SAMBUTAN / PERAYAAN SEBAHAGIAN DARIPADA AGAMA ATAU ADAT?

SAMBUTAN / PERAYAAN SEBAHAGIAN DARIPADA AGAMA ATAU ADAT?

(Hantaran asal pada 24.01.2020 tetapi seperti telah disêkãt oleh FB)

Sebahagian membolehkan MUSLIM turut serta dalam SAMBUTAN / PERAYAAN KUFFAR sekiranya ia hanya melibatkan ADAT atau sekiranya TIADA UNSUR KEAGAMAAN.

Kebiasaannya alasan yang diberikan ialah untuk menjaga perpaduan, permuafakatan antara kaum, menjaga silaturahim dan seumpamanya.

Hakikatnya pembahagian ini PERLU DITINJAU SEMULA dan PERLU DIBUKTIKAN ASASNYA dalam Agama.

Apakah benar wujud SAMBUTAN PERAYAAN yang hanya bersifat ADAT tanpa sebarang kepercayaan di sebaliknya?

Keyakinan bahawa hari berkenaan hari yang berkat, istimewa, bertuah… bukankah ini suatu kepercayaan?

Bukankah lazimnya suatu KEPERCAYAAN dalam sesuatu SAMBUTAN / PERAYAAN adalah bersifat KEAGAMAAN?

Seperti ada kekeliruan tentang hakikat erti SAMBUTAN / PERAYAAN.

Walau apa pun, pembahagian ini perlu dilihat sejauh mana ia bertepatan dengan prinsip-prinsip yang digariskan dalam Agama.

Jika ditinjau nas-nas AL-QURAN & AS-SUNAH, muamalah antara MUSLIM dengan KUFFAR berdiri di atas beberapa prinsip. Antaranya ialah:

1. BERLEPAS DIRI DARIPADA MEREKA (BÃRÅ’)

Firman Allah:

“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya satu contoh ikutan yang baik ketika mana mereka berkata kepada kaum mereka (yang KUFFAR): SESUNGGUHNYA KAMI BERLEPAS DIRI DARIPADA KAMU.”

Surah al-Mumtahinah, ayat 4.

– Allah memerintahkan supaya umat Islam mencontohi Nabi Ibrahim, antaranya dalam perbuatannya BERLEPAS DIRI daripada KUFFAR.

2. TIDAK MENJADIKAN MEREKA SEBAGAI TEMAN RAPAT / PENOLONG / PENASIHAT / PENJAGA

Firman ALLAH:

“Wahai orang-orang yang beriman! JANGANLAH kamu MENGAMBIL orang-orang Yahudi dan Nasrani SEBAGAI TEMAN RAPAT, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengah mereka yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang MENJADIKAN MEREKA sebagai TEMAN RAPATNYA, maka sesungguhnya DIA TERMASUK DARIPADA KALANGAN MEREKA.”

Surah al-Maa’idah, ayat 51.

– Allah mengancam MUSLIM yang menjadikan teman rapatnya daripada kalangan KUFFAR bahawasanya dia akan dihumban dalam api neraka sama seperti golongan KUFFAR.

Firman ALLAH:

“Dan JANGANLAH KAMU CENDERUNG kepada orang-orang yang berlaku ZALIM (kerana jika kamu berbuat demikian) maka api neraka akan membakar kamu.”

Surah Hud, ayat 113.

– Larangan cenderung kepada orang-orang zalim.

– Cenderung yakni taat dan berkasih sayang (Tafsir al-Qurtubi).

– Perbuatan KUFUR ialah SEBESAR-BESAR KEZALIMAN (Luqman, ayat 13).

Firman ALLAH:

“JANGANLAH orang-orang beriman mengambil orang-orang KUFFAR menjadi PENOLONGNYA dengan MENINGGALKAN orang-orang yang BERIMAN.”

Surah Aali Imran, ayat 28.

Firman ALLAH:

“Wahai orang-orang beriman! JANGANLAH kamu mengambil orang-orang yang BUKAN DARIPADA KALANGAN KAMU menjadi ORANG KEPERCAYAAN kamu.”

Surah Aali Imran, ayat 118.

3. TIDAK TURUT SERTA DALAM UPACARA SAMBUTAN / PERAYAAN MEREKA

“Dan mereka (orang-orang beriman) yang TIDAK MENGHADIRI tempat-tempat KEBATILAN dan sekiranya mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melewatinya dalam keadaan MENJAGA KEHORMATAN MEREKA.”

Surah Al-Furqan, ayat 72.

– Tempat-tempat KEBATILAN ialah tempat diadakan perayaan KUFFAR (Tafsir al-Qurtubi).

– Allah memuji orang-orang beriman kerana tidak menghadiri majlis perayaan yang berbentuk kebatilan.

– Berkata Omar al-Khattab “Jauhkan diri kamu daripada musuh-musuh Allah pada hari perayaan mereka” (Riwayat al-Baihaqi).

4. TIDAK TASYABBUH MENYERUPAI MEREKA

Nabi bersabda:

“Barang siapa MENYERUPAI SESEBUAH KAUM maka dia termasuk dalam kalangan mereka.”

Hadis sahih. Riwayat Imam Ahmad.

– Ancaman ke atas MUSLIM daripada menyerupai KUFFAR.

– Malah dalam banyak hadis Nabi bersabda:

“SELISIHILAH orang-orang Yahudi”

“SELISIHILAH orang-orang Yahudi dan Nasrani”

“SELISIHILAH orang-orang Majusi”

“SELISIHILAH orang-orang musyrikin”.

– Justeru banyak penetapan dalam Agama bertujuan supaya menyelisihi KUFFAR seperti perintah bersahur, mempercepatkan berbuka, memotong misai, memelihara janggut, tetap bergaul dengan isteri walaupun haid, tidak sekadar memberi salam dengan isyarat tangan atau kepala, cara memanggil solat (azan), solat dengan beralas kaki, kiblat solat (Kaabah), hari kebesaran mingguan (Jumaat), hari kebesaran tahunan (Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha…

Malah rambut yang sudah beruban pun diperintahkan supaya dipakaikan inai sedangkan ia tidak melibatkan ibadah khusus dan merupakan suatu perubahan yang bersifat semula jadi.

SEBAB & HIKMAH

Mengapa Agama menetapkan prinsip-prinsip ini?

Ia bagi memastikan MUSLIM dapat menjaga AGAMA, AKIDAH, JATI DIRI, sahsiah peribadi dan KEDUDUKANNYA sebagai seorang Muslim.

Supaya jangan sampai terpengaruh dengan budaya, adat apatah lagi agama KUFFAR.

Ini kerana manusia MUDAH TERPENGARUH dengan PERSEKITARANNYA.

Jika persekitarannya BAIK maka baiklah kesannya.

Sekiranya persekitarannya BURUK, diselubungi kejahatan, kebatilan, kerosakan, kemaksiatan, kesyirikan dan KEKUFURAN maka besar kemungkinannya seseorang itu akan terkesan dengan gejala-gejala negatif ini.

Lumrah jika seseorang itu takut untuk bergaul dengan orang-orang yang menghisap dadah, orang-orang yang terlibat dengan jenayah atau gejala-gejala negatif seperti LGBT dan sebagainya.

Mengapa? Jawapannya kerana takut terpengaruh atau terkena kesan negatifnya.

Maka bagaimana pula dengan bahana KEKUFURAN apatah lagi dengan menghadiri majlis perayaan / sambutan KUFFAR?

Sedangkan kesan terpengaruh dengan KEKUFURAN mengatasi segala bahaya dan diancam dengan sebesar-besar ancaman iaitu KEKAL DALAM API NERAKA.

Firman ALLAH:

“Dan orang-orang KAFIR yang mendustakan ayat-ayat keterangan KAMI, mereka itu ialah penghuni API NERAKA, mereka KEKAL DI DALAMNYA.”

Surah al-Baqarah, ayat 39.

Di sini menunjukkan betapa pentingnya menjaga AGAMA & AKIDAH. Jangan dipandang mudah dan ringan.

KESIMPULAN

Sewajarnya perbahasan tentang soal MUSLIM turut serta dalam sambutan / perayaan KUFFAR menitip beratkan soal menjaga AGAMA & AKIDAH melebihi maslahat-maslahat lain.

Dan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dinyatakan di atas menuntut supaya MUSLIM TIDAK TURUT SERTA dalam apa jua bentuk perayaan KUFFAR sekalipun dalam perayaan yang dianggap hanya melibatkan adat yang kononnya tiada unsur keagamaan (jika benar ada perayaan yang berbentuk sedemikian).

Dan sebetulnya sebarang bentuk SAMBUTAN / PERAYAAN pasti ia berkait rapat dengan KEAGAMAAN atau KEPERCAYAAN yang tertentu.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Mengharapkan keberkatan hari Jumaat
29 Jamadilawal 1441H / 24 Januari 2020

Similar Posts

  • SELEPAS KUIL TOKONG PULA

    SELEPAS KUIL TOKONG PULA Sangat tidak wajar. Jangan sampai hilang pedoman Agama rebah dek syubhah toleransi. Apakah sudah tiada lagi masjid untuk dibersihkan? Apakah sudah tiada lagi rumah sesama saudara Muslim yang belum dihilangkan sisa lumpur banjir besar yang berlaku baru-baru ini? Membersihkan rumah-rumah ibadat orang kafir ini bertentangan sama…

  • SUNAH IMAM MENGHADAP MAKMUM SELEPAS SOLAT

    Hidupkan as-Sunah. Imam jangan terus kekal menghadap kiblat. Makruh bagi imam untuk terus menghadap kiblat selepas selesai solat. Sebaliknya disunatkan baginya selepas beristighfar sebanyak tiga kali dan mengucapkan ‘Allahumma anta as-Salam, waminka as-Salam, tabarakta ya zaljalali walikram’ untuk berpusing menghadap makmum dengan wajahnya. Ini berdasarkan hadis Samurah bin Jundub, katanya:…

  • ILMU FIQAH

    ILMU FIQAH # Taklid vs Ittiba’ Rata-rata memahami ilmu fiqah sebagai ilmu yang membahaskan tentang pendapat-pendapat ulama dan mazhab. Sewajarnya pemahaman ini diperbetulkan kerana ilmu fiqah yang sebetulnya ialah ilmu pemahaman Al-Quran dan hadis. Kedua-dua Al-Quran dan hadis menjadi sumber utama ilmu fiqah. Tinggal lagi sama ada kita kembali kepada…

  • SELAMAT DARI SYIRIK

    Orang yang dapat menjaga dirinya dan ahli keluarganya daripada syirik mendapat keuntungan yang lumayan. Tetapi hal ini hanya bagi mereka yang benar-benar memahami erti tauhid dan erti syirik. Bagaimana pula dengan mereka yang membolehkan pemakaian tangkal, mengkeramatkan perkuburan tertentu, percaya kepada ramalan nasib mengikut kedudukan bintang (horoskop), mendatangi bomoh yang…

  • NAIK LIF / ESKALATOR

    NAIK LIF / ESKALATOR Ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr hafizahullah berkata: “Sekiranya seseorang itu naik lif atau eskalator lalu dia membaca (doa menaiki kenderaan): سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين. (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu…

  • CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN

    CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN Berikut adalah video pengakuan Daniel Twining, Presiden International Republican Institute (IRI) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat membantu pihak-pihak bersekongkol dalam negara untuk menjatuhkan kerajaan semenjak tahun 2002. IRI adalah sebuah pertubuhan yang mendapat dana langsung daripada pertubuhan globalis Yahudi National Endowment for Democracy (NED),…