| | | |

PUASA BUKAN HANYA BERLAPAR DAHAGA

Di samping menahan diri daripada makan minum Muslim turut diperintahkan meninggalkan kata-kata dusta, perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ.

“Barang siapa tidak meninggalkan kata-kata dusta dan amalannya maka tidak ada hajat bagi Allah untuknya meninggalkan makan minumnya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Sabdanya ﷺ:

‌لَيْسَ ‌الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ.

“Tidaklah puasa itu meninggalkan makan minum tetapi puasa ialah dengan meninggalkan perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaiman]

Pentingnya menjaga tutur kata dan tingkah laku sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan.

Ini kerana Nabi ﷺ mengingatkan:

رُبَّ ‌صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ.

“Barangkali orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dahaga sahaja manakala orang yang berqiamullail hanya mendapat penat kerana berjaga pada waktu malam.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Semoga Allah ﷻ menerima ibadah puasa dan ibadah qiam kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Ramadan 1445H
17 Mac 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    JIWA YANG KOSONG

    – Ketenangan hakiki Dalam hati manusia ada kekosongan yang tidak akan dapat diisi kecuali dengan rasa cinta kepada Allah ﷻ, berserah dan berzikir mengingatiNya di samping jujur ikhlas beribadah kepadaNya. Jika manusia diberikan habuan dunia dengan segala isinya nescaya kelompongan ini tetap tidak akan dapat diisi. Firman Allah ﷻ: وَمَن…

  • | |

    SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SUBUH

    – Tatacara pelaksanaan – Jangan lebih dua rakaat Muslim dianjurkan mengerjakan solat sunat (qabliyah) sebelum Subuh sebanyak dua rakaat. Daripada Hafsah radiallahuanha, katanya: كَانَ رَسُولُ اللهِ ﷺ إذا ‌طَلَعَ ‌الْفَجْرُ ‌لَا ‌يُصَلِّي إِلَّا رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ. “Rasulullah ﷺ jika sudah terbit fajar baginda tidak akan solat (sunat) kecuali dua rakaat ringkas.”…

  • |

    HARI RAYA AIDILFITRI: IKUT ANAK BULAN ATAU FALAK?

    Umat Islam disyariatkan menyambut Hari Raya Aidilfitri apabila mereka melihat anak bulan Syawal. Demikian adalah pendirian sekalian para ulama berdasarkan sabda Nabi ﷺ: صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ. “Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan (masuknya bulan Ramadan) dan berbukalah kamu apabila kamu melihatnya (menyambut Hari Raya…

  • | | | |

    DOA ARAFAH: IKUT WAKTU MEKAH / MALAYSIA?

    Doa hari Arafah pada tanggal 09 Zulhijah ada kelebihan dan fadilatnya. Sabda Nabi ﷺ: خَيْرُ ‌الدُّعَاءِ ‌دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ “Sebaik-baik doa ialah doa hari Arafah.” [Hasan. Riwayat Tirmizi] أَفْضَلُ ‌الدُّعَاءِ ‌دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ “Doa paling afdal ialah doa hari Arafah.” [Hasan. Riwayat Imam Malik] Ulama ada beberapa pandangan sama ada…

  • |

    AZAM TAHUN BAHARU BUKAN BUDAYA ISLAM

    ‘Azam tahun baharu’ sinonim bila tiba awal tahun baharu Masihi. Sedar atau tidak budaya ini kembali ke zaman pagan Babylon lebih 4000 tahun dahulu. https://www.abc.net.au/news/2023-12-31/new-year-resolutions-began-as-ancient-rituals-4000-years-ago/103271974 Maka penting ditegaskan bahawa ‘azam tahun baharu’ bukan budaya Islam dan lebih penting lagi ia sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Berbeza dengan mereka yang berazam…

  • | | |

    ANJURAN PUASA HARI ASYURA (10 MUHARAM)

    Muslim dianjurkan berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharam). Ini berdasarkan hadis-hadis berikut: HADIS 1 عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَدِمَ الْمَدِينَةِ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ ‌عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ؟» فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ…