PERDAGANGAN AGAMA

PERDAGANGAN AGAMA

# Air Mineral dijampi dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran?

Sekalipun para ulama sepakat mengharuskan ruqyah, doa perlindungan melalui bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi adakah wajar air ruqyah diperluaskan, dikomersialkan dan dikeluarkan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak mutakhir ini?

Tidak dan tidak sama sekali.

Bukan sahaja ia menjejaskan nilai kedudukan air ruqyah, ia turut menimbulkan persoalan-persoalan tentang kedudukan sebenar air-air jampi tersebut.

Ini kerana ulama antara lain mensyaratkan hendaklah peruqyah seorang Muslim, baligh dan adil; bukan fasik.

Berdasarkan syarat-syarat ini, timbul persoalan-persoalan seperti siapa yang membaca ayat-ayat Al-Quran buat air-air jampi tersebut? Bagaimana kedudukan si pembacanya? Mungkin dia Muslim tetapi sudahkah dia baligh? Adakah dia seorang yang adil? Dan kaedah apakah yang digunakan untuk membaca ayat-ayat Al-Quran itu?

Kita maklum bahawa membaca 30 juzuk Al-Quran bukan suatu yang mudah, apatah lagi untuk jumlah botol-botol air yang begitu banyak. Adakah bacaan 30 juzuk Al-Quran dilakukan untuk setiap botol atau secara pukal?

Persoalan-persoalan seperti ini perlu dijelaskan bagi menentukan kedudukan air-air jampi tersebut.

Walau bagaimapun, pengeluaran air-air jampi secara besar-besaran sebegini tetap tidak wajar dan dilihat mengeksploitasikan Agama, apatah lagi jika melibatkan bayaran-bayaran tertentu. Jelas perbuatannya memperdagangkan Agama, menjejaskan nama baik Islam serta merosakkan akidah pegangan masyarakat.

Jika tidak lama dahulu ada yang memperdagangkan doa (valet doa), kini ada yang mahu memperdagangkan bacaan Al-Quran pula.

Valet Doa?
https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10210258861219786

Seharusnya dihentikan sebelum membarah.

Jika tidak, dikhuatiri akan ada pula yang menawarkan air kelapa 30 juzuk Al-Quran dan pelbagai produk-produk Muslim lain yang tentunya merosakkan.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Rejab 1442H /
12 Mac 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • ‘KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN’?

    ‘KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN’? Mungkin kita pernah mendengar seseorang menukilkan hadis dengan lafaz: النَّظَافَةُ مِنَ الإيمَانِ “Kebersihan sebahagian daripada iman” Sekalipun maknanya sahih tetapi ia HADIS LEMAH. Maka hadis ini TIDAK SABIT DARIPADA NABI. Ungkapan ini masyhur, sering diucapkan dan dinisbahkan sebagai hadis. Perlu ditegaskan bahawa BUKAN semua ungkapan MASYHUR…

  • “ISLAM ITU LUAS”?

    “ISLAM ITU LUAS”? # Ungkapan batil Ia merupakan jawapan mudah sebahagian kelompok apabila amalan mereka dibantah kerana tiada dalil yang menyokong amalan mereka tersebut. Sedangkan ia paling kurang mengelirukan jika bukan batil. Ini kerana Islam terbatas kepada apa yang difirmankan oleh Allah ﷻ serta disabdakan oleh RasulNya ﷺ semata-mata manakala…

  • TAKUT DICEMUH

    TAKUT DICEMUH Kebanyakan manusia menjadi binasa gara-gara takut dicemuh di samping mahu mendapat restu orang-orang di sekelilingnya. Akhirnya segala tindak tanduknya akan menurut keredaan orang-orang di sekeliling dengan harapan supaya dipuji dan kerana takut dicemuh. Jelas ini merupakan antara apa yang membinasakan maka sewajarnya sikap ini diperbetulkan. – Ibnu Qudamah…

  • SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID

    SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID Perbuatan mengerjakan SOLAT JUMAAT di tempat-tempat SELAIN MASJID secara TERTUTUP tanpa hebahan TIADA dasarnya dalam Sunah Nabi ﷺ. TIDAK diketahui bahawa Rasulullah ﷺ atau mana-mana Sahabat pernah solat Jumaat di rumah atau mana-mana tempat selain masjid, sama ada kerana keuzuran ataupun sebab-sebab lain. Justeru ia…

  • ZINA & PLURALISME

    ZINA & PLURALISME (Rentetan peristiwa program pelajar Melayu Muslim di kuil) 1. PLURALISME ialah fahaman menyamakan SEMUA AGAMA dalam erti KEBENARAN ada dalam SEMUA AGAMA, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi MANA-MANA AGAMA. Tuhan adalah satu, hanya istilah NAMA SAHAJA BERBEZA (Allah, Jehovah, Jesus, Brahma dll.). Menggalakkan kerjasama dan DIALOG…

  • AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR

    AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR Amalan merenjis tepung air tawar atau apa jua jenis air tidak pernah dicontohkan oleh Nabi ﷺ ataupun diamalkan oleh para Sahabat yang mulia. Sedangkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ. “Barang siapa mengada-adakan SESUATU YANG BAHARU dalam urusan…