|

PENTING IKUT SUNAH NABI

Beramal ibadah menurut petunjuk Sunah Nabi ﷺ merupakan suatu kewajipan yang amat penting, kerana hanya amalan yang bertepatan dengan ajaran Baginda ﷺ akan diterima di sisi Allah.

Ibadah bukan sekadar niat yang baik atau semangat yang tinggi, bahkan ia mestilah dibina atas dasar wahyu dan contoh yang sahih daripada Rasulullah ﷺ.

Sebaliknya, beramal dengan bersandarkan akal semata-mata, selera, atau cita rasa peribadi akan membawa kepada kesesatan.

Hal ini kerana apabila Sunah Nabi ﷺ diketepikan, hawa nafsu akan mengambil tempat sebagai penentu kebenaran.

Pada ketika itu, seseorang tidak lagi tunduk kepada petunjuk wahyu, sebaliknya menjadikan kehendak dirinya sebagai ukuran Agama.

Firman Allah:

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ

“Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, lalu Allah menyesatkannya.”

[al-Quran, al-Jathiyah, 45:23]

Ayat di atas memberi peringatan bahawa mengikuti hawa nafsu dalam urusan Agama boleh menyebabkan seseorang tersesat daripada jalan yang lurus.

Justeru, keselamatan dan kejayaan hanya dapat dicapai dengan kembali kepada al-Quran dan al-Sunah, serta memahami kedua-duanya sebagaimana difahami oleh para Sahabat dan generasi Salaf al-Soleh.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Ramadan 1447H
28 Februari 2026
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts