| |

RAMADAN BULAN RAHMAT SELURUHNYA BUKAN HANYA PADA AWALNYA

Antara hadis masyhur tentang bulan Ramadan ialah riwayat:

هُوَ شَهْرٌ ‌أَوَّلُهُ ‌رَحْمَةٌ ‌وَأَوْسَطُهُ ‌مَغْفِرَةٌ ‌وَآخِرُهُ ‌عِتْقٌ ‌مِنَ ‌النَّارِ.

“(Ramadan) ialah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan daripada api neraka.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan lain.

Hadis ini dinilai daif atas tiga sebab:

  1. Sanadnya terputus kerana salah seorang perawinya Saeed bin al-Musayyib tidak mendengar daripada Salman al-Farisi radiallahuanhu;
  2. Salah seorang perawinya ialah Ali bin Zaid bin Jad’aan dan Yusuf bin Ziyad.

Ali bin Zaid didaifkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Ma’in, al-Nasaie dan Ibnu Khuzaimah sendiri.

Yusuf bin Ziyad pula dihukum sebagai perawi yang hadisnya mungkar oleh Imam al-Bukhari dan Abu Hatim sehinggakan Imam al-Daraqutni berkata “Beliau terkenal dengan riwayat-riwayat batil.”

Tambahan pula, inti maksud hadis ini yang membahagikan bulan Ramadan kepada tiga; 10 hari pertama dengan rahmat, 10 hari berikutnya dengan keampunan dan 10 hari terakhir dengan pelepasan daripada api neraka tidak sabit dalam mana-mana dalil sahih.

Sedangkan rahmat Allah ﷻ itu luas dan seluruh bulan Ramadan penuh dengan rahmat dan pengampunan sebagaimana sabit daripada Nabi ﷺ sabdanya:

إِنَّ لِلَّهِ ‌عِنْدَ ‌كُلِّ ‌فِطْرٍ ‌عُتَقَاءَ وَذَلِكَ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ.

“Sesungguhnya bagi Allah setiap kali waktu berbuka orang-orang yang dibebaskan dari Api Neraka, dan hal tersebut ialah pada setiap malam (Ramadan).”

[Sahih. Riwayat Ibnu Majah]

Pentingnya berwaspada daripada riwayat-riwayat lemah yang tidak sabit daripada Nabi ﷺ di samping memastikan kesahihan sesebuah hadis sebelum disebarkan.

Allah jua pemberi taufik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Ramadan1446H
02 Mac 2025
https://idrissulaiman.com


Dapatkan buku 80 Hadis Puasa Ramadan di:
https://idrissulaiman.com


Similar Posts

  • |

    MAJLIS ZIKIR BERGENDANG MENARI

    Celaan Allah ﷻ ke atas mereka yang menjadikan urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan. Firman Allah ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ. “Orang-orang yang menjadikan urusan-urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan, dan orang-orang yang…

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…

  • TERJEMAHAN ‘TIADA TUHAN KECUALI ALLAH’ – TIDAK TEPAT

    Pembetulan TERJEMAHAN kalimah syahadah. Sering kita mendengar orang menterjemahkan kalimah syahadah: لا إله إلا الله ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’ dengan erti: Tiada TUHAN kecuali Allah atau ‘There is no GOD but Allah’. Perlu dijelaskan bahawa kalimah إله (ILAH) bukan sekadar bererti tuhan (god). Kalimah tuhan (god) dalam bahasa Arab membawa…

  • | | |

    SEBAB MOHON AMPUN PADA MALAM LAILATULQADAR

    Muslim diperintahkan memburu malam lailatulqadar dengan membaca doa: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعَفُ عَنِّي “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka keampunan maka ampunilah daku.” [Sahih. Riwayat Tirmidzi] Muslim diperintahkan supaya meminta keampunan Allah ﷻ pada malam lailatulqadar setelah dia bersungguh-sungguh beramal pada sebelah malamnya itu dan…

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…

  • | | |

    BULAN RAMADAN

    ‌مَنْ ‌صَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ‌وَمَنْ ‌قَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. “Barang siapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, dan barang siapa mendirikan solat malam di bulan Ramadan kerana iman dan…