Framing of a new wooden house under construction
|

PETUA MENDIRIKAN RUMAH KEDIAMAN & MENCARI PASANGAN?

 

# Percaya kepada kesialan
# Kepercayaan orang dulu-dulu

Orang-orang jahiliah dahulu apabila hendak melakukan sesuatu akan pergi ke sarang burung dan menyergah burung yang ada di dalamnya untuk melihat ke arah mana ia terbang. Sekiranya burung tersebut terbang ke kanan maka itu adalah petanda kebaikan namun jika ke kiri maka itu petanda kesialan. Jika burung itu terbang ke hadapan maka mereka akan teruskan hasrat mereka tetapi jika ia terbang ke belakang maka mereka akan tangguhkan.

Amalan ini dinamakan ‘tatayyur’ (atau ‘tiyarah’) iaitu kepercayaan kepada kesialan atau meramalkan nasib sial jika melakukan sesuatu.

Islam menolak kepercayaan seperti ini dan melarangnya di samping menegaskan bahawa ia merupakan syirik menyekutukan Allah ﷻ.

Sabda Nabi ﷺ:

الطِّيَرَةُ شِرْكٌ.

“Percaya kepada kesialan adalah syirik”

[Hadis sahih. Riwayat Abu Daud]

Nabi ﷺ turut bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَطَيَّرَ.

“Bukan daripada kalangan kami mereka yang percaya kepada kesialan”.

[Hadis sahih. Riwayat al-Bazzar]

Tidak dinafikan bahawa ada kalanya seseorang itu ‘rasa tak sedap hati’ terhadap sesuatu sehingga timbul pelbagai sangkaan dan andaian buruk dalam dirinya tanpa sebab.

Jika tidak dibendung maka akan timbul sikap pesimisme atau kecenderungan memandang sesuatu dari sudut keburukan di samping berfikiran negatif.

Keadaan ini tentunya akan mengganggu fikiran malah boleh membantutkan pelbagai urusan.

Maka Muslim diperintahkan supaya menolak perasaan-perasaan ini agar dia tidak terjebak dalam amalan ‘tatayyur’ jahiliah yang akan mendorongnya kepada kesyirikan sekiranya dia meyakini bahawa ‘sesuatu’ itu benar-benar mendatangkan kesialan dan keburukan ke atas dirinya.

Ini pentingnya sikap tawakal berserah kepada Allah ﷻ dengan sepenuh hati.

Keadaan ‘rasa tak sedap hati’ boleh ditolak dengan membaca doa di bawah:

اللَّهُمَّ ‌لَا ‌يَأْتِي ‌بِالْحَسَنَاتِ إِلَّا أَنْتَ، وَلَا يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلَّا أَنْتَ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ.

“Ya Allah, tiadalah yang mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan kecuali Engkau. Tiada perubahan dan tiada kekuatan kecuali dengan izin Allah.”

[Daif. Riwayat Abu Daud, no. 3919]

Justeru kepercayaan kepada unsur-unsur alam; tanah, air, api dan angin dalam membina rumah kediaman atau mencari pasangan untuk berkahwin jelas termasuk dalam kepercayaan kepada kesialan (tatayyur) yang dilarang Agama.

Kepercayan ini adalah khurafat yang membawa kepada syirik.

————

Kepercayan Khurafat Orang Melayu Dahulu:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10217509792688541/

————

Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Rabiulakhir 1443H /
18 November 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    HALLOWEEN

    – Mata pelajaran darjah satu – Diayah musuh Islam Baru-baru ini tular di media sosial gambar-gambar segelintir warga Riyadh, Arab Saudi menyambut perayaan pagan Halloween. Ada sebahagian netizen menyindir dengan berkata “Wahabi mengharamkan sambutan Maulid tetapi menghalalkan Halloween pula.” Apakan daya, ibarat ‘Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata…

  • | |

    JAWAPAN KEPADA USTAZ ENGKU AHMAD FADZIL

    – 3 Hadis Boleh Minta Tolong Orang Mati Beberapa hari yang lalu Ustaz Engku Ahmad Fadzil mengejutkan ramai orang apabila mendakwa bahawa Muslim boleh ‘istianah’ meminta tolong dengan makhluk termasuklah dengan orang-orang yang sudah meninggal dunia. Beliau menegaskan “Yang sabit dalam hadis Nabi ﷺ adalah dia itu boleh mendoakan. Jadi…

  • |

    KULIAH SYEIKH ABDUL MUHSIN AL-ABBAD

      – Ulama besar Madinah Setelah sekian lama tidak mengadakan kuliah, ulama besar kontemporari Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad – hafizahullah – kembali semula mengadakan kajian beliau di Masjid Nabawi, Madinah mensyarahkan Kitab al-Tauhid. Dikatakan kuliah terakhir beliau 4 tahun dahulu. Syeikh sudah sangat uzur, menggunakan kerusi roda dan berumur hampir…

  • |

    HALUSNYA SYIRIK

    Betapa halusnya syirik, lebih halus daripada semut (Sahih, Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad). Ini contoh ajaran yang membawa kepada syirik dalam bentuk mengajar IKHLAS dan KHUSYUK. Ketika mana syariat memerintahkan supaya IKHLAS beribadah kerana ALLAH dan KHUSYUK menghayati amalan yang dilaksanakan dengan tunduk merendah diri MEMIKIRKAN KEBESARAN dan KEAGUNGAN ALLAH, mereka…

  • |

    ILMU FALSAFAH

    # Ilmu Kalam # Pendirian Imam asy-Syafii Ilmu falsafah berkait rapat dengan pengetahuan yang diperoleh dengan cara berfikir serta membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Ia berasal dari Yunani (Greek). Ilmu Kalam pula adalah kesinambungan daripada ilmu falsafah yang tersebar dalam kalangan umat Islam melalui penterjemahan buku-buku…