PROGRAM PELAJAR MELAYU MUSLIM DI KUIL?

PROGRAM PELAJAR MELAYU MUSLIM DI KUIL?

Tersebar di media sosial gambar sekumpulan pelajar MELAYU MUSLIM – lelaki & perempuan -menghadiri program keagamaan di sebuah KUIL.

Hal ini sangat TIDAK WAJAR.

Perkara ini bertentangan dengan syariat kerana ia merosakkan AKIDAH.

Kononnya atas prinsip KEMANUSIAAN.

Sedar atau tidak, inilah dakyah PLURALISME yang menganggap bahawa semua agama sama dan hanya nama tuhan sahaja berbeza.

Ini dakwaan yang BATIL.

Hanya agama ISLAM sahaja yang benar dan diredai ALLAH. Selain itu ialah agama KUFUR & SYIRIK yang dimurkai ALLAH.

Orang KAFIR yang tidak bertaubat diancam AZAB API NERAKA – mereka kekal dalamnya SELAMA-LAMANYA.

Seorang MUSLIM – lelaki & perempuan – ditegah daripada menghadiri majlis-majlis MAKSIAT. Apatah lagi majlis-majlis berbaur KUFUR & SYIRIK.

Firman ALLAH:

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ

“Dan mereka yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang.”

Al-Quran, al-Furqan, 25:72.

Hal-hal MUNGKAR seperti upacara KUFUR dan SYIRIK sepatutnya DIINGKARI – bukan DIRAIKAN.

Sebagai seorang MUSLIM kita bertanggungjawab menyampaikan DAKWAH ISLAM kepada orang KAFIR.

Sedaya upaya kita hendak SELAMATKAN MEREKA daripada API NERAKA.

Inilah erti KERAHMATAN AGAMA ISLAM. Mengasihani mereka yang bukan Islam dengan mengajak mereka MEMELUK ISLAM.

Justeru, meraikan MAJLIS KUFUR mereka bukan sahaja DILARANG malah dari sudut lain ia perbuatan KHIANAT dan TIDAK AMANAH.

Bagaimanakah jika kita biarkan PENAGIH DADAH terus dengan ketagihannya – malah menggalakkannya?

Tentu kita semua bersetuju itu TIDAK WAJAR. Sewajarnya DITEGUR dan DINASIHATI – bukan diraikan dan digalakkan.

Bagaimanakah pula mereka yang BERGELUMANG dengan AGAMA KUFUR dan SYIRIK? Ini jauh LEBIH BAHAYA dan PARAH.

Oleh yang demikian, kumpulan pelajar tersebut WAJIB BERTAUBAT dan PIHAK BERKUASA AGAMA perlu menyiasat sekiranya ada salah laku menyebarkan dakyah KUFUR kepada MUSLIM daripada pihak kuil.

IBU BAPA perlu mengawasi anak-anak mereka. Cegah sebelum parah.

Jika kita risau anak-anak pergi ke pub-pub ARAK & DISKO. Maka GEREJA, KUIL, TOKONG dan rumah-rumah ibadat lain JAUH LEBIH BAHAYA.

Jangan tergolong dalam kalangan mereka yang KELIRU. Sensitif dengan asap rokok, bahaya dadah, kotoran anjing dan babi, tetapi BAHAYA ANCAMAN AKIDAH dianggap remeh dan enteng.

Kepada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
2 Safar 1441H /2 Oktober 2019
Pagi yang sejuk dingin

Similar Posts

  • ORANG BERTAKLID

    ORANG BERTAKLID HANYA MENUKIL PENDAPAT ATAU BOLEH BERBAHAS? Hujah dalam perbahasan Agama ialah nas dan ijmak di samping dalil yang diistinbatkan daripadanya mengikut kaedah-kaedah syarak. Adapun pendapat ulama atau mazhab bukanlah hujah. Ini kerana pendapat-pendapat ulama atau mazhab perlu disokong dengan dalil-dalil syarak, dan bukan dijadikan sebagai dalil yang mengatasi…

  • PENTING MENJAUHI SYIRIK

    PENTING MENJAUHI SYIRIK Kata Imam an-Nawawi: “Tidak akan kekal dalam api neraka orang yang mati atas tauhid. Ini merupakan kaedah yang disepakati oleh Ahli Sunah.” [Syarah Sahih Muslim 1/28] Pentingnya faham hakikat erti tauhid dan menjauhi segala bentuk syirik. Idris bin Sulaiman Kajang 12 Jamadilakhir 1443H / 15 Januari 2022

  • PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA

    PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA Perjalanan hidup di dunia teramat pendek sekali. Allah ﷻ berfirman: مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُ. “Dari air pekat diciptakannya serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian jalan (baik atau buruk) dimudahkan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil yang mana satu). Kemudian…

  • “KENAPA MALU SANGAT?”

    “KENAPA MALU SANGAT?” # Pentingnya rasa malu Barangkali kita biasa dengar soalan seperti ini. Tahukah anda bahawa Nabi ﷺ pernah menegur seorang lelaki yang berkata sedemikian kepada saudaranya? Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Omar radiallahuanhu, bahawasanya Nabi ﷺ melewati seorang lelaki yang sedang menegur saudaranya kerana sifat malunya….