SIKAP MUSLIM APABILA BERLAKU HAL BESAR MELIBATKAN UMMAH & NEGARA

SIKAP MUSLIM APABILA BERLAKU HAL BESAR MELIBATKAN UMMAH & NEGARA

Firman ALLAH:

وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا.

“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, MEREKA TERUS MENGHEBAHKANNYA; padahal kalau MEREKA KEMBALIKAN hal itu kepada Rasulullah dan kepada ULIL AMRI (PEMERINTAH) di antara mereka, tentulah HAL ITU DAPAT DIKETAHUI OLEH ORANG-ORANG YANG LAYAK MENGAMBIL KEPUTUSAN MENGENAINYA di antara mereka.”

Surah An-Nisa’, 83.

KESIMPULAN DARIPADA AYAT:

– Pentingnya SABAR apabila berhadapan musibah;

– Jangan mudah melatah;

– Elakkan daripada menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan masyarakat & menimbulkan kekecohan;

– Jangan sebarkan berita yang belum disahkan;

– Usah berbicara tanpa ilmu, ia hanya akan menambahkan kecelaruan & kekeliruan;

– Hanya mereka yang berkeahlian boleh memberikan pandangan; usah menjadi pakar jadian yang tahu segala-galanya;

-Serahkan keputusan kepada pihak berkuasa; mereka yang mempunyai maklumat, autoriti dan kuasa yang diperlukan;

– Jaga keselamatan diri & keluarga masing-masing;

– Sentiasa berdoa & berlindung dengan ALLAH daripada musibah & ancaman.

Hanya kepada Allah kita meminta pertolongan dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
01.06.1441 / 26.01.2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT

    JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT Alam jin berbeza dengan alam manusia. Jin dicipta daripada api manakala manusia daripada tanah. Mengapa dinamakan jin? Kerana jin terlindung dan tertutup daripada pandangan manusia. Kata Ibnu ‘Aqil (wafat 513H): سُمِّيَ ‌الْجِنّ جِنًّا لاجْتِنَانِهِمْ وَاسْتِتَارِهِمْ عَن الْعُيُون مِنْهُ سُمِّيَ الْجَنِين جَنِينًا. “Dinamakan jin sedemikian…

  • KARIKATUR HINA NABI

    KARIKATUR HINA NABI Perbuatan orang-orang kafir menghina Nabi ﷺ bukanlah suatu yang baharu. Hal ini berlaku semenjak zaman Nabi ﷺ di mana orang-orang kafir Mekah mengejek mengatakan bahawa Nabi ﷺ seorang ahli sihir, penyair, tukang ramal, pembohong dan sebagainya. Ternyata bahawa Nabi ﷺ bersabar menghadapinya dan tidak terburu-buru melatah memberi…

  • PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA

    PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA Perjalanan hidup di dunia teramat pendek sekali. Allah ﷻ berfirman: مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُ. “Dari air pekat diciptakannya serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian jalan (baik atau buruk) dimudahkan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil yang mana satu). Kemudian…

  • #6 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #6 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Dr. Yusuf al-Qardawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia): “Sebelum ini aku melawan ulama besar Arab Saudi, aku menyeru supaya dipertahankan Hizbullah, tetapi (ternyata bahawa) masyaikh Arab Saudi lebih matang daripada aku dan lebih faham. Kerana mereka telah pun mengetahui hakikat sebenar mereka (Iran / Hizbullah) yang…

  • NON MUSLIM atau KAFIR?

    NON MUSLIM atau KAFIR? . . . Ramai mungkin lebih selesa menggunakan perkataan ‘non Muslim’ / ‘bukan Islam’ kerana menganggap perkataan kafir terlalu KERAS dan TIDAK SESUAI. . . . Sedar atau tidak, setiap perkataan memberi makna dan kesan, termasuklah perkataan ‘non Muslim’. . . . Kini ada yang MERAGUI…