PERLEMBAGAAN ARAB SAUDI MENOLAK MAJORITI HADIS?

PERLEMBAGAAN ARAB SAUDI MENOLAK MAJORITI HADIS?

Tersebar sejak beberapa bulan lepas dakwaan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (MBS) menolak majoriti hadis dan tidak mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada perlembagaan negaranya.

Dakwaan ini timbul selepas satu wawancara televisyen diadakan dengan beliau pada bulan April 2021.

Hakikatnya ini adalah sebahagian daripada siri pembohongan dan fitnah memburuk-burukkan Arab Saudi yang rancak semenjak kebelakangan ini.

——————–

Arab Saudi Benarkan Yahudi Masuk Mekah?

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10223217947948855/

——————–

MBS menegaskan bahawa perlembagaan Arab Saudi adalah bertunjangkan kepada Al-Quran dan hadis.

Dalam masa yang sama beliau mengakui perbahasan para ulama berkenaan kedudukan hadis serta pembahagiannya kepada sahih, hasan dan daif di samping Mutawatir dan Ahaad.

Berbeza dengan hadis Mutawatir yang ulama tarafkan semuanya sebagai sahih, hadis Ahaad tidak begitu kerana ada antaranya yang sahih dan ada yang daif atau lemah.

Maka menurut beliau kekuatan hadis Ahaad tidak sama dengan hadis Mutawatir melainkan jika isinya menepati nas Al-Quran.

Tetapi bagi beliau hadis Ahaad yang sahih adalah sedikit jika dibandingkan dengan hadis Ahaad yang lemah, dan ia tidak boleh dijadikan sebagai sandaran memandangkan hadis-hadis yang lemah ini tidak sabit daripada Nabi ﷺ.

Jika diamati, kenyataan MBS di atas tidak kurang menariknya. Bukan semua orang khususnya ahli politik boleh memberi penjelasan seperti ini.

Apa yang penting, kenyataan beliau ini selari dengan hadis serta penjelasan para ulama. Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda:

اتَّقُوا الحَدِيثَ عَنِّي إلَّا مَا عَلِمْتُمْ، فَمَنْ كَذَبَ عَلّيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأُ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ.

“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menisbahkan sesebuah hadis kepadaku melainkan apa yang kamu pasti. Sesungguhnya barang siapa berdusta atas namaku maka hendaklah dia bersiap-sedia akan tempatnya dalam neraka.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Sekalipun ada perbezaan pendapat tentang penerimaan hadis-hadis fadilat amal tetapi Imam Muslim dalam mukadimah kitab Sahih Muslimnya berpandangan bahawa syarat-syarat yang sama tetap perlu ditetapkan sebagaimana dalam penerimaan hadis-hadis hukum sebelum ia diterima dan diamalkan.

Antara ulama yang melarang beramal dengan hadis lemah apatah lagi yang palsu secara mutlak; tidak kira sama ada dalam hukum-hakam atau fadilat amal ialah Yahya Ibnu Main, Imam Bukhari, Imam Muslim, al-Hafiz Abu Zakaria an-Nisaburi, Abu Zur’ah ar-Razi, Abu Hatim ar-Razi, Ibnu Hibban, Imam Abu Sulaiman al-Khattabi, Ibnu Hazm, Ibnu al-‘Arabi, Ibnu Taimiah, Abu Shamah al-Maqdasi, Jalaluddin ad-Dawani, Imam al-Shaukani, Siddiq Hasan Khan, Ahmad Shakir dan al-Albani.

KESIMPULAN

Soal adanya banyak hadis yang lemah dan palsu berlegar dalam masyarakat bukanlah sesuatu yang baharu. Hal ini telah banyak dibahaskan oleh ulama.

Tetapi apa yang menjadi isu ialah adanya kumpulan Islam yang menyebarkan hadis-hadis lemah dan palsu ini serta mengajak masyarakat beramal dengannya.

Maka tidak hairanlah mengapa penegasan MBS bahawa negaranya tidak mengiktiraf hadis-hadis lemah dan palsu dalam perlembagaan negaranya telah membuatkan ramai daripada kumpulan ini kepanasan.

Lalu media-media anti Islam dan anti Arab Saudi telah mengambil kesempatan memutar belitkan kenyataannya mengatakan bahawa beliau menolak majoriti hadis walhal apa yang ditolak adalah hadis-hadis lemah dan palsu.

Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Rabiulakhir 1443H /
07 November 2021

Similar Posts

  • MENGHABISKAN MASA DENGAN BERITA TERKINI

    MENGHABISKAN MASA DENGAN BERITA TERKINI Saya fikir jika seseorang itu tidak banyak menghabiskan masanya melihat akhbar dan mengikuti setiap satu perkembangan yang dihidangkan kepadanya sama ada melalui media rasmi ataupun media sosial, sebaliknya dia memanfaatkan sisa waktunya untuk apa yang dapat menjana kebaikan buatnya di akhirat dengan membaca Al-Quran, menuntut…

  • PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MEMBERSIHKAN KUIL?

    PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MEMBERSIHKAN KUIL? # Bandingkan dengan gotong-royong membersihkan kandang ‘ba alif ba ya’ Satu perkembangan baharu sedang berlaku dalam negara yang sepatutnya membimbangkan kita semua apabila sekumpulan pelajar Muslim tanah air telah melancarkan inisiatif untuk membersihkan sebuah kuil yang terkesan dengan banjir besar yang berlaku baru-baru ini. https://www.facebook.com/211591442051/posts/10160161864202052/…

  • IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI . Menjawab Syubhat Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai Khuruj Melawan Pemerintah . . Telah tersebar syubhat yang menyatakan kononnya Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai rahimahullah telah khuruj terhadap pemerintah. . Ada pelbagai versi yang berlegar dan antara versi yang dipopularkan oleh sebahagian kelompok adalah versi…

  • FREEMASON

    FREEMÃSŎN Sebuah pertubuhan rahsia Yahũdi perosak yang paling berpengaruh di dunia. Merancang untuk memastikan penguasaan kaum Yahũdi ke atas seluruh dunia. Memusuhi semua agama selain Yahũdi. Berselindung di bawah slogan kebebasan, persaudaraan dan persamaan antara manusia. Majoriti ahlinya terdiri daripada kalangan personaliti terkenal dan individu-individu berpengaruh yang telah mengikat perjanjian…

  • JANGAN PUTUS HARAPAN

    JANGAN PUTUS HARAPAN # Putus asa daripada rahmat, nikmat & rezeki ALLAH # Menakut-nakutkan orang ramai # Covid-19 Ancaman ke atas orang yang berputus asa daripada rahmat ALLAH ﷻ: وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ. “Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat”. [Surah…