SEDEKAH PERLU SECARA ZAHIR ATAU SEMBUNYI?

SEDEKAH PERLU SECARA ZAHIR ATAU SEMBUNYI?

Tidak dinafikan bahawa MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH lebih afdal sebagaimana dalam hadis 7 golongan yang bernaung di bawah bayang-bayang Arasy di Padang Mahsyar lalu disebutkan antaranya ialah orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.

Hadisnya sahih dalam Bukhari dan Muslim.

Dalam masa yang sama ada keadaan di mana lebih afdal untuk MENZAHIRKAN SEDEKAH seperti untuk memberi galakan kepada orang lain untuk turut sama bersedekah.

Sebagaimana dalam hadis:

“Barangsiapa menunjukkan dalam Islam suatu jalan yang baik maka baginya pahalanya serta pahala orang yang mengikutinya…”

Hadisnya sahih dalam Muslim.

Kerana itu ALLAH MEMUJI orang yang BERSEDEKAH secara ZAHIR dan secara SEMBUNYI dalam surah al-Baqarah, ayat 274.

Adapun mengandaikan bahawa orang yang BERSEDEKAH secara ZAHIR ialah orang yang menunjuk-nunjuk. Ini merupakan sesuatu yang tidak wajar.

Ini kerana SOAL NIAT merupakan perkara GHAIB. Hanya ALLAH yang tahu.

Oleh itu hendaklah ia diserahkan kepada ALLAH.

Kita hanya disuruh supaya MENGHUKUM seseorang secara ZAHIR.

Yang pastinya BERSEDEKAH merupakan suatu yang BAIK yang DIGALAKKAN oleh AGAMA.

Apa yang BAIK wajar DISOKONG.

Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Syaaban 1441H / 22 April 2020
www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • TAKUT DICEMUH

    TAKUT DICEMUH Kebanyakan manusia menjadi binasa gara-gara takut dicemuh di samping mahu mendapat restu orang-orang di sekelilingnya. Akhirnya segala tindak tanduknya akan menurut keredaan orang-orang di sekeliling dengan harapan supaya dipuji dan kerana takut dicemuh. Jelas ini merupakan antara apa yang membinasakan maka sewajarnya sikap ini diperbetulkan. – Ibnu Qudamah…

  • TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM??

    “TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM”?? Ini jelas ucapan yang melampau. Sambutan Maulid Nabi hanya bermula pada kurun keempat oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Sambutan ini tidak ada sama sekali pada zaman Rasulullah ﷺ, para Sahabat ataupun para Tabi’in, tiga genarasi awal Islam yang dipuji oleh Nabi ﷺ dalam…

  • NAFSU BERCAKAP

    NAFSU BERCAKAP Bercakap ada nafsunya. Iaitu kemahuan dan keinginan yang kuat untuk bercakap lebih-lebih lagi di media sosial yang pada hari ini telah membolehkan semua memberi pendapat dan meluahkan perasaan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam.” [Sahih….

  • STATUS HADIS:

    STATUS HADIS: مَنْ قَالَ فِي يِوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ: “لَا إلَهَ إلَّا اللهُ الحَقُّ المُبِينِ” كَانَ لَهُ أمَاناً مِنْ الفَقْرِ، وَاسْتَجْلَبَ بِهِ الغِنَى، وَأَمِنَ مِنْ وَحْشَةِ القَبْرِ، وَاسْتَقْرَعَ بَابَ الجَنَّةِ (Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’ maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia…