PRODUK-PRODUK KHURAFAT
PRODUK-PRODUK KHURAFAT
# Amalan dan kepercayaan melanggar syariat
# Produk mempunyai ‘kelebihan’ tertentu
Kepercayaan khurafat sering dikaitkan dengan masyarakat kampung dahulu yang kurang pendidikan.
Tetapi realitinya kepercayaan khurafat masih subur dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam negara dan antaranya ialah melalui penggunaan produk-produk tertentu seperti minyak wangi dengan kepercayaan bahawa produk tersebut mampu mengawal rasa marah dan sedih, mengenal pasti identiti penyihir, menangani masalah bayi meragam atau kerap menangis dan seumpamanya.
Walhal kepercayaan-kepercayaan sebegini dengan amalan-amalan tertentu yang berkaitan tiada dasarnya sama sekali dalam ajaran Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad ﷺ.
Ia menunjukkan kelemahan akidah orangnya serta kurangnya penghayatan ajaran Islam yang sebenar.
Sedangkan Islam menolak apa jua amalan khurafat kerana ia menjejaskan akidah tauhid dan menjebakkan orangnya dalam kesyirikan.
Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu 1:
https://www.facebook.com/1588241794/posts/10217509792688541/
Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu 2:
https://www.facebook.com/1588241794/posts/10217578081555720/
Khurafat – Kaedah Pagar Laut Supaya Pencuri Berenang dalam Rumah:
https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220786153315509/
CATATAN:
Setiap sesuatu amalan atau kepercayaan haruslah berlandaskan kepada nas ayat Al-Quran atau hadis yang sahih. Jika tidak maka amalan tersebut adalah sia-sia dan tertolak di sisi ALLAH ﷻ.
Sesuatu kepercayaan yang hanya berlandaskan kepada andaian dan sangkaan adalah batil dan tidak boleh bagi seorang Muslim untuk mempercayainya kerana ia boleh dikategorikan sebagai khurafat yang membawa kepada syirik. Nauzubillah.
Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Muharram 1443H /
26 Ogos 2021