SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI MASJID?

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI MASJID?

Barangkali ini antara tanda-tanda akhir zaman.

Apabila perayaan-perayaan orang kafir di adakan di masjid rumah ibadat Umat Islam. Sedangkan MENJAGA KESUCIAN MASJID daripada perkara-perkara maksiat, apatah lagi hal-hal khurafat dan kufur menjadi tanggungjawab setiap seorang MUSLIM.
.
.
Firman Allah:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Sesungguhnya mereka yang MENGIMARAHKAN MASJID-MASJID ALLAH itu ialah ORANG-ORANG YANG BERIMAN kepada Allah dan Hari Akhirat serta mereka yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan dia tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat petunjuk.”

Surah At-Taubah, 18.
.
.
Perbuatan mengadakan sambutan perayaan agama lain di masjid adalah SEBESAR-BESAR KEMUNGKARAN, mengundang kemurkaan Allah dan azabNya.
.
.
Allah berfirman:

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (BERIBADAT KEPADA) ALLAH SEMATA-MATA; maka JANGANLAH kamu seru dan sembah sesiapapun SELAIN ALLAH.”

Surah Al-Jin, 18.
.
.
Dakwaan bahawa sambutan Tahun Baru Cina tidak bersifat keagamaan, sebaliknya ia lebih bersifat kebudayaan dan kebangsaan adalah SALAH dan DANGKAL.

Realitinya, setiap sambutan mempunyai asal usul kepercayaannya, termasuklah Tahun Baru Cina. Kerana itu kita dapati bahawa setiap Tahun Baru Cina itu dikaitkan dengan binatang-binatang tertentu, dan untuk tahun 2019, ia menjadi tahun babi.

Apa yang perlu ditegaskan ialah bahawa dalam Islam terdapat hanya dua perayaan; Aidilfitri dan Aidiladha. Kalender Umat Islam pula adalah Tahun Hijrah; BUKAN Tahun Masihi (Kristian) dan BUKAN Tahun Cina (Buddha).

Ketika mana Umat Islam berdepan dengan pelbagai serangan pemikiran dan ideologi, seperti pluralisme dan liberalisme, sepatutnya kita BERSIKAP TEGAS, tidak berkompromi dalam hal-hal yang boleh MEROSAKKAN AKIDAH Umat Islam seperti perkara-perkara khurafat, syirik dan kufur. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan KESUCIAN MASJID!

Mungkin ada yang kata ia sebagai satu USLUB DAKWAH? Barangkali kita merasakan diri kita LEBIH BIJAK daripada Rasulullah, para Sahabat dan alim ulama. SEPANJANG 1400 tahun, TIDAK PERNAH amalan seperti ini dilakukan di masjid. Jangan lupa, penduduk Madinah pada awal zaman Rasulullah juga terdiri daripada kalangan MASYARAKAT MAJMUK. Lalu kita di akhir zaman ini mengatakan bahawa mengadakan sambutan seperti ini adalah BAGUS dan BAIK. Sangat TIDAK WAJAR.

Selepas ini apa pula??? SAMBUTAN KRISMAS, DEEPAVALI, THAIPUSAM pula? Nauzubillah.

Kepada Allah jua kita memohon perlindungan.
.
.
Ustaz Idris bin Sulaiman
8 Jamadilakhir 1440H bersamaan 13 Februari 2019
.
=======
Koleksi tulisan Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) kini di channel telegram https://t.me/penaustazidrissulaiman

#penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • Kebenaran

    Kebenaran adalah yang datang dari Allah, dan As-Sunnah adalah sunnah Rasulullah serta jamaah adalah apa sahaja yang telah menjadi kesepakatan para sahabat pada masa khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman

  • SEKATAN AMERIKA ATAS KELUARAN NEGARA

    SEKATAN AMERIKA ATAS KELUARAN NEGARA # Sarung Tangan Top Glove Selagi mana Malaysia tidak mengikut telunjuk mereka maka selagi itulah tindakan-tindakan seperti ini akan diambil. AS rampas sarung tangan getah Top Glove: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/05/813910/rampas-sarung-tangan-getah-top-glove-bernilai-rm213-juta US Customs determines forced labour at Malaysia’s Top Glove, to seize gloves: https://www.reuters.com/article/us-malaysia-top-glove-usa-idUSKBN2BM056 Antaranya ialah supaya negara…

  • PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MEMBERSIHKAN KUIL?

    PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MEMBERSIHKAN KUIL? # Bandingkan dengan gotong-royong membersihkan kandang ‘ba alif ba ya’ Satu perkembangan baharu sedang berlaku dalam negara yang sepatutnya membimbangkan kita semua apabila sekumpulan pelajar Muslim tanah air telah melancarkan inisiatif untuk membersihkan sebuah kuil yang terkesan dengan banjir besar yang berlaku baru-baru ini. https://www.facebook.com/211591442051/posts/10160161864202052/…

  • Air Ruqyah vs Air Yasin

    Air Ruqyah vs Air Yasin Tegahan Mengkhususkan Malam Jumaat / Siangnya dengan Ibadah-Ibadah tertentu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أن رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال “لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلا تَخْتَصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومهُ أحدكُم” Daripada Abu…

  • PKP 3.0: SOLAT TAUBAT SEBELUM SOLAT ZOHOR PADA HARI JUMAAT?

    PKP 3.0: SOLAT TAUBAT SEBELUM SOLAT ZOHOR PADA HARI JUMAAT? Hal-hal umum yang melibatkan urusan pentadbiran awam dan maslahat kemasyarakatan dipikul oleh pemerintah Muslim dan wakil-wakil lantikannya. Demikian halnya dengan urusan masjid. Keputusan menangguhkan solat fardu dan solat Jumaat di masjid bagi majoriti umat Islam dalam negara akibat penularan wabak…