Penyakit jiwa lebih berbahaya berbanding penyakit badan

PENYAKIT JIWA

Penyakit jiwa dengan segala macam jenisnya adalah sebesar-besar penyakit yang berpunca daripada syubhah-syubhah yang menyesatkan serta syahwat-syahwat yang membinasakan.

Berbanding penyakit badan, penyakit jiwalah yang menjadi asbab kesengsaraan abadi.

Sekalipun demikian, rata-rata manusia lalai tentangnya dan majoriti mereka memilih untuk bersesak-sesak di hospital dan klinik untuk merawat penyakit-penyakit badan berbanding hendak ke majlis-majlis ulama, halakah-halakah ilmu dan pintu-pintu masjid bagi merawat penyakit-penyakit jiwa yang mereka alami.

Ini merupakan tanda kelemahan akal serta lemahnya iman di samping kegagalan menaakul dan membezakan antara apa yang penting dengan apa yang lebih penting dan lebih utama.

——————-

“Dalam hati mereka terdapat penyakit maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:10]

——————-

Jazakumullahu khaira atas doa dan sokongan. Uhibbukum fillah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Jamadilakhir 1443H /
18 Januari 2022

Similar Posts

  • LIMA RUKUN BERSYUKUR

    LIMA RUKUN BERSYUKUR Terdapat lima rukun bagi mensyukuri sesuatu nikmat yang ALLAH ﷻ berikan kepada kita. PERTAMA: Memperakui nikmat itu. KEDUA: Memperakui ALLAH ﷻ sebagai pemberi nikmat itu. KETIGA: Memperakui individu yang menjadi sebab musabab sampainya nikmat itu kepada kita. KEEMPAT: Menggunakan nikmat itu pada jalan yang diredai ALLAH ﷻ….

  • MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP?

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP? Saranan supaya merancang kehamilan sewajarnya dinilai mengikut ketetapan syariat dan bukan atas sebab material keduniaan semata-mata. Secara prinsipnya, syariat menggalakkan supaya seseorang itu memiliki ramai anak. Antaranya kerana anak akan menjadi sumber pahala jariah selepas mati di samping banyak kelebihan yang lain. Sabda Nabi: “Kahwinilah kamu…

  • KARIKATUR HINA NABI

    KARIKATUR HINA NABI Perbuatan orang-orang kafir menghina Nabi ﷺ bukanlah suatu yang baharu. Hal ini berlaku semenjak zaman Nabi ﷺ di mana orang-orang kafir Mekah mengejek mengatakan bahawa Nabi ﷺ seorang ahli sihir, penyair, tukang ramal, pembohong dan sebagainya. Ternyata bahawa Nabi ﷺ bersabar menghadapinya dan tidak terburu-buru melatah memberi…

  • ISLAM MODERATE

    ISLAM MODERATE Akibat terkesan dengan gaya fikir orang Barat dan terpukau dengan syubhat mereka, terdapat segelintir orang Islam merasa kagum dengan sikap sebahagian pemimpin Barat, NGO dan institusi di sana yang ‘zahirnya’ menyokong Islam, memperjuangkan hak-hak Muslim dan menuntut keadilan buat mereka. Betapa bijaknya syaitan mempermainkan pemikiran mereka yang dangkal…

  • PERLEMBAGAAN ARAB SAUDI MENOLAK MAJORITI HADIS?

    PERLEMBAGAAN ARAB SAUDI MENOLAK MAJORITI HADIS? Tersebar sejak beberapa bulan lepas dakwaan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (MBS) menolak majoriti hadis dan tidak mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada perlembagaan negaranya. Dakwaan ini timbul selepas satu wawancara televisyen diadakan dengan beliau pada bulan April 2021. Hakikatnya ini adalah sebahagian…