemuliaannya dari segenap…

  • |

    IBADAH KORBAN DI LUAR NEGARA?

    IBADAH KORBAN DI LUAR NEGARA? Sebaiknya diutamakan yang dekat sebelum yang jauh. Melaksanakan ibadah korban di tempat sendiri lebih utama kerana ia membolehkan kita memantau pelaksanaannya manakala dagingnya dapat diberi kepada saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi dalam situasi semasa di tanah air ketika mana ramai yang…

  • |

    PENJELASAN

    PENJELASAN Terdapat sebahagian ikhwah yang keliru dan salah faham dengan hantaran artikel semalam bertajuk ‘Tersilap Berbuka Puasa Sebelum Masuk Waktu’. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222114849372080&id=1588241794 Perlu dijelaskan bahawa topiknya berkenaan orang yang ‘Tersilap berbuka puasa sebelum masuk waktu lalu dia makan atau minum secara tidak sengaja kerana meyakini sudah masuk waktu tetapi ternyata belum’….