Union Jack flag of the United Kingdom
|

RINDU ZAMAN DIJAJAH?

– Kemangkatan ratu
– ‘Rest in peace’ (RIP)

Tersebutlah kisah si Abu semasa kecil di sekolah dia dibuli dan dipukul oleh seorang pelajar senior yang terkenal dengan sifat bulinya.

Beberapa orang pelajar lain turut senasib dengannya.

Kini Abu sudah pun dewasa dan telah lama meninggalkan zaman persekolahannya.

Sekalipun Abu sangat marah dan benci apabila bercerita tentang zaman dia dibuli di sekolah dahulu, kini Abu telah mewujudkan sebuah persatuan alumni yang khusus bagi pelajar-pelajar mangsa buli di sekolah lamanya bersama rakan-rakan lain yang senasib dengannya dahulu.

Si pembuli itu pula dilantik sebagai penaung persatuan alumni ini.

Pelik bukan?

Tetapi itulah ia negara-negara Komanwel.

KEMANGKATAN RATU

Seperti baru sahaja dengan megah dan bangga disambut hari kemerdekaan tetapi gerangan apa pula sebahagian mereka bersedih dengan pemergian si ratu?

Inilah minda sebahagian anak bangsa yang masih terjajah.

Jangan pula berkata ‘rest in peace’ (RIP) kerana mendoakan kedamaian dan kesejahteraan orang yang sudah meninggal dunia adalah khusus bagi Muslim.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02DBVRKuVABq9nzHb7fuYjwroyGLGxfwatkL4LeYbmyDRt7hQdjHjM2yNnkiaCLeP4l&id=1588241794

CATATAN

Kesucian hari Jumaat tidak wajar dicemari dengan doa-doa yang tidak sepatutnya seperti RIP dan seumpamanya.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Safar 1444H
09 September 2022

Similar Posts

  • |

    SABAR HADAPI DUGAAN DUNIA

    Mukmin perlu sabar dalam menghadapi dugaan di dunia sebesar mana pun ia datang menguji kerana apa yang pasti di sebalik setiap ujian akan datang kesenangan dan di sebalik setiap kepayahan akan datang kemudahan, sedangkan azab dunia jauh lebih ringan dan tidak terbanding dengan azab akhirat. Firman Allah ﷻ: فَإِنَّ مَعَ…

  • |

    BAHANA RIBA

    Segelintir masih mempertahankannya dengan istilah-istilah berbunyi Islamik. Sedangkan Allah ﷻ memerangi pemakan riba. Firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡب مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ. “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut)…

  • |

    HARI KEKASIH (VALENTINE)

    Hari kekasih bukan sambutan Islam tetapi perayaan kaum kuffar. Muslim haram menyambutnya. Syariat haramkan semua pintu zina dan menghalalkan pintu nikah. Cinta yang benar ialah cinta yang didasari perkahwinan untuk membina keluarga harmoni, kehidupan aman yang dipenuhi kasih sayang dan belas kasihan. Firman Allah ﷻ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم…

  • | |

    USTAZ: TAHLIL BUKAN BIDAAH BAHKAN ADA ASALNYA DALAM AGAMA!

    – Cara, cara & cara pelaksanaan – Ustaz menokok tambah lafaz hadis Demikian menurut seorang ustaz yang cuba mempertahankan amalan tahlil yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat. Ucapan ‘lailahaillallah’ dalam tahlil sememangnya bagus, disyariatkan dan adalah sebaik-baik zikir sebagaimana sabda Nabi ﷺ. Tetapi apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah…

  • KEMPEN MALAYSIA BEBAS ASAP?

    Kempen kafir Barat bagi memandulkan ekonomi negara dan membantutkan semua pembangunan. Melalui penutupan kilang-kilang buatan, pengharaman kenderaan-kenderaan petrol dan diesel serta segala eksplorasi minyak yang dihentikan. Walhal ekonomi negara sangat bergantung kepada pengeluaran kilang-kilang tempatan dan hasil jualan minyak Petronas manakala kenderaan-kenderaan petrol dan diesel menjadi nadi penggeraknya. Justeru ia…

  • |

    ‘SENGKETA’

    Apabila tidak mampu berhujah dengan fakta dan dalil, video lakonan fitnah pula disajikan. Memalukan. Dr. Idris bin SulaimanKajang03 Jamadilakhir 1446H05 Disember 2024https://idrissulaiman.com