| |

STATUS HADIS: DOA SAPU MUKA SELEPAS SOLAT

Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik r.a. berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌قَضَى ‌صَلَاتَهُ ‌مَسَحَ ‌جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ.

“Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai solatnya baginda menyapu dahinya dengan tangan kanannya kemudian berkata: Aku bersaksi bahawa tiada sembahan kecuali Allah al-Rahman al-Rahim. Ya Allah, hilangkan daripada diriku rasa keluh kesah dan dukacita.”

Hadis di atas dinilai sangat lemah.

Ia diriwayatkan oleh Ibnu al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (no. 110) dan Ibnu Sam’un dalam al-Amali (ق 2/176) daripada Sallam al-Mada’ini, daripada Zaid al-Ammi, daripada Muawiyah, daripada Qurrah, daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Beliau kemudian meriwayatkannya secara marfu’.

Sanad di atas dinilai mauduk (palsu) dengan adanya Sallam al-Madaini al-Tawil yang merupakan seorang pembohong (kazzab).

Manakala Zaid al-Ammi merupakan seorang perawi lemah yang turut meriwayatkannya dari jalan lain, daripada Jubarah, katanya: Telah berkata kepada kami Anas secara marfu’ yang dikeluarkan oleh Ibnu Adi dalam al-Kamil (ق 1/275) dari jalan Kathir bin Salim yang juga merupakan seorang perawi yang lemah.

Demikian halnya dengan Jubarah bin al-Mughallas yang barangkali lebih lemah kerana telah dituduh berdusta.

Justeru hadisnya sangat lemah.

[Silsilah al-Daifah, no. 1058]

KESIMPULAN

Tiada hadis sahih yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ menyampu mukanya selepas solat atau doa. Oleh itu afdalnya jangan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Safar 1445H
01 September 2023

Similar Posts

  • |

    HIPOKRIT YANG SEBENAR

    Buka tudung sebab tidak mahu hipokrit. Seperti jika ada yang tidak mahu solat atas alasan enggan dikatakan menunjuk-nunjuk. Jelasnya ini kenyataan orang yang keliru. Sebetulnya kata diri lemah iman atau kurang faham agama, didorong pengaruh rakan-rakan dan seumpamanya. Musibah jika perbuatan maksiat hendak diselimutkan dengan niat mulia. Insaflah dan akuilah…

  • | | |

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN Hadis Ibnu Abbas RA, katanya: كَانَ رسول الله ﷺ أَجْوَدَ بِالخَيْرِ مِنَ ‌الرِّيحِ ‌المُرْسَلَةِ. “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ lebih pantas mengerjakan kebaikan berbanding angin yang bertiup.” Hadis sahih. Riwayat Bukhari. INFO GAMBAR: Tertera tulisan “Beg plastik ini diagih-agihkan di sekitar jalan raya Arab Saudi ketika hampir…

  • | | | |

    DOA ARAFAH: IKUT WAKTU MEKAH / MALAYSIA?

    Doa hari Arafah pada tanggal 09 Zulhijah ada kelebihan dan fadilatnya. Sabda Nabi ﷺ: خَيْرُ ‌الدُّعَاءِ ‌دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ “Sebaik-baik doa ialah doa hari Arafah.” [Hasan. Riwayat Tirmizi] أَفْضَلُ ‌الدُّعَاءِ ‌دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ “Doa paling afdal ialah doa hari Arafah.” [Hasan. Riwayat Imam Malik] Ulama ada beberapa pandangan sama ada…

  • |

    BEZA TAKBUR & UJUB

    BEZA TAKBUR & UJUB Takbur: Memandang rendah terhadap orang lain. Ujub: Melihat diri ada kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Ibnu Mubarak “Aku tidak melihat sesuatu yang lebih merbahaya bagi orang yang solat berbanding ujub”. [Siyar A’laam an-Nubala’, 8/407]

  • |

    ETIKA BERPAKAIAN

    ETIKA BERPAKAIAN Cara seseorang berpakaian mencerminkan peribadi. Terdapat pakaian yang baik seperti mana terdapat pakaian yang buruk. Ungkapan Inggeris menyebut ‘First impression counts’ (Tanggapan pertama sangat penting). Kerana itu lumrah bagi manusia untuk menjaga pakaiannya apabila keluar rumah lebih-lebih lagi apabila ada urusan penting seperti temu duga kerja, majlis keramaian…