|

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ: KEMUSYKILAN & PERSOALAN BUAT ASYAIRAH

Dalam hadis Peristiwa Israk Mikraj yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi ﷺ bersabda:

فَفَرَضَ اللهُ عَلَى أُمَّتِي خَمْسِينَ صَلَاةً، فَرَجَعْتُ بِذَلِكَ، حَتَّى مَرَرْتُ عَلَى مُوسَى، فَقَالَ: مَا فَرَضَ اللهُ لَكَ عَلَى أُمَّتِكَ؟ قُلْتُ: فَرَضَ خَمْسِينَ صَلَاةً، قَالَ: فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ، فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا تُطِيقُ ذَلِكَ، فَرَاجَعَنِي فَوَضَعَ شَطْرَهَا، فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى، قُلْتُ: وَضَعَ شَطْرَهَا، فَقَالَ: رَاجِعْ رَبَّكَ، فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا تُطِيقُ، فَرَاجَعْتُ فَوَضَعَ شَطْرَهَا، فَرَجَعْتُ إِلَيْهِ فَقَالَ: ‌ارْجِعْ ‌إِلَى ‌رَبِّكَ، فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا تُطِيقُ ذَلِكَ، فَرَاجَعْتُهُ فَقَالَ: هِيَ خَمْسٌ وَهِيَ خَمْسُونَ، لَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ، فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى، فَقَالَ: رَاجِعْ رَبَّكَ، فَقُلْتُ: اسْتَحْيَيْتُ مِنْ رَبِّي.

“Allah memerintahkan lima puluh solat ke atas umatku. Lalu aku kembali dengan perintah Allah ini sehingga aku melewati Musa. Dia bertanya kepadaku “Apakah yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu ke atas umatmu?” Aku menjawab “Dia memerintahkan lima puluh solat.” Musa berkata “Kembalilah kepada Tuhanmu kerana umatmu tidak akan dapat melaksanakannya.” (Maka aku kembali kepada Allah dan meminta penguranganNya) lalu Dia mengurangkannya menjadi separuh. Aku kembali semula kepada Musa dan berkata “Dia telah mengurangkan separuh daripadanya.” Kata Musa “Kembalilah kepada Tuhanmu kerana umatmu tidak akan dapat melaksanakannya.” (Maka aku kembali kepada Allah dan meminta penguranganNya) lalu Dia mengurangkan separuhnya. Aku kembali lagi kepada Musa dan dia berkata “Kembalilah kepada Tuhanmu kerana umatmu tidak akan dapat melaksanakannya.” (Maka aku kembali kepada Allah) lalu Allah berkata “Ia adalah lima (solat fardu) dan ia (menyamai pahala) lima puluh (solat fardu), dan firmanKu tidak akan berubah.” Aku kembali kepada Musa dan dia berkata “Kembalilah kepada Tuhanmu.” Aku membalas “Aku rasa malu dengan Tuhanku.”

[Hadis sahih. Sahih Bukhari, no. 349]

FAEDAH DARIPADA HADIS DI ATAS:

  1. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi ﷺ naik ke langit tujuh untuk menerima pensyariatan solat fardu lima waktu daripada Allah ﷻ;
  2. Pada mulanya disyariatkan 50 solat fardu sehari semalam tetapi Nabi Musa a.s. meminta supaya Nabi Muhammad ﷺ kembali kepada Allah ﷻ dan memohon agar jumlah solat itu dikurangkan;
  3. Setelah beberapa kali berulang-alik, akhirnya Allah ﷻ mengurangkan solat fardu itu menjadi lima dan berkata “Ia adalah lima (solat fardu) dan ia (menyamai pahala) lima puluh (solat fardu).”
  4. Nabi Musa a.s. terus meminta supaya Nabi Muhammad ﷺ kembali lagi kepada Allah ﷻ untuk memohon agar solat fardu itu dikurangkan tetapi baginda ﷺ menolak dengan berkata “Aku rasa malu dengan Tuhanku.”

KEMUSYKILAN DARIPADA FAHAMAN ASYAIRAH:

Golongan Asyairah mengakui peristiwa Israk Mikraj di mana Nabi ﷺ naik ke langit tujuh untuk menerima wahyu pensyariatan solat fardu lima waktu daripada Allah ﷻ.

Tetapi dalam masa yang sama, Asyairah menyatakan bahawa mereka tidak tahu di mana keberadaan Allah ﷻ dan menafikan keberadaan Allah ﷻ di atas langit tujuh.

Tambah sulit, Asyairah turut memahami bahawa Allah ﷻ berkata-kata tetapi Allah ﷻ berkata-kata tanpa suara atau bunyi.

PERSOALAN BUAT GOLONGAN ASYAIRAH:

  1. Mengapa Nabi ﷺ sampai naik ke langit tujuh untuk menerima syariat solat fardu lima waktu jika baginda ﷺ tidak bertemu dengan Allah ﷻ?
  2. Mengapa Nabi Musa a.s. berkata kepada Nabi Muhammad ﷺ “Kembalilah kepada Tuhanmu” lalu baginda ﷺ berulang-alik beberapa kali sehingga solat dikurangkan menjadi lima waktu jika Allah ﷻ bukan di atas langit tujuh?
  3. Daripada siapa Nabi Muhammad ﷺ terima pensyariatan solat fardu 50 waktu dan kepada siapa baginda ﷺ menghadap meminta supaya ia dikurangkan jika bukan Allah ﷻ?
  4. Dengan siapa Nabi ﷺ berbicara apabila menerima pensyariatan solat fardu lima waktu jika bukan Allah ﷻ?
  5. Dalam hadis Bukhari di atas, Allah ﷻ berkata “FirmanKu tidak akan berubah” sedangkan menurut Asyairah Allah ﷻ berkata-kata tanpa suara dan bunyi. Ini perkataan siapa jika bukan Allah ﷻ sendiri?

Betapa kelirunya fahaman Asyairah.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Rejab 1445H
08 Februari 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    MENERIMA SEGALA TAKDIR

    Apa yang Allah takdirkan untuk engkau jauh lebih bagus daripada apa yang engkau harapkan. Ini kerana Allah berfirman: وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡئا وَهُوَ خَيۡر لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡئا وَهُوَ شَرّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan…

  • |

    USTAZ WUHAN

    USTAZ WUHAN Tersebutlah cerita ceramah di sebuah masjid … Seorang penceramah berkata: “Tuan-tuan…Coronavirus dah disebut dalam al-Quran dan hadis semenjak 1400 tahun yang lepas…Allah telah pun memberi peringatan dan amarannya…” Lalu dia membaca firman Allah: وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ … وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ “Dan kami ingatkan manusia… wahnan ‘ala wahn” (Luqman, 31:…

  • |

    KAMI MELIHAT ENGKAU DARIPADA KALANGAN ORANG-ORANG YANG BAIK

    Demikian apa diucapkan kepada Nabi Yusuf – alaihissalam. Sebaik dua kali ia diucapkan kepadanya “Kami melihat engkau daripada kalangan orang-orang yang baik.” Dalam ayat 36 dan ayat 78, surah Yusuf. Kali pertama diucapkan kepadanya semasa beliau dalam penjara manakala kali kedua semasa di istana! Dua keadaan yang jauh berbeza; di…

  • |

    MASJID / SURAU / MUSALA / MADRASAH

    Boleh dikatakan bahawa masjid dan surau membawa maksud yang sama dari sudut syariat iaitu tempat yang diwakafkan untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan hukum hakam serta adab-adab yang tertentu seperti tuntutan mengerjakan solat Tahiyat Masjid, beriktikaf di samping larangan berjual beli, mengumumkan barang hilang dan sebagainya. Adapun…

  • |

    KULIAH KHAS RAMADAN 1444H / 2023

    Bulan Ramadan yang mulia semakin hampir. Dengan izin Allah, sepanjang bulan Ramadan nanti akan diadakan kuliah khas membahaskan buku Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi pada setiap hari Sabtu & Ahad,6 petang – 7.15 petang melalui siaran langsung Facebook di saluran ilmusalafdotcom & idrissulaiman. Dapatkan bukunya di sini: “Dan berdoalah: Wahai…

  • |

    “TAPI NABI TAK LARANG PUN!”

    Sebahagian pihak beranggapan bahawa Muslim boleh sahaja beramal dengan amalan-amalan tertentu sekalipun tiada contohnya daripada Nabi ﷺ atau para Sahabat selama mana amalan itu dilihat baik. Apabila ditegur mereka membalas: “Ada Nabi larang???” “Nabi tak larang pun!” Jawapan ini salah dan keliru. Bahkan ada larangan. Nabi ﷺ secara tegas dan…